MYRA NATASYA

Pandai Myra Natasya sembunyi status diri. Selama tiga tahun menceburi bidang seni, akhirnya gadis ini membuat pendedahan bahawa dia ialah anak kepada bekas penyampai radio dan pengacara TV, Halim Othman.

IKLAN

Ibarat kata pepatah ‘Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi’, Myra juga mengikut jejak langkah bapa tersayang sebagai pengacara dan makin aktif mewarnai dunia lakonan. Dia sebelum ini pernah menjadi pengacara bagi program Didik TV dan muncul dalam drama Republic of Gombak.

Sekian lama menyimpan rahsia diri, Myra terbuka untuk memberitahu hal sebenar kepada umum kerana merasakan sudah sampai masanya.

3 Tahun ‘Sorok’ Status Diri, Gadis Cantik MYRA NATASYA Dedah Dia Anak Halim Othman!
Credit Instagram @myra.natasyaa

“Selama tiga tahun ini, saya ‘menutup kemas’ identiti ayah kerana menghormatinya yang selama membina nama sebagai penyampai radio dan pengacara. Memang tidak pernah buka mulut bercerita mengenai kisah peribadi dan keluarga.

Malah, pada awal pembabitan dalam karier seni ini pun ayah kurang setuju kerana bimbangkan diri saya. Tapi selepas dia menonton saya mengacarakan Didik TV, banyak ilmu dikongsikannya.”

Kalau diamati raut wajah Myra, memang saling tak tumpah wajah bapa tersayang. Terutamanya di bahagian mata dan bibir.

Myra pernah bergelar finalis Dewi Remaja 2019/2020 dan merupakan Cheerleading coach.

3 Tahun ‘Sorok’ Status Diri, Gadis Cantik MYRA NATASYA Dedah Dia Anak Halim Othman!
Credit Instagram @myra.natasyaa
3 Tahun ‘Sorok’ Status Diri, Gadis Cantik MYRA NATASYA Dedah Dia Anak Halim Othman!
Credit Instagram @myra.natasyaa
3 Tahun ‘Sorok’ Status Diri, Gadis Cantik MYRA NATASYA Dedah Dia Anak Halim Othman!
Credit Instagram @myra.natasyaa
3 Tahun ‘Sorok’ Status Diri, Gadis Cantik MYRA NATASYA Dedah Dia Anak Halim Othman!
Credit Instagram @myra.natasyaa

View this post on Instagram

A post shared by Myra Natasya (@myra.natasyaa)

IKLAN

Sempena ulang tahun kelahiran Myra ke-27 pada 2 Januari lalu, dia turut berkongsi ucapan hari lahir daripada bapanya di media sosial. Menerusi perkongsian tersebut, Halim menzahirkan ucapan syukur kerana dikurniakan seorang anak yang baik.

Malah, pengacara yang pernah popular dengan program Roda Impian tersebut juga berbangga dengan pencapaian Myra yang disifatkannya cukup bersemangat, berbakat, bercita-cita tinggi dan baik hati.

IKLAN
3 Tahun ‘Sorok’ Status Diri, Gadis Cantik MYRA NATASYA Dedah Dia Anak Halim Othman!
Credit Instagram @myra.natasyaa

3 Tahun ‘Sorok’ Status Diri, Gadis Cantik MYRA NATASYA Dedah Dia Anak Halim Othman!

3 Tahun ‘Sorok’ Status Diri, Gadis Cantik MYRA NATASYA Dedah Dia Anak Halim Othman!

“Hubungan saya dengan ayah memang baik walaupun saya tahu dia kurang selesa berkongsi kisah peribadinya dulu kepada media. Malah dia kalau bercakap pun suka berkongsi kisah semasa atau politik.”

Myra Natasha atau nama penuhnya Yusmyra Natasya merupakan anak tunggal Halim Othman bersama bekas isterinya, Yusnita Omar.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI