Sejuk perut ibu mengandung! Meskipun tanpa kelibat bapa dan suami tercinta di sisi namun kehidupan Datuk Mastura Tan Sri Mohd Yazid dan empat anak lelaki kekal bahagia dengan cara tersendiri.

IKLAN

Sejak pemergian Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad ke rahmatullah pada 5 Mei 2016, keempat-empat anak lelaki Datuk Mastura inilah yang menjadi pengganti arwah suaminya.

Ke mana saja Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini pergi sama ada ketika menghadiri majlis ramah mesra atau berkempen, pasti kelibat empat anak tersayang sentiasa berada di sisi.

4 Anak Lelaki ‘Pengganti’ Arwah Suami, DATUK MASTURA Dibelai Kasih Sayang Anak Sejak 6 Tahun Pemergian Suami!
Credit Instagram @masturayazid

Menjaga ibu mereka dengan penuh kasih sayang dan perhatian, anak sulung Datuk Mastura yang juga suami Mira Filzah ini komited menggalas tanggungjawab sebaiknya. 23 Julai lalu bersempena ulang tahun perkahwinan ke-33 Datuk Mastura dan arwah suami, Wan Emir Astar menitipkan ucapan penuh bermakna buat insan tersayang.

“Sebagaimana terletaknya tangan papa pada bahu ibu, begitulah juga bertemunya tangan anak-anak ibu dengan ibu, bersulamkan kasih yang tiada penghujungnya. Wan Khairil Anuar, suatu pinjaman sempurna kepada ibu telah kembali kepada pemilik-Nya.

Tetapi takdir Allah SWT Yang Maha Mengetahui segala qada dan qadar jugalah yang menempatkan bukan sahaja satu tetapi empat ‘Wan Khairil’ di sisi ibu. Tetapi ampunkan kami ibu, tidak dapat benar-benar menggantikan papa yang teristimewa.

4 Anak Lelaki ‘Pengganti’ Arwah Suami, DATUK MASTURA Dibelai Kasih Sayang Anak Sejak 6 Tahun Pemergian Suami!
Credit Instagram @wanemirastar
4 Anak Lelaki ‘Pengganti’ Arwah Suami, DATUK MASTURA Dibelai Kasih Sayang Anak Sejak 6 Tahun Pemergian Suami!
Credit Instagram @masturayazid
4 Anak Lelaki ‘Pengganti’ Arwah Suami, DATUK MASTURA Dibelai Kasih Sayang Anak Sejak 6 Tahun Pemergian Suami!
Credit Instagram @wanemirastar

Terlalu banyak hikmah dan pengalaman rumah tangga / pengorbanan yang kami dapat timba melalui perjalanan kisah “Demi Cinta, Sebuah Perjuangan” Ibu & Papa. Moga kami adik-beradik dapat membina kehidupan kami bersama pasangan (I shall try my ultimate best, my love) sebaik mana perkahwinan Ibu & Papa.

IKLAN

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan buat Ibu & Papa. Ibu misses you a lot papa, we truly know that, but she continues to take a step forward day by day, in her life and duties for Kuale and nation, ‘kerana Allah Taala’.

Ya Rabb, bless Papa and protect him out there, please, at all times.”

IKLAN
4 Anak Lelaki ‘Pengganti’ Arwah Suami, DATUK MASTURA Dibelai Kasih Sayang Anak Sejak 6 Tahun Pemergian Suami!
Credit Instagram @masturayazid
4 Anak Lelaki ‘Pengganti’ Arwah Suami, DATUK MASTURA Dibelai Kasih Sayang Anak Sejak 6 Tahun Pemergian Suami!
Credit Instagram @masturayazid
4 Anak Lelaki ‘Pengganti’ Arwah Suami, DATUK MASTURA Dibelai Kasih Sayang Anak Sejak 6 Tahun Pemergian Suami!
Credit Instagram @masturayazid
4 Anak Lelaki ‘Pengganti’ Arwah Suami, DATUK MASTURA Dibelai Kasih Sayang Anak Sejak 6 Tahun Pemergian Suami!
Credit Instagram @wanemirastar
4 Anak Lelaki ‘Pengganti’ Arwah Suami, DATUK MASTURA Dibelai Kasih Sayang Anak Sejak 6 Tahun Pemergian Suami!
Credit Instagram @wanemirastar

Suami Datuk Mastura yang merupakan bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar dan Pengerusi Lembaga Minyak Sawit (MPOB) dilaporkan meninggal dunia kerana terlibat dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei 2016.

Helikopter jenis Eurocopter AS350 itu berlepas dari Betong dalam penerbangan ke Kuching yang kali terakhir berhubung dengan menara kawalan setelah tiga minit berlepas.

Datuk Mastura dan Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar dikurniakan empat anak lelaki iaitu Wan Emir Astar, Wan Imar Izzat, Wan Iskandar dan Wan Muhammad Amar.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI