Kecantikan adalah kepuasan. Mungkin kerana itulah wanita tidak pernah puas mencari rahsia mengekalkan kecantikan, petua awet muda dan mencuba pelbagai remedi atau produk penjagaan kulit di pasaran.

Obsesi wanita terhadap kecantikan adakalanya membahayakan kesihatan dan keselamatan diri sendiri. Sanggup menahan sakit, demi kelihatan cantik di pandangan orang.

IKLAN

Tapi tidak bagi empat nenek tercantik di dunia ini. Walaupun usia mereka sudah lebih 50-an, tapi kecantikan mereka mengalahkan anak dara. Bukan wajah semata, tapi tubuh badan pun maintain seksi dan langsing. Apa rahsia mereka?

(1) Elle Macpherson

Berusia 56 tahun, bekas supermodel setinggi 182cm ini masih kelihatan muda remaja. Wanita Australia dengan dua cahaya mata ini tetap kelihatan fit seperti gadis 20-an, rahsianya selepas dia berhenti mengambil alkohol 12 tahun lepas.

Elle Macpherson mengatakan bahawa kunci kecantikannya adalah ketawa. “Saat kita tertawa, itu akan mengubah segalanya. Ia mengubah semangatmu dan pandangan orang terhadapmu,” kata wanita ini.

(2) Liu Xiaoqing

Aktres China yang merupakan seorang usahawan berjaya ini tetap kelihatan jelita pada usia 65 tahun. Dilahirkan pada tahun 1955, aktres ini mengaku tidak pernah menjalani sebarang pembedahan plastik.

Liu Xiaoqing juga pernah tersenarai sebagai 50 usahawan wanita terkaya di dunia oleh Forbes pada tahun 1999.

(3) Apasra Hongsakula

Merupakan Miss Thailand pertama yang meraih gelaran Miss Universe pada tahun 1965. Menariknya, wanita yang lahir pada tahun 1947 itu seolah-olah tidak terjejas dengan penuaan.

Namanya kekal sampai sekarang sebagai Miss Universe. Tapi sebagai wanita biasa, Apasra lebih dikagumi kerana kecantikannya yang tidak terusik pada usia 60-an.

(4) Candy Law

Candy Law tular kerana ramai tidak menyangka bahawa umurnya sudah melepasi 5 series. Percaya tidak, dia masih mempunyai kulit yang anjal dan mulus serta tubuh badan yang cukup langsing.

Sebagai seorang model dari China, Candy melancarkan sebuah buku foto berjudul Timeless yang mengungkap segala rahsia awet mudanya. Tanpa apps atau suntingan Photoshop, ibu kepada tiga anak ini hanya mengamalkan masker wajah tradisional setiap pagi.