Jam tangan bukan sekadar penunjuk waktu semata-mata. Ia juga berfungsi sebagai aksesori untuk menyerlahkan penampilan.

Saat ini, pelbagai rekaan jam tangan yang terdapat di pasaran boleh dipilih untuk menambah gaya anda. Ayuh Nona kongsikan tip untuk memilih jam tangan yang tepat buat wanita di luar sana.

IKLAN

SESUAIKAN DENGAN PERSONALITI

4 Panduan Penting Membeli Jam Tangan, Bukan Semua MODEL & TREND Sesuai Dipakai!

Pastikan jam tangan yang dipilih sesuai dengan personaliti anda. Jikan anda mempunyai personaliti yang lembut, pilihlah jam tangan yang lebih menonjolkan gaya feminin.

Sekiranya gaya anda lebih lasak atau aktif, anda boleh memilih jam tangan dengan gaya sporty. Dengan memilih jam tangan mengikut personaliti, anda pasti tampil lebih menyerlah dan lebih berkeyakinan.

MODEL JAM TANGAN

4 Panduan Penting Membeli Jam Tangan, Bukan Semua MODEL & TREND Sesuai Dipakai!

Pilihlah model jam tangan berdasarkan karakter dan fesyen yang anda gemari. Ini penting agar gaya pemakaian anda tampak serasi dan seimbang dengan jam tangan yang anda pilih.

Bagi anda yang ingin tampak mewah, pilih model jam tangan jenis stainless atau memiliki kristal di atasnya. Bagi yang ingin kelihatan moden dan urban, pilih rekaan yang lebih ringkas dan minimalis.

IKLAN

WARNA KULIT

4 Panduan Penting Membeli Jam Tangan, Bukan Semua MODEL & TREND Sesuai Dipakai!

Warna jam tangan yang tidak sesuai dengan warna kulit akan membuatkan penampilan anda kurang menyerlah. Buat anda yang memiliki kulit cerah, pilih jam tangan dengan rona yang lebih terang seperti merah, biru ataupun coklat.

IKLAN

Bagi anda yang memiliki kulit gelap, elakkan dari memilih rona terang. Sebaiknya pilihlah rona-rona lembut dan pastel.

BENTUK DAN UKURAN TANGAN

4 Panduan Penting Membeli Jam Tangan, Bukan Semua MODEL & TREND Sesuai Dipakai!

Memilih jam tangan perlu disesuaikan dengan bentuk dan ukuran tangan anda. Bagi anda yang memiliki pergelangan yang kecil, anda digalakkan untuk memilih jam tangan dengan tali nipis dan bandul yang kecil agar kelihatan seimbang.

Bagi anda yang memiliki pergelangan tangan yang agak besar, pilihlah jam tangan dengan tali dan bandul yang agak besar dan lebar untuk menyeimbangkan ukuran badan.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI