Tahniah buat selebriti cantik, Che Puan Sarimah Ibrahim dan suami tercinta yang baharu sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang kelima pada 2 April lepas. Pastinya pelayaran bahtera perkahwinan mereka lebih indah dan bermakna tahun ini sejak kehadiran cahaya mata sulung, Yang Mulia (YM) Tengku Sofia Najihah yang kini berusia lapan bulan.

Ternyata, YM Tengku Sofia mewarisi kecantikan ibu tersayang. Mana tidaknya, Che Puan Sarimah sendiri berasal dari keturunan Melayu-Irish. Jadi tak hairanlah permata hatinya pun cantik. Dah gen ibunda putih gebu dan berhidung mancung! Ditambah pula dengan wajah tampan YM Tunku Jamie.

IKLAN

Bagi penyanyi, pengacara dan pelakon jelita Che Puan Sarimah, anugerah terindah dari Yang Maha Esa ini telah lama dinanti-nantikan memandangkan usia perkahwinannya bersama YM Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar atau lebih dikenali sebagai Tunku Jamie telah pun memasuki tahun keempat, tahun lepas.

Namun Allah Maha Baik dan Maha Mendengar kerana doa Che Puan Sarimah dan YM Tunku Jamie untuk menimang zuriat sendiri akhirnya dimakbulkan. Tanggal 19 Julai 2019, pasangan romantis ini menerima kehadiran YM Tunku Sofia Najihah dengan penuh kesyukuran. Mengimbas kembali momen terindah itu, Che Puan Sarimah yang mendirikan rumah tangga dengan kerabat diraja Negeri Sembilan ini pada 2 April 2015 tanpa berselindung mengakui telah bersedia menjalani rawatan IVF sebagai ikhtiar untuk hamil. Tetapi rezekinya dapat mengandung secara semula jadi.

Terbuka berkongsi berita gembira tersebut di laman media sosial, Che Puan Sarimah memuatnaik gambar comel YM Tunku Sofia khas buat tatapan peminat.

“Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi. It is finally the time to introduce to you our Precious Princess! This is YM Tunku Sofia Najihah Binti Tunku Nadzimuddin. Her name means ‘Beautiful Victory’ in Islam. She was born this morning on the 19.7.19.”

IKLAN

Berkongsi wajah terkini anakanda tersayang, YM Tunku Sofia genap berusia lapan bulan pada 19 Mac lepas. Alahai, makin comel dan sihat anak kecil ini!

Lebih istimewa, Che Puan Sarimah turut menitipkan ucapan romantis buat suami tercinta sempena ulang tahun perkahwinan mereka baru-baru ini. “Happy 5 year wedding anniversary my love. Ups, downs, highs, lows buat always towards strength and growth. To the most meaningful, loving and caring husband anyone could ask for. I thank Allah for sending you to me everyday. Alhamdulillah. Sofia and I are so bleesed and happy to have you in our lives. Always remember that.”

IKLAN

Che Puan Sarimah yang aktif mengamalkan gaya hidup sihat tidak hanya cergas melakukan rutin senaman ketika hamil bahkan masih konsisten menjaga kesihatan dan stamina diri selepas melahirkan anak. Patutlah makin ramping dan berseri-seri.

Turut terkesan dengan wabak Covid-19 yang melanda negara, Che Puan Sarimah tidak ketinggalan mengajak masyarakat untuk sama-sama membendung virus berkenaan dan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan kerajaan sejak 18 Mac lalu.

https://www.instagram.com/p/B-qqxDBjX-j/

 

Kredit foto : Instagram Che Puan Sarimah Ibrahim