Penggunaan perabot mahupun sofa berwarna putih di ruang tamu sebolehnya mahu dielakkan kerana penjagaannya sangat leceh berbanding perabot-perabot berwarna gelap. Namun begitu, cara menatanya pula sangat mudah kerana rona putih boleh dipadankan dengan berbagai warna serta gaya mengikut kreativiti.

IKLAN

Berikut cara paduan warna yang boleh dilakukan agar sofa berwarna putih tidak kelihatan terlalu kosong atau kaku. Serlahkan ia dengan paduan warna serta elemen gaya yang menarik.

PALET WARNA

Warna pink terang, navy dan kuning boleh dipadankan dengan sofa berwarna putih. Dengan paduan warna yang kontra, kesan kaku dan kosong pada warna putih itu akan tenggelam. Warna-warna terang akan lebih menonjol berbanding warna putih pada sofa.

5 Cara Menghias PERABOT & SOFA PUTIH, Taklah Nampak  Ruang Rumah Terlalu Kosong!

WARNA KELABU BOLEH DIJADIKAN PILIHAN

Jika anda ingin memiliki ruang tamu yang menenangkan dan santai, bolehlah memadankan sofa berwarna putih dengan sarung bantal berwarna kelabu yang dapat memberikan kesan hangat pada dekorasi ruang.

TEMA KUNING LEMON ATAU HIJAU SEGAR

Ia mampu menghasilkan gabungan dekorasi interior ruang tamu yang segar. Keberadaan aksen warna kuning lemon atau hijau segar ini begitu menonjol sekaligus menjadi kombinasi yang indah dalam penataan gaya sofa berwarna putih di ruang tamu.

IKLAN

PADUKAN DENGAN MOTIF

Ia menjadikan nuansa ruang tamu lebih meriah dan berwarna. Anda juga boleh mengaplikasikan unsur bermotif pada aksen kain seperti sarung bantal atau karpet untuk ruang tamu.

5 Cara Menghias PERABOT & SOFA PUTIH, Taklah Nampak  Ruang Rumah Terlalu Kosong!

IKLAN

GABUNGAN HITAM PUTIH

Hitam putih sering menjadi pilihan sebagai warna dasar bagi padanan warna putih. Gabungan hitam dan putih pada sofa memberikan kesan timeless dan sesuai untuk pelbagai gaya. Dengan tema monokrom, ruang tamu menjadi bertambah menarik.

TIP

MENJAGA PERABOT ATAU SOFA BERWARNA PUTIH

Sinaran matahari secara langsung boleh menyebabkan perabot berwarna putih yang diperbuat daripada kayu mudah menjadi kekuningan dan kusam. Anda perlu rajin untuk membersihkannya dengan menggunakan cecair khusus hasil campuran cuka anggur putih dan air panas. Bersihkan secara berkala dengan menggunakan tuala lembut agar ia sentiasa kelihatan baru dan terjaga.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI