Wanita memang dilahirkan dengan perasaan yang halus dan lembut. Perkataan sensitif itu memang begitu sinonim dengan wanita. Apabila menyelami perasaan wanita yang sudah berkahwin tetapi masih belum mempunyai sebarang tanda untuk mengandung, lagi sensitif. Ada di kalangan wanita yang tidak mahu join reunion sekolah sebab belum ada anak dan tidak kurang juga yang menyorok atau mengelak berjumpa dengan makcik-makcik bila balik kampung.

Bertemu dengan pemilik tudung eksklusif Alhumaira Contemporary baru-baru ini di majlis pelancaran koleksi terbaharu, ALHUMAIRA’s Sempurna Raya 2018 telah menyingkap kisah di sebalik usahanya untuk memiliki cahaya mata. Hani Elia, merupakan pengasas kepada jenama yang menjadi kegilaan Muslimah ini.

5 Tahun Menunggu Kehadiran Zuriat,  Pemilik Tudung ALHUMAIRA Tidak Pernah Berhenti Berdoa

“5 tahun saya menunggu untuk berpeluang menggendong anak sendiri di pangkuan. Mungkin bagi setengah orang itu waktu yang singkat tetapi perasaan orang yang melaluinya hanya Allah SWT yang tahu.    Alhamdulillah Allah SWT temukan cara ikhtiar setelah berjumpa dengan Doktor Marsita Mansor dari KPJ Ampang Puteri.

Saya mempunyai cyst dan retroverted uterus. Jadi selepas menjalani beberapa rawatan dan pembedahan serta mengamalkan pemakanan yang disarankan oleh doktor, dengan izin Allah, saya disahkan mengandung. Perasaan ketika itu tak dapat nak digambarkan. Gembira , tak percaya semua bercampur aduk. 5 tahun saya menunggu khabar gembira ini,” tutur Hani kisah tiga tahun lalu apabila disahkan mengandung.

5 Tahun Menunggu Kehadiran Zuriat,  Pemilik Tudung ALHUMAIRA Tidak Pernah Berhenti Berdoa

Boleh terangkan amalan pemakanan bagaimana yang disarankan oleh doktor? “Amalan pemakanan yang disarankan sebenarnya adalah pemakanan sunah. Apa sahaja makanan sunah sesuai diamalkan oleh untuk pelbagai jenis masalah wanita dan lelaki. Tetapi yang paling penting jangan stres. Bukan mudah kan nak melakukan yang satu ini,” bicara Hani yang mengandung anak kedua secara normal selepas itu.

Berbicara tentang perniagaan yang telah di ceburnya sejak 8 tahun lalu, “Boleh dikatakan saya melakukan come back sebab selam ini saya lebih banyak melakukan kerja di belakang tabir sahaja. Boleh jadi juga saya banyak mendiamkan diri beberapa tahu kebelakangan ini kerana fokus menjaga anak. Dan apabila anak-anak sudah membesar sedikit saya dah ready back on track.

5 Tahun Menunggu Kehadiran Zuriat,  Pemilik Tudung ALHUMAIRA Tidak Pernah Berhenti Berdoa

Memang sekarang pun anak-anak still kecil lagi, cuma saya kena pandai bahagikan masa, kerja dan keluarga. Bagi saya di antara perniagaan dan keluarga adalah sama penting dan juga prioriti saya. Saya kerja kuat pun untuk kesenangan anak- anak.

Kedua-dua anak, saya hantar preschool. Jadi, pagi-pagi dorang kena disiplin pergi sekolah. Balik sekolah saya akan fetch dorang. Ketika hujung minggu saya akan cuba sedaya upaya untuk luangkan masa bersama anak-anak. Lagi pun sekarang ini saya tidak mempunyai pembantu rumah. Semua kena buat sendiri. Paling penting puas melihat anak membesar di depan mata,” jelas Hani sambil tersenyum.

5 Tahun Menunggu Kehadiran Zuriat,  Pemilik Tudung ALHUMAIRA Tidak Pernah Berhenti Berdoa

Bukan mudah menjadi seorang majikan, isteri dan ibu dalam satu masa. Bagaimana Hani ada inspirasi nak buat semua ini? “Sebab saya seorang yang sangat determined. Anak-anak adalah alasan untuk saya  kerja lebih kuat. My family & Alhumaira team yang sangat hardworking buat saya sedar yang kena sentiasa work so hard menaikkan brand Alhumaira releven kekal sampai bila-bila,” ujar Hani mengakhiri perbualan.

 

 

 

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI