Penggayaan stail yang salah dalam berfesyen boleh mengurangkan rasa yakin diri untuk berhadapan dengan orang lain. Mempunyai wang yang banyak bukan jaminan seseorang itu boleh membeli gaya atau stail.
IKLAN
Paling penting ialah anda harus bijak dalam memilih gaya yang sesuai dengan personaliti anda. Mungkin agak susah bagi mereka yang kurang pendedahan dalam fesyen namun jika ada kemahuan di situ ada jalan. Jom Nona kongsikan 5 tip mudah untuk tampil stylish dan bergaya!
BERANI MENCUBA
Usah takut untuk bereksperimen. Setiap orang akan melalui satu fasa trial and error. Kalau tidak cuba mana tahu, bukan? Jadi tingkatkan keberanian untuk mencuba sedikit demi sedikit. Usah ubah gaya anda secara total dan drastik. Misalnya, jika anda bukan seorang yang gemar memadankan pakaian dengan aksesori, mungkin anda boleh mulakan dengan membeli gelang atau rantai.
CARI ILHAM
Ilham fesyen ada di mana-mana. Anda hanya perlu buka mata dan prihatin dengan keadaan sekeliling. Majalah, internet, video muzik, siri TV mahupun filem boleh dijadikan sebagai rujukan. Anda cuma perlu bijak memilih kerana tidak semua sajak digayakan dengan anda. Pick and choose!
IKLAN
WINDOW SHOPPING
Jika ada masa luangkan masa untuk window shopping. Pada hujung minggu luangkan masa ke satu pusat beli-belah dan masuk ke setiap butik dan dari situ anda boleh lihat apa yang ada. Anda dan teman boleh bermain suai padan di fitting room. Tiada salahnya mencuba.
IKLAN
OPEN MINDED
Buka minda dan terimalah dengan kritikan dengan baik. Usah terlalu yakin dengan pilihan sendiri, sekali-skala anda perlu pertimbangkan pandangan orang lain tentang gaya anda. Namun usah terima bulat-bulat, fikir terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.
BERGAUL
Cuba bergaul dengan mereka yang punya sense of fashion yang baik kerana teman-teman sememangnya pengaruh besar pada gaya hidup anda. Jadi, pabila sekali-sekala anda meluangkan masa bersama mereka setidak-tidaknya ia akan membuatkan anda berasa selesa untuk bergaya, ia juga menghilangkan rasa ‘overdressed’.
Semalam berlangsungnya majlis anugerah gilang gemilang, Anugerah Industri Muzik (AIM-23) yang diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Acara ini yang dihoskan oleh Sherry Alhadad, Awal Ashari dan juga Azad Jasmin, ternyata cukup meriah dengan kehadiran ramai selebriti terkemuka.
Selain dari pemenang yang diraikan, penampilan para artis yang hadir memeriahkan acara turut mencuri perhatian, dan antara yang paling ‘stand-out’ di mata kami, tidak lain tidak bukan Aina Abdul. Yang pasti semua mata tertarik dengan penampilan Aina ketika membuat persembahan pembukaan di anugerah tersebut. Aina tampil membuat persembahan bersama-sama dengan dua lagi penyanyi hebat – Nikki Palikat dan Marsha.
Kelihatan Aina Abdul menggayakan persalinan berona putih dengan perincian hiasan jemeki kristal dan lengan mega berteman pelepah ostrich mewah hasil rekaan pereka terkenal, Rizman Ruzaini. Ramai yang mengagumi penampilan Aina persis bidadari kayangan yang turun ke muka bumi.
“Alhamdulillah, selesai persembahan di AIM. Thank you to my glam team yang siapkan Aina malam ni (11/9). I love every bit of this look. And to my sound team yang memudahkan perjalanan nyanyian Aina,” jelas Aina dalam satu hantaran di Instagramnya.
Rata-rata ramai yang memuji gaya yang dipilih Aina ketika malam AIM tersebut. “Kemas dan elegan” sebut salah seorang peminat beliau. “Inilah gaya Aina Abdul yang kami mahukan”, “macam bidadari” dan “this is unreal”, adalah antara komen dan pujian yang ditinggalkan.
Diam tak diam, hari ini sudah pun memasuki 6 Syawal. Walau suasana lebaran tidak semeriah tahun-tahun sebelumnya rentetan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan
Bersyarat (PKPB) ekoran wabak Covid-19 yang masih belum reda, namun bahang Aidilfitri masih terasa. Juadah raya tetap terhidang di pagi Syawal, begitu juga dendangan lagu-lagu raya yang masih berkumandang di corong radio. Yang pasti Syawal kali ini disambut dengan cara sendiri.
Seperti rakyat biasa, golongan pemimpin negara juga tidak terkecuali menyambut raya di samping keluarga tersayang pada 1 Syawal. Kelonggaran kerajaan memberi kebenaran
untuk berkumpul bersama keluarga hanya pada hari raya pertama digunakan sebaik mungkin. Dengan syarat, tidak melebihi 20 orang dalam satu-satu masa. Meskipun singkat tetapi memadai untuk melepas rindu selepas sekian lama tidak bertemu ahli keluarga kerana pematuhan PKP.
Selaku Menteri Kanan Kluster Keselamatan yang sering tampil di kaca televisyen menyampaikan maklumat terkini berhubung keadaan semasa negara sepanjang Covid-19, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak melepaskan peluang menyambut 1 Syawal di samping anak-anak dan cucu tersayang.
Datuk Seri Ismail Sabri (tengah) bersama isteri, Datin Seri Muhaini
Menerusi foto yang dikongsikan anak perempuan Datuk Seri Ismail Sabri yang juga isteri Datuk Jovian Mandagie iaitu Datin Nina Ismail Sabri, kelihatan keluarga ini memilih busana sepadan untuk digayakan di pagi 1 Syawal. Terserlah keanggunan isteri Menteri Kanan ini iaitu Datin Seri Muhaini tatkala memakai busana raya sedondon di samping suami tercinta dan anak-anak.
Jika Datuk Seri Ismail Sabri memilih rona senada dengan ahli keluarga, berbeza pula bagi Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa. Menerusi gambar yang dikongsikan
Tan Sri Annuar di laman Instagramnya, kelihatan hanya beliau dan isteri tercinta iaitu Puan Sri Rosniah Abdul Rahman menyarung persalinan sedondon lilac. Manakala anak-anak
pula memilih baju raya berlainan warna.
Ujar Ahli Parlimen Ketereh ini, “Cukup berbeza raya tahun ini, buat pertama kalinya saya tidak dapat berada di Kelantan pada hari raya pertama. Walau bagaimanapun syukur alhamdulillah dapat menunaikan Solat Aidilfitri di Masjid Saidina Umar Al-Khattab. Harap pagi raya ini membawa barakah dan kegembiraan buat semua. Ahli keluarga ada 19 orang jadi tak berkumpul lebih daripada 20 orang. Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada kami sekeluarga.”
Tan Sri Annuar Musa di samping isteri, Puan Sri Rosniah Abdul RahmanDi samping anak-anak & cucu
Seorang lagi isteri menteri yang tampil anggun mempersona di pagi 1 Syawal ialah Tengku Datin Seri Marsilla, suri hati kepada Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Terkenal dengan raut wajah lembut dan cantik, penampilan ibu empat anak ini nyata mencuri perhatian. Beliau memilih persalinan raya corak abstrak rona senada di samping Datuk Seri Hishammuddin yang segak berbaju melayu warna kuning lembut dan lengkap bersamping.
Walau tidak tampil sedondon dengan anak-anak namun keluarga ini tetap ceria menyambut Aidilfitri dalam suasana sederhana. Kongsi Ahli Parlimen Sembrong ini, “Selamat pagi Syawal semua! Korang sambut raya kat mana tu? Saya, isteri, anak-anak, semua menantu dan cucu sambut kat rumah KL je. Sayu juga hati masa solat sunat Aidilfitri tadi, biasanya awal pagi dah ke masjid.
Datuk Seri Hishammuddin & isteri, Tengku Datin Seri Marsilla
Takpelah, demi lawan #COVID19, kita redha. Biarpun sambut raya dengan ahli keluarga terdekat je, jangan lupa tanya khabar saudara mara yang duduk jauh. Cara paling mudah, video call. Moga cara new normal ini eratkan silaturrahim sesama kita, insyaAllah.”
Dalam pada itu, Datuk Seri Hishammuddin dan isteri juga melahirkan rasa rindu terhadap ketiga-tiga cucu mereka. “Tahun lepas sambut Syawal dengan dua cucu. Alhamdulillah tahun ni bertambah lagi sorang – Nasha Alayna. Sorry Alayna, tahun ni Tok Dad tak boleh bawa Alayna pergi ziarah raya rumah orang lain lagi. Kita kena duduk rumah kita je. Kejap lagi bila Tok Dad dan Tok mum video call dengan saudara mara, boleh la Alayna join sekali!”
Walau terpaksa sambut raya dalam norma baharu namun ikatan kekeluargaan masih terpaut utuh! Tidak kira di mana sahaja berada, Aidilfitri tetap dirai dan bersama-sama berjuang melawan wabak Covid-19.
Segak dalam persalinan serba hitam, baju hoodie dan celana gelap dipakai bersama topi terbalik, gaya ranggi Dato’ Sri Bernard Chandran petang itu mencuri tumpuan. Lebih unik, padanan samping songket rona keemasan menyuntik kelainan, membuatkan penampilan pereka fesyen berusia 54 tahun itu tampak lebih muda remaja.
“Raya for the front row! Bagi saya, pakailah kebaya sepertimana yang diinginkan. Padankan dengan kasut but, serikan dengan layering, perincian bersulam, applique atau teknik couture dengan jiwa pop art.
Saya tak takut bermain dengan teknik berbeza untuk baju raya asalkan yang penting, ia masih patuh syariah dan kreatif.” Dato’ Sri Bernard Chandran
Masih dengan keramahan yang sama, pereka yang pernah menempa nama di Paris itu mesra menyapa setiap tetamu yang hadir ke majlis rumah terbukanya. Turut diadakan, majlis pelancaran pameran ‘Bernard Chandran: Petang Raya 2006-2022’ yang dianjurkan secara eksklusif bermula hari ini hingga Ogos.
Busana tradisi diberi nafas baru. Sejak tahun 2006, lelaki berumur 54 tahun ini telah mula memperkenalkan koleksi Petang Raya.
Bayangkan revolusi baju kebaya dengan celana, t-shirt berlogo menggantikan Baju Melayu serta material jersi sukan yang dijadikan Baju Kurung. Inilah karya kreatif beliau menerusi Bernard Chandran Couture yang sentiasa menjadi sebutan.
Kekal segak pada usia 50-an
Dato’ Sri Bernard dan isteri, Datin Sri Mary Lourdes Chandran
“Wanita Malaysia sudah bersedia untuk sesuatu yang baru dan berbeza. Saya teringat komen seorang kenalan yang berkunjung ke Malaysia. Katanya ‘semua orang memakai pakaian serupa’.
Kata-kata ini sangat memberi kesan, sekaligus mencabar saya agar mengolah semula busana Baju Kurung tradisional agar keluar dari kepompong.” Dato’ Sri Bernard Chandran
Sangat menyenangi zaman retro yang glamor, Dato’ Sri Bernard Chandran juga merupakan peminat era 70-an dan 80-an. Terinspirasi dengan gaya biduanita Melayu seperti Mariam Ismail, Saloma, Saadiah dan Rahimah Alias, beliau terus memperkenalkan inovasi rekaan yang lebih malar segar.
Adat dan tradisi dari kacamata Bernard Chandran
“Saya mahu mereka semula baju raya, termasuk stail paling tradisional seperti baju pesak agar menjadi kontemporari serta membuatkan anda layak duduk di baris depan dengannya.” Dato’ Sri Bernard Chandran
Pameran ‘Bernard Chandran: Petang Raya 2006 – 2022’ kini dibuka kepada awam bermula 20 Mei hingga 20 Julai 2022 di pusat membeli-belah Fahrenheit88, Bukit Bintang. Kemasukan adalah percuma.
Semakin kejar akhirat, semakin melimpah ruah rezeki Rozita Che Wan. Sebut sahaja nama selebriti popular ini pasti ramai yang membayangkan kejelitaan dan imej glamor isteri Zain Saidin ini ...