Busana kurung moden, kekal relevan digayakan pada bila-bila masa. Menghadiri majlis rasmi, perkahwinan, ke pejabat dan semestinya menjadi pilihan wajib di hari raya Aidilfitri dan Aidiladha. Kalau dalam tempoh PKP kita tidak berkesempatan beraya sakan. Inilah masanya untuk anda melaram, kala menyambut kehadiran Hari Raya Korban nanti. 50 helai ilham pereka tempatan dengan garapan dan idea terkini boleh dijadikan inspirasi buat gaya anda. Nyata kesemua koleksi ini, mampu membuatkan penampilan anda lebih stylish dan trendy!
Cetusan cita rasa mewah buat penampilan lebih anggun. Persalinan penuh eksentrak membawa satu momen indah yang sukar dilupakan. Percikan rona menawan ditemani pilihan fabrik berkualiti tinggi, bersama sulaman yang cukup eksklusif melengkapkan gaya kemewahan itu.
Busana: Alia BastamamBusana: Alia BastamamBusana: Rico RinaldiBusana: Rico RinaldiBusana: Rizman RuzainiBusana: Rizman Ruzaini
Pesona kurung pereka tempatan menjanjikan gaya anda lebih menyerlah dan menawan.
IKLAN
Pertembungan fesyen dan tuntutan syariat, melahirkan himpunan Muslimah yang lebih versatil, selari dengan permintaan semasa.
IKLAN
Gaya nan anggun pasti menjadi dambaan setiap wanita. Persalinan eksentrik penuh gaya bakal membawa transisi penuh stail yang tiada tara. Helaian anggun dari pereka ternama mampu menghasilkan sesuatu moman indah.
Penampilan kerabat diraja Britain sering menjadi tumpuan samada di majlis formal mahupun tidak formal. Lihat sahaja gaya trendy Duchess of Cambridge, Kate Middleton, dan Duchess of Sussex Meghan Markle, pasti ramai yang ingin bergaya seperti mereka.
Tidak kiralah samada dari segi personaliti, karakter dan gaya fesyen yang digayakan.
Sebagai sebahagian daripada keluarga diraja adalah satu keistimewaan yang luar biasa, tetapi ia datang dengan banyak tradisi dan peraturan yang harus dipatuhi, tidak boleh melakukan perkara sesuka hati.
Setiap perlakuan ada yang mempengaruhi bahkan pilihan fesyen mereka juga. Ketahui antara protokol berfesyen yang harus mereka patuhi!
Nampak remeh dan ada di antaranya bagaikan ketinggalan zaman, tetapi setiap peraturan yang telah ditetapkan mempunyai maksud tersendiri yang ada betulnya. Jom kita lihat antara 10 peraturan asas yang perlu dipatuhi:
1. FUNGSI MEMBAWA BEG KEPIT
Helah beg kepit sebenarnya bertujuan menutupi cleavage. Bunyi macam kelakar, tapi itulah yang diterangkan oleh pereka fesyen Anya Hindmarch. Pereka beg tangan Puteri Diana, Anya Hindmarch, sendiri memanggil rekaan khas Puteri Diana itu sebagai “cleavage bags”, berfungsi untuk melindungi dadanya dari jurugambar apatah lagi tatkala melangkah keluar dari kenderaan.
2.BUSANA PERKAHWINAN
Pemilihan busana pengantin memerlukan persetujuan Ratu Elizabeth. Ia adalah tradisi yang Ratu perlu luluskan sebelum ditetapkan. Masih ingatkah gaun pengantin yang digayakan oleh mendiang Puteri Diana pada majlis perkahwinannya dahulu? Untuk majlis perkahwinannya kepada Putera Charles pada 29 Julai 1981, Lady Diana mengenakan gaun yang mengagumkan dengan rekaan lengan beropol, ribuan mutiara dan mantel labuh lebih dari tujuh meter panjang yang direka oleh David dan Elizabeth Emanuel. Ratu Elizabeth memberi green light kepada Kate Middleton dalam mengenakan gaun Alexander McQueen pada tahun 2011. Kate Middleton berkahwin dengan Prince William dalam pakaian Alexander McQueen yang direka oleh Sarah Burton. Gaun satin berenda ringkas itu telah mendapat pujian dari pengkritik fesyen untuk reka bentuknya yang menggabungkan elemen tradisi dan kemodenan. Ratu Elizabeth turut memberi persetujuan terhadap gaun yang dipakai Meghan Markle pada hari perkahwinannya dengan Putera Harry.
3. LARANGAN MEWARNAKAN KUKU
Kuku berwarna tidak dibenarkan sama sekali. Setiap kali anda melihat Ratu Elizabeth atau Kate Middleton, anda mungkin dapat melihat warna kuku mereka sentiasa neutral, merah jambu atau nude sahaja.Namun begitu, Meghan Markle mencetuskan kemarahan ibu mertua tirinya, Camilla Parker-Bowles semasa menghadiri Anugerah Pertunjukan Fesyen. Camilla dikhabarkan tidak senang dengan perbuatan Meghan yang melanggar pantang larang diraja denagn menggunakan pewarna kuku hitam.
4. RONA PAKAIAN
Ratu Elizabeth hanya memakai pakaian yang terang-terang sahaja. Bukan sahaja Ratu Elizabeth bahkan Kate Middleton juga mengikuti protokol tersebut juga. Alasannya ialah mereka mahu menonjol dari orang ramai. Dalam sebuah dokumentari The Queen at 90, Sophie, Countess of Wessex menerangkan bahawa ratu perlu menonjol agar orang ramai dapat melihatnya biarpun dari jauh.
5. BEG TANGAN
Tahukah anda, Ratu Elizabeth menggunakan beg tangannya untuk menghantar mesej rahsia? Anda mungkin mendapati bahawa Ratu tidak pernah keluar tanpa beg tangan, dan itu kerana dia menggunakannya untuk menghantar isyarat. Sebagai contoh, apabila dia mahu meninggalkan majlis makan malam, dia hanya meletakkan begnya di atas meja membolehkan pembantunya mengetahui bahawa majlis akan berakhir dan dia ingin meninggalkan majlis.
6. SELUAR PENDEK
Putera George hanya memakai seluar pendek. Dilaporkan, pemakaian seluar pendek oleh keluarga diraja, aristokrat dan golongan atasan yang masih kecil dan muda adalah satu tradisi turun temurun di kalangan mereka. Secara tradisi dengan peraturan yang ditetapkan, seorang budak lelaki golongan bangsawan akan terus memakai seluar pendek sehingga umurnya mencapai 8 tahun.
7. BUSANA HITAM
Keluarga diraja dikehendaki membawa persalinan hitam setiap kali keluar negara. Dengan cara ini, apabila mereka tiba semula di United Kingdom, mereka terus mengenakan pakaian sewajarnya jika berlakunya kes kematian. Terdahulu, Ratu Elizabeth berada di Kenya ketika bapanya meninggal dunia pada tahun 1952. Kerana tidak membawa sebarang pakaian hitam, akibatnya dia terpaksa menunggu di dalam pesawat (diberikan sepersalinan hitam) sebelum melangkah keluar.
8. LARANGAN MENGENAKAN KASUT BAJI (WEDGES)
Anda mungkin pernah melihat foto Kate Middelton sedang bermain bola tampar memakai kasut wedges tetapi awas jika Ratu Elizabeth berada di situ! Antara peraturan berfesyen di istana, golongan wanita dilarang memakai kasut jenis itu terutamanya dengan kehadiran Ratu Elizabeth. Meghan juga pernah dilihat mengenakan wedges ketika sedang sarat hamil dan menghadiri majlis tanpa kehadiran Ratu Elizabeth.
9. SOLEKAN NIPIS, GAYA RAMBUT RINGKAS JADI PILIHAN
Wanita golongan diraja tidak dibenarkan berhias berlebih-lebihan, sebaliknya hanya tampil di khalayak ramai dengan mengenakan solekan tipis dan gaya rambut yang ringkas dan kemas.
10.PEMAKAIAN SELUAR
Ratu Elizabeth lebih gemar memakai skirt atau gaun berbanding seluar dan peraturan itu juga perlu diikuti kerabat yang lain. Bagaimanapun mendiang Puteri Diana dan Meghan Markle beberapa kali dilihat melanggar peraturan ini ketika menghadiri majlis rasmi.
Wanita dan fesyen memang sukar dipisahkan. Pelbagai fesyen boleh didapati dan boleh dijadikan inspirasi untuk bergaya. Namun Fesyen tidak hanya menerhadkan fokus terhadap trend dan jenama semata-mata. Sense of style juga perlu selari agar dapat memberikan impak yang terbaik. Mahu kelihatan relevan sepanjang masa? Jom Nona kongsikan 5 tip mudah untuk elak daripada menjadi mangsa fesyen.
1. KUASAI BUSANA BASICS
Busana basic seperti celana denim dan kemeja putih kosong adalah must-haves untuk setiap wanita. Mereka mungkin ringkas tetapi mereka tetap boleh glammed up. Pilih satu statement piece (rantai leher atau tas tangan besar atau sepatu tumit spiky). Anda pasti akan tampak lebih elegan.
2. BIJAK MEMILIH FABRIK
Jangan sesekali menjadikan stail atau rupa satu-satu busana sebagai satu faktor utama anda memilih busana tersebut. Pilihan fabrik yang tepat dan sesuai dengan bentuk tubuh adalah pengetahuan yang perlu ada buat setiap fashionista! Pemilihan fabrik yang salah akan menjadikan tubuh anda kelihatan ‘terseksa’. Untuk tampak lebih baik, pilihlah busana dari fabrik cotton, wool gabardine, wool microfiber blends, wool crepe atau silk dan cotton blends.
3. JANGAN OVER
Aksesori seperti rantai dempak dan blings tampak sangat syok untuk dipakai tetapi jika anda mahu tampak sophisticated, beringat apabila beraksesori. Ingat, hiasan terlalu banyak akan mengurangkan versatiliti busana yang anda pakai. Apabila fokus kepada blings yang menyakitkan pandangan, anda akan tampak terlalu sarat.
4. ALL ABOUT PROPORTION
Busana anda mungkin muat dengan anda cantik dan ngam-ngam tetapi mainan proportion adalah tip fesyen yang ‘yes‘! Rule yang perlu dipatuhi: pendek di atas panjang atau panjang di atas pendek. Jika anda memakai kardigan labuh, sebaiknya top anda di dalam pendek. Jika memakai jaket yang cropped, sebaiknya labuhkan top anda.
5. PILIH CORAK YANG GELAP
Pattern semestinya seronok untuk digayakan tetapi pilihan stail dan corak yang salah hanya akan menyemakkan keseluruhan penampilan anda. Sebaiknya, pilih staik yang memiliki background yang gelap atau corak yang bertona.
Paten semestinya seronok untuk digayakan tetapi pilihan stail dan bentuk yang salah hanya akan menyemakkan anda. Apabila memilih busana bercorak, pilihlah stail yang memiliki background yang gelap atau corak yang bertona. Ini membolehkan kamu yang petite atau plus size tetap boleh menggayakan busana bercorak.
Sebagai individu yang memiliki paling banyak pengikut laman sosial instagram seluruh dunia. Kolaborasi antara Coach dan Selena Gomez cukup ideal melambangkan gaya moden wanita masa kini yang segar. Kolaborasi ini merangkumi rekaan beg yang digelar The Selena Grace Bag dan juga rekaan item fesyen seperti aksesori dan barangan kulit lain yang lebih kecil yang ditawarkan untuk masa terhad.
Rekaan beg Selena Grace ini datang rekaan dua pemegang dan ia dinamakan sempena nama selebriti ini dan setiap kualiti yang ada pada beg ini selari dengan personalitinya. Esen rekaan yang mengambil kira gaya All-American, ia adalah sebuah beg yang sesuai digayakan untuk apa jua acara seharian wanita.
Menariknya beg ini ia datang dengan ‘sentuhan’ peribadi Selena Gomez menerusi tag gantung dengan tanda tangannya dan juga tampalan cerita dibahagian dalam beg dengan pesanan mesej yang berbunyi, ‘To Be You Is To Be Strong’. Menjadikan beg ini lebih istimewa bahagian luar bawah beg ini juga diserlahkan dengan kata-kata positif ‘Love Yourself First’ dalam sulaman tulisan tangan pelakon dan penyanyi terkenal ini.
Beg ini hadir dalam tiga warna berbeza iaitu hitam buah ceri, putih dan merah. Menariknya satu digelar sebagai Selena Black Cherry, Selena White dan Selena Red. Beg ini akan mula dijual seluruh negara pada 1 September nanti.-Fiezreen Ahmad