Anda mengalami kesulitan menjalankan urus niaga di tandas? Nah, pastinya ramai yang berdiam diri jika ditanya soalan ini, bukan?

Sememangnya tidak ramai yang mengaku sedang berdepan masalah sembelit, apatah lagi bercerita dengan teman-teman bahawa hampir seminggu tidak ‘membuang’.

Ads

Sembelit bukanlah sesuatu yang lucu, ia boleh menjadi serius dan memudaratkan kesihatan. Sebelum anda mendapatkan rawatan laksatif di farmasi, ayuh cuba beberapa ikhtiar ini bagi melancarkan urusan di tandas.

MINYAK ZAITUN

7 Ikhtiar Atasi Sembelit, Minum Air Lemon Pun Boleh Lancarkan Bisnes Di Tandas

Ia bukan sahaja menyihatkan, malah minyak zaitun tulen boleh membantu meredakan sembelit. Cecair minyak ini dapat merangsang sistem penghadaman, membantu ‘melicinkan’ laluan najis di sepanjang usus besar dan mengelakkan sembelit berulang di kemudian hari.

Pengambilan yang disarankan, campur sesudu minyak zaitun dan sesudu kecil jus lemon, minum semasa perut kosong.

BUAH LEMON

7 Ikhtiar Atasi Sembelit, Minum Air Lemon Pun Boleh Lancarkan Bisnes Di Tandas

Sesegar aroma lemon yang harum, buah berwarna kuning ini juga dapat menjadikan tubuh anda lebih sihat. Asid sitrik yang terkandung di dalamnya bertindak sebagai perangsang sistem penghadaman, selain membantu menyahtoksin dan membersihkan material tidak tercerna yang melekat di dinding usus besar.

Cara pengambilannya, campur perahan jus sebiji lemon dengan secawan air untuk mengurangkan kepekatannya, kemudian minum untuk melancarkan proses pembuangan.

KOPI

7 Ikhtiar Atasi Sembelit, Minum Air Lemon Pun Boleh Lancarkan Bisnes Di Tandas

Ramai yang menggemari kopi pada sebelah pagi kerana terpikat dengan aromanya yang semerbak harum. Kafein merupakan stimulan semula jadi untuk sistem penghadaman, namun hadkan kepada 1-2 cawan sehari. Ini kerana kopi bersifat diuretik dan ia mendorong anda membuang air kecil dengan lebih kerap. Pengambilan kopi tanpa disertai minuman air suam yang mencukupi boleh menyebabkan sembelit bertambah teruk.

MAKANAN NATURAL

Tingkatkan pengambilan serat untuk mencegah sembelit. Secara semula jadinya, tubuh kita tahu memproses buah-buahan, sayuran dan bijirin berbanding makanan berproses atau tinggi bahan tiruan. Kandungan serat dalam makanan natural beraksi seperti span yang melembutkan najis dan memudahkan pembuangannya.

Ads

Walau bagaimanapun, seperti kopi, terdapat sesetengah serat (seperti kacang) yang boleh mendorong masalah sembelit jika tidak diiringi dengan pengambilan air secukupnya. Contoh serat yang baik adalah kekacang, aprikot, roti gandum penuh, beri, brokoli, buah plum, buah epal dan kentang.

LIDAH BUAYA

7 Ikhtiar Atasi Sembelit, Minum Air Lemon Pun Boleh Lancarkan Bisnes Di Tandas

Lidah buaya atau aloe vera terkenal dengan khasiat untuk menyembuhkan luka. Malah ia juga baik untuk perut anda. Ikhtiar terbaik adalah dengan menggunakan gel aloe vera tulen daripada daunnya kerana ia jauh lebih pekat berbanding jus aloe vera komersial. Hanya ambil dua sudu gel dan campurkan dengan jus buah-buahan kegemaran anda pada waktu pagi.

SODA PENAIK

Ads

7 Ikhtiar Atasi Sembelit, Minum Air Lemon Pun Boleh Lancarkan Bisnes Di Tandas

Banyak remedi di rumah yang memanipulasi kebaikan soda penaik. Fungsi bikarbonat bertindak untuk mendorong udara keluar sekali gus mengurangkan kesakitan akibat tekanan. Ia juga mengalkalikan perut, meneutralkan asid dan menyenangkan proses pembuangan najis.

Campurkan satu sudu kecil soda penaik dengan ¼ air suam dan minum.

PRUN

7 Ikhtiar Atasi Sembelit, Minum Air Lemon Pun Boleh Lancarkan Bisnes Di Tandas

Jus prun telah lama dipercayai untuk meredakan sembelit. Buah berperisa masam ini bertindak seperti laksatif semula jadi kerana kandungan seratnya yang tinggi serta mengandungi sorbitol. Sorbitol berfungsi untuk melembutkan najis namun pengambilan yang terlalu banyak boleh mendorong gas serta membuatkan najis menjadi terlalu lembut.

Amalkan dua gelas jus prun pada setiap pagi dan malam.

 

Selamat mencuba!

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI