Hari ini YAB Perdana Menteri Malaysia ke-9, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan pembentukan kabinet yang baharu. Pengumuman ini selaras dengan perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

Menurut Dato’ Sri Ismail, “Barisan Kabinet yang dibentuk hari ini merupakan pasukan pengurusan yang akan bekerja bersama rakyat,” ucapnya di pengumuman sebentar tadi.

IKLAN

Jika dahulu di bawah tampuk pimpinan Perdana Menteri ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melantik 5 Menteri dan 4 orang Timbalan Menteri wanita. Nampaknya barisan kabinet baharu tetap memilih 9 wanita hebat ini.

Ini adalah barisan Menteri dan Timbalan Menteri Wanita, ada yang dilantik dengan portfolio baharu dan ada yang kekal menerajui kementerian terdahulu.

Kuasa sembilan orang wanita ini bakal berganding bahu menjalankan pentadbiran negara dalam portfolio masing-masing. Mereka ini bukan calang-calang kerana mereka terdiri daripada tokoh politik berpengalaman, teknokrat dan pakar dalam pelbagai bidang.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat
YB Datuk Seri Rina binti Mohd Harun

9 Kuasa Wanita Kembali Terajui Kabinet Baharu Di Bawah Tampuk Pimpinan Perdana Menteri Ke-9
YB Datuk Seri Rina binti Mohd Harun

Sebelum dilantik sebagai Menteri Wanita dan Keluarga, Datuk Seri Rina Mohd Harun menjawat jawatan sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar. Wanita yang berusia 47 tahun ini merupakan Ahli Parlimen bagi zon Titiwangsa. Datuk Seri Rina Mohd Harun merupakan bekas pelajar Sekolah Tun Fatimah dan seterusnya melanjutkan pelajaran di Institut Teknologi MARA (kini Universiti Teknologi MARA). Beliau melanjutkan pengajian ijazah pertamanya di Universiti Northwood di Michigan, Amerika Syarikat dan mendapat BBA dalam bidang Perbankan dan Kewangan.

Menteri Pengajian Tinggi
YB Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

9 Kuasa Wanita Kembali Terajui Kabinet Baharu Di Bawah Tampuk Pimpinan Perdana Menteri Ke-9
YB Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Wanita yang berusia 53 tahun ini merupakan Ahli Parlimen Parit Sulong, Johor. Dato’ Dr Noraini Ahmad memperoleh Ijazah Sarjana Muda Perdagangan Kuantitatif Analisis dan Kewangan dari Universiti Saskatchewan, Kanada. Seterusnya memiliki Sarjana Pentadbiran Perniagaan di Universiti Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur.

Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi
YB Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin

9 Kuasa Wanita Kembali Terajui Kabinet Baharu Di Bawah Tampuk Pimpinan Perdana Menteri Ke-9
YB Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin

Datuk Dr. Hajah Zuraida Kamaruddin telah dilantik untuk mentadbir Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi sebagai Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi oleh Perdana Menteri ke-9. Beliau merupakan Ahli Parlimen Ampang, Selangor. Kini berusia 62 tahun serta mendapat pendidikan awal di Tanjong Katong Girl School, Singapura dan mempunyai pengalaman yang luas bekerja di sektor swasta sebelum menceburi politik.

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan
YB Dato’ Sri Hajah Nancy Binti Shukri

9 Kuasa Wanita Kembali Terajui Kabinet Baharu Di Bawah Tampuk Pimpinan Perdana Menteri Ke-9
YB Dato’ Sri Hajah Nancy Binti Shukri

Ahli Parlimen Batang Sadong ini pernah menjawat jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri selepas pilihan raya umum 2013. Berusia 59 tahun Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri memiliki darah Iban-Cina-Scotland-Melayu-Melanau. Beliau merupakan pemegang Sarjana Eksekutif Pentadbiran Perniagaan UiTM – Universiti OHIO (1998) (Beta Gamma Sigma Kehormat Anugerah); Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dengan Kepujian dari University of Hull, UK (1990); Diploma Pentadbiran Awam ITM Shah Alam (1985); Sijil Pelajaran Malaysia, Hijau Jalan Sekolah Menengah Green Road (1976-1978).

IKLAN

Menteri Perpaduan Negara
YB Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

9 Kuasa Wanita Kembali Terajui Kabinet Baharu Di Bawah Tampuk Pimpinan Perdana Menteri Ke-9
YB Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Datuk Halimah Mohamed Sadique merupakan Ahli Parlimen Tenggara, Johor dan kini berusia 58 tahun.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas)
YB Datuk Mastura binti Tan Sri Dato’ Mohd Yazid

9 Kuasa Wanita Kembali Terajui Kabinet Baharu Di Bawah Tampuk Pimpinan Perdana Menteri Ke-9
YB Datuk Mastura binti Tan Sri Dato’ Mohd Yazid

Datin Mastura Yazid merupakan balu kepada Allahyarham Datuk Wan Mohamad Khair-il Wan Ahmad, bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar yang meninggal dunia dalam tragedi helikopter di Sarawak. Berusia 59 tahun Datin Mastura Yazid merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-undang.

IKLAN

Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat
YB Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff

9 Kuasa Wanita Kembali Terajui Kabinet Baharu Di Bawah Tampuk Pimpinan Perdana Menteri Ke-9
YB Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff

Dato’ Hajah Siti Zailah Mohd Yusoff merupakan Ahli Parlimen Rantau Panjang, Kelantan. Kini berusia 57 tahun dan sudah tiga kali menang dalam pilihan raya 2008, 2013 dan 2018.

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang)
YB Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin

9 Kuasa Wanita Kembali Terajui Kabinet Baharu Di Bawah Tampuk Pimpinan Perdana Menteri Ke-9
YB Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin

Datuk Wira Mas Ermieyati Hj Samsudin merupakah Ahli Parlimen Masjid Tanah, Melaka sejak memenanginya pada pilihan raya umum ke-13. Kini berusia 44 tahun dan memiliki 5 orang cahaya mata. Beliau juga merupakan bekas pelajar Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru dan seterusnya melanjutkan pelajaran di Matrikulasi Undang-Undang dan Ijazah Undang-Undang di UKM, Bangi, Selangor.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak)
YB Dato Hajah Hanifah Hajar binti Taib

9 Kuasa Wanita Kembali Terajui Kabinet Baharu Di Bawah Tampuk Pimpinan Perdana Menteri Ke-9
YB Dato Hajah Hanifah Hajar binti Taib

Bapa Dato’ Hajah Hanifah Hajar Taib pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Balingian dalam Parlimen Mukah sehingga melepaskan jawatan apabila dilantik sebagai Yang Di-Pertua Negeri pada 2014. Kini berusia 48 tahun merupakan bekas pelajar Universiti San Francisco, Amerika Syarikat.

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI