Umum mengetahui penyanyi Najwa Latif yang terkenal dengan lagu Cinta Muka Buku baru sahaja melangsungkan perkahwinan. Hari ini, Najwa Latif turut berkongsi satu lagi berita gembira di mana adiknya juga dilihat turut mengikut jejak langkahnya di mana adiknya berjaya menamatkan pengajiannya.
Najwa Latif yang merupakan pemegang Ijazah Sarjana Pendidikan Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) dan kini bergelar pensyarah, menerusi hantaran di Instagramnya menzahirkan rasa bangganya apabila adiknya pula yang dikenali sebagai Jiha atau Irma Abdul Latif apabila berjaya mendapatkan ijazah sarjana dalam bidang pendidikan matematik dan tekonologi.
Menerusi hantaran tersebut, Najwa sempat menitipkan perasaanya yang berbunyi, “Girl is glowing! Alhamdulillah, Jiha has graduated with a master’s degree in mathematics education with technology and self love! Gitewww. Congratulations Adik. You did a very good job. A proud sister, I am!”
Melihat pada kedua-duanya merupakan lulusan daripada Universiti Malaya (UM), warga maya juga teruja dengan perkongsian Najwa apatah lagi melihat wajah adiknya saling tidak tumpah dengan wajah penyanyi tersebut. Untuk pengetahuan, Najwa Latif menamatkan pengajian Ijazah Sarjana pada 2019 dan kini sedang melanjutkan pelajaran ke peringkat Doktor Falsafah (PhD).
Ads
Penyanyi itu juga merupakan seorang pensyarah Bahasa Inggeris di salah satu universiti terkemuka negara. Menjengah ruangan komen, rata-rata peminat mengucapkan ucapan tahniah kepada adik Najwa Latif atas kejayaan yang dikecapi kerana pastinya ia tidak mudah. Semoga terus maju jaya buat kedua-duanya.
Ads
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berusia 28 tahun, gadis cantik bernama Rajwa Al-Saif tiba-tiba menjadi perhatian dunia. Masakan tidak, inilah tunang kepada Putera Mahkota Jordan, Al Hussein bin Abdullah yang merupakan anakanda sulung Raja Abdullah II dan Ratu Rania.
Kegembiraan seorang ibu jelas tergambar melalui perkongsian Ratu Jordan, Rania Al Abdullah sendiri di Twitter dan Instagram. Baginda yang kini berusia 51 tahun mempunyai empat orang cahaya mata iaitu Putera Hussein, Puteri Iman, Puteri Salma dan Putera Hashem.
“Teruja menerima anak perempuan ketiga, bakal menantu Al-Hussein, Rajwa ke dalam keluarga ini! Kami sangat gembira untuk kalian berdua.” Ratu Rania
Paling teruja melihat foto majlis pertunangan di antara Putera Mahkota Jordan, Hussein bin Abdullah II dan Rajwa Khaled Al-Saif semalam.
Seperti ibu bapa lain, peristiwa ini sudah pastinya tercatat sebagai kenangan manis kerana merupakan majlis penyatuan pertama melibatkan putera sulung diraja.
Majlis pertunangan itu diadakan di hadapan Raja Jordan Abdullah II, Ratu Rania dan keluarga bakal pengantin perempuan di Riyadh.
Seperti adat pertunangan di Malaysia, keluarga diraja Jordan mewakili pihak lelaki mencemar duli ke kediaman pihak perempuan yang terletak di Arab Saudi. Terlihat juga upacara menyarung cincin di antara bakal pengantin sebagai simbolik ikatan pertunangan mereka.
Turut hadir Hassan bin Talal, Putera Hashem bin Abdullah II, Putera Ali bin Hussein, Putera Hashem bin Hussein, Putera Ghazi bin Mohammed, Putera Rashid bin Hassan, dan sebilangan ahli keluarga Al-Saif.
Gadis bertuah bernama Rajwa Al-Saif ini dilahirkan di Riyadh pada 28 April 1994. Beliau adalah anak bongsu kepada ahli perniagaan Arab Saudi, Khalid bin Musaed Al-Saif dan Azza binti Naif Al-Sudairi.
Seperkara yang menarik tentang Rajwa, beliau mempunyai sedikit persamaan dengan bakal ibu mertuanya iaitu Ratu Rania. Selain datang daripada golongan biasa, mereka juga cantik dan pintar.
Rajwa menerima pendidikan menengahnya di Arab Saudi, dan kemudian melanjutkan pendidikan tingginya di Sekolah Seni Bina di Universiti Syracuse di New York.
Rajwa dan Putera Hussein juga sama-sama berusia 28 tahun. Putera Hussein adalah lulusan akademi tentera British Sandhurst. Beliau juga pemegang ijazah dalam sejarah antarabangsa dari Universiti Georgetown di AS.
Beliau memegang pangkat kapten dalam angkatan tentera Jordan dan boleh menerbangkan helikopter tentera. Putera Hussein secara rasmi dinamakan Putera Mahkota pada 2009 melalui titah diraja.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Era kini menyaksikan perkembangan teknologi yang amat mampan termasuk dari segi peredaran fesyen yang berubah dari semasa ke semasa. Pengaruh fesyen dari serata dunia menjadikan stail berpakaian semakin canggih dan mula menjadi ikutan penggemar fesyen terutama golongan remaja. Namun, bagi figura bernama Nor Ashikin Nor Majid, pendekatan yang diambil dalam memastikan budaya dan tradisi Malaysia masih utuh dipersada dunia harus dipuji tinggi.
Pastinya tidak ramai lakukan apa yang dilakukan oleh wanita berusia 33 tahun ini. Kecintaan Ashikin atau nama gelarannya, Ash Majid dalam senireka batik mencetuskan ilham buatnya untuk menghasilkan sesuatu yang mempunyai nilai estetika tersendiri. Perusahaan aksesori yang diberi nama Ash Majid yang diperbuat daripada batik ditubuhkan pada 6 tahun lalu menjadi satu landasan untuk menginterpretasikan idea kreatifnya dalam bidang fesyen.
“ Sejujurnya, sebelum ini saya lebih kepada rekaan baju. Kemudian, selepas tukang jahit saya balik ke negara asal dia, jadi saya buat keputusan untuk berehat seketika. Namun, kerana minat yang mendalam dengan apa yang saya lakukan, saya kembali dengan sesuatu yang berkaitan dengan fesyen. Ketika itu, statement necklaces sedang menjadi trend dan saya seorang yang amat mecintai batik. Dari situ, saya mendapat idea untuk menghasilkan aksesori yang menggabungkan elemen batik.
ILHAM
Menurut wanita kelahiran Butterworth, Pulau Pinang ini, setiap ilham untuk mereka sesuatu aksesori datang begitu saja. Tambahnya lagi, setiap rekaan mempunyai jalan cerita dan inspirasi tersendiri.
“ Kadangkala, sedang nyenyak tidur jam tiga pagi, ilham datang secara tiba-tiba. Sejujurnya susah nak jelaskan dari mana datangnya ilham buat setiap aksesori yang saya hasilkan. Ia datang secara tidak sengaja. Di rumah, saya mempunyai komponen-kompenan untuk membuat aksesori tersebut. Bila datangnya ilham, saya akan play along dan cuba terjemahkan ilham tersebut ke dalam rekaan.
Most of the time, saya akan mix and match the pendants dan cuba hasilkan rekaan yang menarik. Kadang-kadang, objek di depan mata saya juga boleh dijadikan inspirasi dan ilham. Sebagai contoh apabila saya melihat rekabentuk kerusi, ada bahagian yang boleh dijadikan ilham untuk mereka sesuatu aksesori,” jelas Ash.
Setiap produk pasti ada keunikan dan keistimewaan tersendiri. Begitu juga bagi aksesori yang dihasilkan oleh Ash. Setiap aksesori yang dihasilkan olehnya merupakan 100% buatan tangan oleh Ash sendiri.
Keistimewaan produk Ash Majid ini ialah dari segi penghasilan secara custom made product yang terdiri daripada rantai, gelang dan subang. Selain itu, setiap satu rekaan, hanya untuk satu pemilik saja. One design, one owner. Namun, jika ada pelanggan yang ingin rekaan yang sama, kami akan cuba olah dari segi penggunaan batik untuk ia kelihatan berbeza.
Kami juga menawarkan lifetime warranty untuk semua produk batiq choker. Ia bermaksud, jika ada defect atau sebarang masalah dengan produk tersebut, mereka boleh memulangkannya semula kepada kami.
Kami lebih dikenali dengan nama Ash Majid Langkawi kerana beroperasi di Pulau Lagenda, Pulau Langkawi. Sebelum ini, kami aktif menjalankan bisnes ini di Kuala Lumpur. Namun, disebabkan hasil penjualan yang tidak memberangsangkan, kami membuat keputusan untuk berpindah ke tempat yang boleh sustain dan memilih Langkawi.
Alhamdullilah, perniagaan kami semakin berkembang dan produk kami juga boleh didapati di beberapa butik yang terdapat di hotel lima bintang di Langkawi termasuk Ritz Carlton, The Datai, Bon Ton Resort dan Berjaya Langkawi Resort. Inyaallah, pada masa akan datang, produk kami akan berada di hotel-hotel lain,” ungkap Ash.
PERANCANGAN MASA DEPAN
“ we are planning to go worldwide and to be accessable worldwide. Kami ingin support lebih banyak butik-butik di Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa. Di Langkawi, kami merupakan supplier aksesori batik utama di kebanyakan butik yang terdapat di hotel-hotel ternama Langkawi.
Dalam pada masa yang sama, kami ingin menaikkan lagi aksesori tradisional kita ke mata dunia yang mempunyai nilai dan kualiti tersendiri. Buat masa ini kami masih belum ada perancangan untuk membuka butik namun jika ada pelunag dan rezeki, kenapa tidak. Insyaallah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat ke Majlis Khatam Al-Quran di Surau Utama Istana Negara pada 4 April 2023.
Majlis Khatam Al-Quran tersebut dipimpin oleh Penolong Pegawai Agama Istana Negara Ustaz Mohd Zuhairee bin Mohd Yatim.
Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan cenderakenangan kepada semua peserta khatam Al-Quran yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Istana Negara.
Turut hadir Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Mejar Jeneral Dato’ Zahari Mohd Ariffin, Datuk Paduka Maharaja Lela Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini dan Pegawai Agama Istana Negara Datuk Munir Md Salleh.
Sumber: Instagram Istana Negara
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lawatan Muzium Pahang bersama Tengku Ampuan Pahang menjadi detik penuh bermakna apabila baginda membawa rakan sekelas ISTAC UIAM menyelami sejarah, ilmu dan kenangan manis yang menyentuh hati.