Bergelar ibu tunggal bukan satu tugas mudah. Namun mujur Datuk Mastura Tan Sri Mohd Yazid dikurniakan empat anak lelaki penyayang dan berjiwa murni. Sekaligus menjadi ‘pengganti’ arwah suami tercinta dan ‘kekuatan’ dalam mendepani kehidupan.
Meskipun tanpa kelibat bapa dan suami tercinta di sisi namun kehidupan Datuk Mastura dan anak-anak kekal bahagia dengan cara tersendiri.
Sejak pemergian Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad ke rahmatullah pada 5 Mei 2016, keempat-empat anak lelaki Datuk Mastura inilah yang menggalas tanggungjawab arwah suaminya.
Biarpun tiada lagi suami untuk menjadi tempat mengadu dan bergantung, Datuk Mastura positif dan bijak menaikkan semangat individu.
Kongsinya, “Many people say that I am a good motivator. Is it true? Maybe I love to see happier people, more beautiful at any age, smarter and wiser people and of course healthier.
We must surround ourselves with ‘positive notes’, people who want to be better. When in the face of challenges, be grateful, use the challenge as a stimulus for goodness.”
Ke mana saja ahli politik ini pergi sama ada ketika menghadiri majlis ramah mesra atau berkempen, pasti kelibat empat anak tersayang sentiasa berada di sisi. Menjaga ibu mereka dengan penuh kasih sayang dan perhatian, anak sulung Datuk Mastura yang juga suami Mira Filzah ini komited menggalas tanggungjawab sebaiknya.
Pada ulang tahun perkahwinan ke-33 Datuk Mastura dan arwah suami pada 23 Julai lalu bersempena ulang tahun perkahwinan ke-33 Datuk Mastura dan arwah suami, Wan Emir Astar menitipkan ucapan penuh bermakna buat insan tersayang.
“Sebagaimana terletaknya tangan papa pada bahu ibu, begitulah juga bertemunya tangan anak-anak ibu dengan ibu, bersulamkan kasih yang tiada penghujungnya. Wan Khairil Anuar, suatu pinjaman sempurna kepada ibu telah kembali kepada pemilik-Nya.
Tetapi takdir Allah SWT Yang Maha Mengetahui segala qada dan qadar jugalah yang menempatkan bukan sahaja satu tetapi empat ‘Wan Khairil’ di sisi ibu. Tetapi ampunkan kami ibu, tidak dapat benar-benar menggantikan papa yang teristimewa.
Terlalu banyak hikmah dan pengalaman rumah tangga / pengorbanan yang kami dapat timba melalui perjalanan kisah “Demi Cinta, Sebuah Perjuangan” Ibu & Papa. Moga kami adik-beradik dapat membina kehidupan kami bersama pasangan (I shall try my ultimate best, my love) sebaik mana perkahwinan Ibu & Papa.”
Suami Datuk Mastura yang merupakan bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar dan Pengerusi Lembaga Minyak Sawit (MPOB) dilaporkan meninggal dunia kerana terlibat dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei 2016.
Helikopter jenis Eurocopter AS350 itu berlepas dari Betong dalam penerbangan ke Kuching yang kali terakhir berhubung dengan menara kawalan setelah tiga minit berlepas.
Datuk Mastura dan Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar dikurniakan empat anak lelaki iaitu Wan Emir Astar, Wan Imar Izzat, Wan Iskandar dan Wan Muhammad Amar.