Hari Ahad lepas terakam sebagai hari keluarga yang bermakna bagi setiap lelaki bergelar bapa.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Dato’ Sri Zafrul Aziz turut tidak terkecuali meluangkan hujung minggu lalu dengan keluarga iparnya di Sekinchan, Selangor.

Dalam satu hantaran beliau di Instagram, Tengku Zafrul berkongsi sekeping foto dengan anak bongsunya berlatarkan sawah padi yang menguning.

Ada Apa Di Sekinchan Sampai Menteri Kewangan Sambut Hari Bapa Di Sana?
“Bersama anak bongsu & keluarga sempena Hari Bapa”

Hantaran tersebut mendapat 14 ribu likes dan ratusan komen daripada followers yang menjadikan beliau sebagai idola.

Selain isteri Tengku Zafrul iaitu YM Raja Datin Sri Johanna Adrina dan anak-anak mereka, turut menyambut hari bapa bersama-sama adalah adik-beradik serta ipar-duai tersayang.

Ada Apa Di Sekinchan Sampai Menteri Kewangan Sambut Hari Bapa Di Sana?
Bersama ipar duai

Ada Apa Di Sekinchan Sampai Menteri Kewangan Sambut Hari Bapa Di Sana?

Ada Apa Di Sekinchan Sampai Menteri Kewangan Sambut Hari Bapa Di Sana?

Ada Apa Di Sekinchan Sampai Menteri Kewangan Sambut Hari Bapa Di Sana?
Puteri-puteri Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Raja Tun Uda

Beberapa keping foto yang dikongsi oleh adik ipar Tengku Zafrul turut memaparkan keindahan Sekinchan. Suasana yang indah, lengkap table setting berkelah dan momen keluarga yang berharga menandakan betapa pentingnya family time begini.

Nampak macam percutian di luar negara!

Paling menyentuh hati, apabila mereka berkongsi momen ‘menolak’ motosikal dengan bapa mertua yang disegani rakyat Malaysia, YAD Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Raja Tun Uda.

Ada Apa Di Sekinchan Sampai Menteri Kewangan Sambut Hari Bapa Di Sana?

Bertuahnya menantu-menantu mempunyai seorang bapa sehebat Raja Arshad, tentu banyak nasihat dan tunjuk ajar yang diwariskan pada mereka. Kredit foto: Instagram @joeyazman @tzafrul_aziz

Tapi kenapa Sekinchan? Ada apa dengan pekan kecil di Sabak Bernam itu?

Kebetulan pula baru beberapa minggu lepas famili selebriti Marion Caunter dan suaminya, SM Nasarudin SM Nasimuddin pun bercuti di sana. Wah, makin berkobar-kobar rasanya nak pergi Sekinchan macam ni.

Ada Apa Di Sekinchan Sampai Menteri Kewangan Sambut Hari Bapa Di Sana?

Ada Apa Di Sekinchan Sampai Menteri Kewangan Sambut Hari Bapa Di Sana?

Ada Apa Di Sekinchan Sampai Menteri Kewangan Sambut Hari Bapa Di Sana?

Tahukah anda, Sekinchan sering menarik pengunjung dari Kuala Lumpur dan Ipoh. Terdapat beberapa pengilang beras di kawasan di mana beras keluaran tempatan boleh dibeli.

Panorama sawah padi di Sekinchan dan sekitarnya sering menggamit perhatian jurugambar amatur dan profesional selain tumpuan penggambaran drama dan filem.

Bagi yang bercadang nak bawa keluarga bercuti di Sekinchan, jangan bimbang kerana sebenarnya terdapat banyak tarikan dan aktiviti yang boleh anda lakukan di sini. Oleh itu, tak perlu risau anak kebosanan.

TARIKAN UTAMA DI SEKINCHAN

(1) Melihat sawah bendang

Sekinchan sememangnya terkenal dengan bendang sawah padi yang terbentang luas, saujana mata memandang. Bagi penduduk bandar terutamanya, pemandangan sawah padi yang menenangkan pastinya membuatkan anda berasa teruja. Boleh sentuh pokok padi dan merentas batas padi, memancing ikan puyu dan melihat pelbagai cara pemprosesannya dari A-Z.

(2) Ah Ma’s House

Rumah kampung tradisional ini dipenuhi barang-barang antik yang kini telah jarang-jarang dilihat oleh anak-anak. Anda juga boleh melihat cara membuat kuih kapit secara tradisional yang dibakar dengan arang, selain membeli makanan ringan zaman 80-an yang popular seperti gula-gula dalam balang merah, bubble gum, aiskrim Malaysia dan asam boi.

(3) Berbasikal melihat sawah padi

Antara aktiviti menarik yang boleh anda lakukan bersama anak-anak ialah berbasikal mengelilingi sawah padi. Padi Box menyediakan pilihan basikal biasa ataupun jenis tandem yang boleh membawa dua penunggang sekaligus. Sewaan basikal Padi Box terbuka untuk tetamu dan juga mereka yang tidak menginap di sini. Selain Padi Box, anda juga boleh menyewa basikal di Farmville Cafe & Homestay ataupun di pekan.

(4) Menaiki buggy mengelilingi sawah padi

Selain menunggang basikal, boleh juga menyewa buggy atau clubcar untuk bersiar-siar mengelilingi kawasan sawah padi di sini. Setelah letih menunggang basikal, anak-anak seronok menaiki buggy mengelilingi bendang yang luas. Cuaca di sebelah petang yang agak redup dan berangin juga membuatkan pengalaman menaiki buggy mengelilingi sawah lebih menyeronokkan.

(5) Bersantai di Pantai Redang

Walaupun tak sesuai untuk bermandi-manda, tapi anda boleh membawa anak-anak bersiar di Pantai Redang. Boleh berkelah sambil bermain sand castle bersama anak-anak, memancing, bermain layang-layang, dan makan aiskrim sambil menunggu matahari terbenam.

(6) Sekinchan 3D Art Gallery

3D Art seolah-olah sudah menjadi trend masa kini dan Sekinchan tidak ketinggalan dalam menampilkan tarikan sebegini kepada para pengunjung.

(7) La Familia Orchard

La Familia Orchard adalah sebuah kebun buah di mana anda berpeluang membeli buah-buahan segar dari ladang. Hasil utama di sini ialah jambu air dan lime, namun terdapat juga buah-buahan lain seperti grapefruit, ciku dan mangga.

(8) Eagle Feeding di Pasir Penambang

Anda boleh beli tiket untuk menaiki bot dan melihat burung helang makan di tengah sungai Pasir Penambang. Seperti aktiviti eagle feeding semasa island hopping di Pulau Langkawi. Harga tiket ialah Rm25 untuk dewasa dan RM15 untuk kanak-kanak. Waktu untuk melihat burung helang makan ialah dari pukul 4 petang hingga 6.30 petang setiap hari.

(9) Nikmati makanan laut

Sekinchan terletak berdekatan dengan Pantai Remis dan ia pernah menjadi lokasi Tourism Malaysia Surfcasting Tour 2019. Ramai kaki joran datang ke sini untuk memancing kerana Sekinchan terkenal sebagai destinasi makanan laut yang menarik.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI