Pelakon cantik yang pernah popular di Malaysia menerusi sinetron Bawang Putih Bawang Merah kira-kira 17 tahun lalu, Nia Ramadhani cukup bertuah kerana mempunyai keluarga mentua yang penyayang, terkenal dan kaya.
Tidak hanya menjadi mentua yang baik dan melayan menantu seperti anak sendiri, kehidupan Nia Ramadhani dan suami, Anindra Ardiansyah Bakrie atau dikenali sebagai Ardi Bakrie juga dilihat sempurna di mata peminat kerana memiliki segala kesenangan dan kebahagiaan di samping keluarga.
Namun, penahanan Nia dan Ardi Bakrie kerana dadah baru-baru ini membuatkan nama bapa mentuanya, Ir. Aburizal Bakrie turut terpalit ekoran kontroversi pasangan selebriti tersebut. Ia sekaligus mendorong peminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai keluarga mentua Nia yang mendapat julukan sebagai billionaire terkenal.
Menelusuri latar belakang keluarga ternama ini, Aburizal Bakrie merupakan tokoh usahawan dan bekas menteri yang disegani di Indonesia. Aburizal Bakrie atau lebih mesra disapa Ical kini berusia 74 tahun dan menariknya beliau pernah menjadi orang terkaya di Indonesia pada tahun 2007.
Ads
Memetik laporan Forbes Asia, pengiktirafan itu diberikan kepada Aburizal Bakrie yang meraih kekayaan mencecah USD 5.4 bilion. Setahun kemudian, beliau mendapat gelaran orang terkaya Asia Tenggara pula daripada Globe Asia.
Difahamkan, nama Aburizal Bakrie menduduki carta 40 orang terkaya Indonesia selama enam tahun dan bapa kepada tiga orang cahaya mata berkenaan kembali mengungguli senarai orang terkaya Indonesia pada tahun 2009 dengan mencatatkan nilai kekayaan pada waktu itu meningkat daripada tahun sebelumnya mencecah USD 2.5 bilion.
Ads
Beliau yang juga graduan bidang elektro di Institut Teknologi Bandung (ITB) bagaimana pun berdepan detik sukar pada tahun 2010 apabila perusahaan Grup Bakrie berdepan dengan pelbagai masalah. Aburizal Bakrie mewarisi bakat perniagaan daripada bapanya iaitu Achmad Bakrie seorang pengusaha dari Lampung yang dikatakan mula berniaga roti, kopi, lada dan hasil bumi lain pada tahun 1942.
Ads
Menyambung legasi bapa, Aburizal Bakrie kini memonopoli pelbagai cabang industri di Indonesia. Ini termasuk perumahan, kontraktor, telekomunikasi, industri baja dan media massa. Di samping sibuk dengan kerjaya sebagai usahawan, Aburizal Bakrie juga pernah menjawat tugas sebagai Menteri Koordinasi Bidang Perekonomian Republik Indonesia pada 2004 hingga 2005.
Beliau mendirikan rumah tangga dengan Tatty Murnitriati sejak tahun 1973. Hasil perkongsian hidup selama 47 tahun, pasangan ini dikurniakan tiga orang anak iaitu Anindya Novyan Bakrie, Anindhita Anestya Bakrie dan Anindra Ardiansyah Bakrie.
Kredit foto: Instagram Nia Ramadhani, Ardi Bakrie
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahniah Nona ucapkan kepada pelakon Datin Elvina Mohamad dan suaminya Datuk Haniff Borhan kerana bakal menimang cahaya mata lelaki. Datin Elvina dijangka bakal melahirkan bayi sulung mereka penghujung tahun ini.
Rasa teruja pasangan ini untuk menimang cahaya mata dikongsikan bersama peminat di laman instagram dengan memuat naik beberapa foto maternity shoot. Mana tidaknya, mereka berdua akan bergelar ibu dan ayah tidak lama lagi. Mesti berdebar-debar jantung dibuatnya menunggu kelahiran kan?
Alahai, nampak sweet sangat semua gambar-gambar daripada mommy to be and daddy to be ni. Nampak tenang dan jelas terpancar kasih sayang antara pasangan suami isteri. Tak percaya, cuba tengok ni.
Dalam pada itu, ruangan komen juga dipenuhi dengan ucapan tahniah dan doa peminat yang mendoakan agar Datin Elvina dan bayi dalam kandungannya berada dalam keadaan sihat.
Sumber gambar: instagram Datin Elvina
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Cemburu adalah perkara yang biasa yang dialami oleh setiap pasangan bercinta. Sikap cemburu menunjukkan kasih sayang seseorang terhadap orang yang dicintainya. Namun, sikap cemburu yang berlebihan boleh menjejaskan sesebuah hubungan itu.
Cemburu itu boleh tetapi ia perlu berpada-pada. Jangan sampai pasangan anda merasa bosan dengan sikap cemburu yang tidak berasas. Kenalpasti adakah anda seorang yang kuat cemburu dalam hubungan cinta? Jom kita lihat 7 tanda ini!
1.TERLALU MASUK CAMPUR
Jika pun kekasih anda mempunyai kalangan teman yang asyik menyusahkan, jangan pula anda menghasut agar dia menyingkirkan rakannya dari hidup. Anda sendiri bukanlah terlalu baik untuk berkata begitu. Berbincang secara profesional dengannya dan biar dia yang menentukan hidupnya sendiri.
2. TIDAK BERI RUANG
Bagi lelaki, ruang untuk diri sendiri adalah penting. Dia juga perlu masa untuk bersama kawan lelaki lain untuk melakukan aktiviti mereka seperti bersukan dan lepak menonton perlawanan bola sepak. Jangan menyekat aktiviti yang suka dilakukannya. Berikan dia ruang untuk merasa sedikit kebebasan dan melakukan perkara yang disukainya.
3. SUKA MENYUSAHKAN
Lelaki sememangnya suka jika wanita kesayangan mereka meminta tolong kerana ia membuktikan yang anda memerlukan mereka dalam hidup. Namun, janganlah sampai hendak ambil surat di depan rumah pun minta si dia temankan. Itu mengada-ngada namanya!
4. CURIGA SEPANJANG MASA
Percaya itu penting dalam perhubungan. Merimaskan apabila semua perkara yang dilakukannya perlu mendapat persetujuan anda. Tidak semestinya bekerja lewat bererti dia keluar mencari wanita lain. Letakkan kepercayaan pada pasangan anda agar si dia rasa anda seorang yang memahami.
5. TIDAK SUKA DIA HABISKAN MASA BERSAMA RAKAN-RAKANNYA
Setiap kali si dia ingin berjumpa dengan rakan-rakannya, anda pasti melarang dan menghalang. Anda harus ingat, hidup dia bukan untuk anda seorang sahaja. Jangan sampai dia merasa anda terlalu mengongkong hidupnya kerana lelaki tidak suka wanita yang kuat mengongkong.
6. BERCAKAP DENGAN SI DIA 24 JAM
Dia juga punya kerja lain selain melayan celoteh kekasih mereka di talian. Tidak semua lelaki gemar bergayut di telefon berjam lamanya. Jangan sampai si dia berasa rimas dengan anda kerana tidak boleh berenggang walaupun 5 minit ya! Dia akan menganggap anda seorang yang mengada-ngada dan keanak-anakan.
7. HANYA DIA
Benci jika dia punya agenda selain daripada keluar bertemu janji dengan anda. Get a life! Jangan sentiasa menunggu dia untuk membuatkan hari anda jadi bermakna. Ajak kawan-kawan anda untuk beriadah dengan anda. Jangan asyik nak berkepit dengan si dia saja!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tanggal 24.12.22 menjadi saksi pelakon Reen Rahim selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin, pada majlis yang berlangsung di Bora Ombak Marina, Putrajaya.
Aktres berumur 34 tahun itu dinikahkan sendiri oleh ayah pengantin perempuan, Abdul Rahim Abdul Kadir, di hadapan Pendaftar Nikah Putrajaya iaitu Hafizan Ibrahim pada pukul 9.05 malam dengan mas kahwin RM1,988 beserta sedulang barang kemas.
Reen atau nama sebenarnya Noreen Ashikin Abdul Rahim menerima lima dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak lelaki. Pasangan sama cantik sama padan itu memakai busana serba putih pada hari penuh bermakna ini.
Majlis akad nikah itu dihadiri oleh kira-kira 400 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak dan media.
Sebelum ini, Reen meluahkan rasa syukur kerana mendapat tajaan sebanyak RM15 juta dengan mengadakan tiga majlis iaitu malam berinai, akad nikah dan resepsi. Terdahulu, Reen melangsungkan majlis pertunangan dengan jejaka berusia 28 tahun itu pada Ogos lalu namun bertindak untuk merahsiakannya atas permintaan keluarga.
Menurut Reen, kisah cinta bersama suaminya itu bermula pada dua tahun lepas.
“Jujurnya, di awal perkenalan, saya yang suka pada dia. Namun dia tidak menunjukkan apa-apa reaksi untuk membalas perasaan saya. Jadi, saya pendam sendiri perasaan ini selama dua tahun perkenalan sehinggalah kami pulang dari mengerjakan umrah bersama-sama,” ujar pelakon cantik ini.
Reen dan pasangan mula membina cinta selepas pulang dari umrah apabila hati kedua-duanya terbuka untuk membawa hubungan persabahatan yang sudah terjalin selama dua tahun ke fasa yang lebih serius.
Pada majlis akad nikah, wajah Reen mendapat sentuhan dari Datin Saidatulnisa Aminuddin manakala busana serba putih sentihan @ariweddingcouture. Reen turut mengenakan aksesori dari @ceresgoldofficial.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak imigran dan tak selesai pengajian, kini Lucy Guo tersenarai sebagai antara wanita termuda dalam senarai America's Richest Self-Made Women pada usia 30 tahun!