KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat menyempurnakan majlis perasmian projek hartanah ikonik pelaburan Malaysia, Stesen Janakuasa Battersea di Central London, United Kingdom (UK) semalam.

Ads

AGONG Rasmi Projek Hartanah Ikonik Pelaburan Malaysia, Stesen Janakuasa Battersea Di UKKeberangkatan Seri Paduka Baginda turut diiringi Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda berdua di Stesen Janakuasa Battersea disambut oleh Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB) Tun Arifin Zakaria, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke UK Dato’ Zakri Jaafar, Menteri Pelaburan UK Dominic Johnson dan Menteri Dasar Perdagangan UK, Greg Hands.

AGONG Rasmi Projek Hartanah Ikonik Pelaburan Malaysia, Stesen Janakuasa Battersea Di UKSeri Paduka Baginda berkenan menyempurnakan pembukaan Stesen Janakuasa Battersea dengan menghidupkan semula kuasa secara simbolik di Dewan Turbin A yang telah tidak aktif selama lebih 40 tahun dan kini akan menempatkan sebahagian daripada pusat beli-belah Stesen Janakuasa tersebut.

Seri Paduka Baginda kemudiannya berkenan melancarkan plak memperingati lawatan dan peringatan kekal akan hubungan kukuh antara Malaysia dan UK.

AGONG Rasmi Projek Hartanah Ikonik Pelaburan Malaysia, Stesen Janakuasa Battersea Di UKMercu tanda itu akan dibuka kepada orang ramai pada hari Jumaat, 14 Oktober 2022 setelah hampir empat dekad penutupannya.

Ads

Pernah menjadi stesen janakuasa arang batu satu ketika dulu, ia kini bersedia untuk menjadi salah satu destinasi beli-belah dan riadah yang paling menarik di London.

Ads

Berkeluasan 16.99 hektar, Stesen Janakuasa Battersea adalah projek hartanah membabitkan usaha sama antara Sime Darby Property, SP Setia Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Permodalan Nasional Berhad sejak tahun 2012 dengan nilai pembangunan kasar sebanyak sembilan bilion pound (RM51.53 bilion).

Sumber: Bernama

Kredit Foto: Instagram Istana Negara

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI