Bukan 20an, 30an mahupun 40an tapi usia sebenar Puan Sri Shariffa Sabrina mencecah 59 tahun. Tapi kalau tengok kepada fizikal dan rupa paras, tidak langsung mencerminkan usia tersebut. Memang awet muda! Paling mengagumkan, stamina Puan Sri Sabrina pun tidak ubah seperti anak muda. Lasak dan aktif!

Ditemui ketika sesi fotografi bersama Nona kira-kira tiga tahun lalu, Puan Sri Sabrina yang merupakan Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA) tetap ‘kaya’ dengan sikap ramah dan rendah diri. Peribadinya masih sama seperti kali pertama mengenali figura wanita hebat ini.

IKLAN

Aktif Gaya Hidup Sihat, PUAN SRI SHARIFFA SABRINA Cergas Di Usia Lewat 50an! Aktif Gaya Hidup Sihat, PUAN SRI SHARIFFA SABRINA Cergas Di Usia Lewat 50an! Aktif Gaya Hidup Sihat, PUAN SRI SHARIFFA SABRINA Cergas Di Usia Lewat 50an!

Aktif Gaya Hidup Sihat, PUAN SRI SHARIFFA SABRINA Cergas Di Usia Lewat 50an! Aktif Gaya Hidup Sihat, PUAN SRI SHARIFFA SABRINA Cergas Di Usia Lewat 50an!

Juga disifatkan seorang yang lantang menyuarakan pendapat dan berjiwa besar, pertemuan kami ketika itu lebih berkisar tentang kecantikan dan gaya hidup sihat yang diamalkan ibu kepada lima orang anak berkenaan.

Terkejut dengar petua sihat dan ramping yang diamalkan beliau. Sebagai personaliti ternama dan langsing seperti anak dara, pasti ramai yang beranggapan ibu aktif ini sanggup berhabis wang untuk memiliki susuk tubuh menawan. Realitinya, terang pemilik nama Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil ini sejak umur 15 tahun lagi beliau sudah mula tidak makan nasi!

Gemar berkongsi kebaikan dengan masyarakat, Puan Sri Sabrina turut mendedahkan perwatakan sebenar beliau yang meminati aktiviti lasak dan mencintai senaman. “Dah lebih dua tahun saya buat exercise di Taman Lembah Bukit SUK Shah Alam.

Setiap hari dari pukul 7.45 pagi kami akan berkumpul di sana dan lakukan senaman seperti Qi Gong. Memang ramai yang datang dan salah satu manfaat senaman ini ialah dapat kuruskan badan, melegakan lenguh badan dan macam-macam lagi.

Aktif Gaya Hidup Sihat, PUAN SRI SHARIFFA SABRINA Cergas Di Usia Lewat 50an! Aktif Gaya Hidup Sihat, PUAN SRI SHARIFFA SABRINA Cergas Di Usia Lewat 50an! Aktif Gaya Hidup Sihat, PUAN SRI SHARIFFA SABRINA Cergas Di Usia Lewat 50an! Aktif Gaya Hidup Sihat, PUAN SRI SHARIFFA SABRINA Cergas Di Usia Lewat 50an! Aktif Gaya Hidup Sihat, PUAN SRI SHARIFFA SABRINA Cergas Di Usia Lewat 50an!

Jujurnya saya tidak begitu menggemari zumba tapi saya suka menari. Boleh dikatakan semua jenis tarianlah. Paling saya suka, modern dance,” jelas pemilik Tanah Aina Cafe dan Tanah Aina Resort ini.

IKLAN

Jika kebanyakan wanita bersikap skeptikal bila diajukan soal berat badan, namun tidak bagi Puan Sri Sabrina. Enggan berselindung, dia lantas melontar bicara. “Berat saya sekarang 55 kg. Tinggi pula 5 kaki 5 inci. Zaman anak dara dulu berat badan cuma 50 kg je.”

Aktif Gaya Hidup Sihat, PUAN SRI SHARIFFA SABRINA Cergas Di Usia Lewat 50an!
Puan Sri Shariffa Sabrina
Aktif Gaya Hidup Sihat, PUAN SRI SHARIFFA SABRINA Cergas Di Usia Lewat 50an!
Di samping suami
Aktif Gaya Hidup Sihat, PUAN SRI SHARIFFA SABRINA Cergas Di Usia Lewat 50an!
Di samping suami
Aktif Gaya Hidup Sihat, PUAN SRI SHARIFFA SABRINA Cergas Di Usia Lewat 50an!
Anak Puan Sri Shariffa Sabrina
Aktif Gaya Hidup Sihat, PUAN SRI SHARIFFA SABRINA Cergas Di Usia Lewat 50an!
Bersama cucu tersayang

Aktif Gaya Hidup Sihat, PUAN SRI SHARIFFA SABRINA Cergas Di Usia Lewat 50an! Aktif Gaya Hidup Sihat, PUAN SRI SHARIFFA SABRINA Cergas Di Usia Lewat 50an!

“Puan Sri jenis tak kuat makan ke?” celah penulis. “Eh, saya suka makan. Cuma tak makan nasi itu je. Sebenarnya sejak umur 15 tahun sampailah sekarang saya dah tak makan
nasi. Saya gantikan nasi tu dengan pengambilan roti dan ubi… macam ubi keledek dan ubi kayu.

IKLAN

Memandangkan umur sekarang.. maknanya dah lebih 40 tahun saya tak makan nasi. Bagus kalau makan ubi ni sebab di Afrika contohnya, ia adalah negara di dunia yang paling kurang rakyatnya hidap kanser sebab mereka makan makanan dari sumber bawah tanah.”

Disebabkan kecintaannya terhadap dunia kecergasan dan sukan, Puan Sri Sabrina turut membuka pusat kecergasan Tanah Aina Fitness Centre di Shah Alam khas buat kaum wanita mengadakan aktiviti dan rutin senaman bersama-sama.

 

Kredit Foto: Instagram & Facebook Puan Sri Sabrina

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI