Tumpang bahagia tengok kehidupan Datuk Lee Chong Wei hari ini. Selepas mengumumkan persaraan dari kerjaya sukan yang diminatinya pada Jun lalu… jaguh badminton negara ini dilihat banyak menghabiskan masa bersama keluarga tersayang. Selain menggembirakan hati isteri, Datin Wong Mew Choo dan dua anaknya iaitu Kingston Lee dan Terence Lee, atlet kebanggaan ramai ini juga tidak ketinggalan ‘mencari’ minat baru dan membahagiakan diri sendiri.

IKLAN

Iyalah, sepanjang hampir 20 tahun bergelar atlet… kebanyakan masanya dihabiskan untuk latihan kecergasan dan stamina di gym. Sampai tak ada masa untuk anak-anak dan keluarga. Malah, sejak berkahwin dengan Datin Wong Mew Choo pada 2012 pun beliau belum sempat bawa isteri pergi berbulan madu!

Aktiviti DATUK LEE CHONG WEI Lepas Bersara… Gembirakan Isteri, Anak & Diri Sendiri! Aktiviti DATUK LEE CHONG WEI Lepas Bersara… Gembirakan Isteri, Anak & Diri Sendiri! Aktiviti DATUK LEE CHONG WEI Lepas Bersara… Gembirakan Isteri, Anak & Diri Sendiri!

Berkongsi rutin harian selepas persaraan baru-baru ini, tumpuan Datuk Lee Chong Wei nyata berubah sepenuhnya. Kebetulan, hari sukan Terence jatuh pada hari yang sama dengan appointment beliau. Meletakkan anak sebagai keutamaan… atlet berusia 36 tahun ini sanggup menunda appointment sebab mahu hadir menyaksikan perlawanan anak keduanya itu.

“Because when I was his age, my parents’ recognition and praises were all I was competing for. Saya masih ingat insiden Hari Sukan zaman sekolah rendah, waktu itu saya terlibat dalam larian 50 meter. Saya ajak mak ayah saya datang bagi sokongan tapi mereka sibuk. Tengok mak ayah orang lain datang dan sokong anak masing-masing buatkan saya langsung tak bersemangat hendak sertai perlumbaan tersebut.

Aktiviti DATUK LEE CHONG WEI Lepas Bersara… Gembirakan Isteri, Anak & Diri Sendiri! Aktiviti DATUK LEE CHONG WEI Lepas Bersara… Gembirakan Isteri, Anak & Diri Sendiri! Aktiviti DATUK LEE CHONG WEI Lepas Bersara… Gembirakan Isteri, Anak & Diri Sendiri!

Tiba-tiba saya ternampak kelibat mereka ‘mengintip’ dari jauh. Terus saya rasa bersemangat bila tahu mereka ada bersama ketika itu. Kanak-kanak yang baru hendak membesar ini, mereka tidak perlukan mainan dan duit. Sebaliknya, mereka lebih memerlukan masa dan perhatian daripada mak ayah.”

Selain cuba menebus semula ‘hutang’ kepada anak-anak, jaguh kelahiran Perak ini juga meluangkan masa untuk diri sendiri dengan menyertai acara dekorasi manisan. Satu perkara yang mungkin tak pernah terlintas di fikiran Datuk Lee Chong Wei sendiri. Sambil berseloroh, “Aduh… making macaroon cake tower is much harder than playing badminton.”

Aktiviti DATUK LEE CHONG WEI Lepas Bersara… Gembirakan Isteri, Anak & Diri Sendiri!

IKLAN

Aktiviti DATUK LEE CHONG WEI Lepas Bersara… Gembirakan Isteri, Anak & Diri Sendiri!

Pada hujung Julai lepas pula, beliau membawa isteri tercinta ke Singapura untuk menyaksikan perlawanan bola sepak pasukan Manchester United di sana. Alahai, seronok pula tengok fasa kehidupan Datuk Lee Chong Wei dan keluarga sekarang.

Dilahirkan pada 21 Oktober 1982 di Bagan Serai, Perak… Datuk Lee Chong Wei berkahwin dengan Datin Wong Mew Choo yang juga bekas pemain badminton negara pada tanggal 10 November 2012. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Kingston dan Terence masing-masing berusia 6 tahun and 4 tahun.

IKLAN

 

 

Kredit: Instagram Datuk Lee Chong Wei

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI