Terjun ke dalam dunia hiburan mungkin nampak mudah tetapi untuk terus kekal bertahan adalah cabaran yang perlu dipikul oleh mereka yang bergelar artis.
Mira Filzah sendiri tidak menyangka, niat menceburi bidang modelling telah mempertemukan dia dengan ‘jodoh’ bersama dunia seni lebih sembilan tahun lalu.
Di usia 28 tahun, butir bicaranya begitu matang. Dia tahu apa yang ingin diperkatakan malah petah dalam melontarkan satu penceritaan. Jarang sekali membaca kontroversi memalit Mira, apatah lagi gossip panas.
Foto: Koleksi Majalah NonaFoto: Koleksi Majalah Nona
“Apabila menjadi artis, tentunya kita tahu apa sahaja yang kita lakukan diperhatikan. Sebelum berkahwin saya kawal content untuk tatapan media sosial. Apatah selepas berkahwin, lebih banyak privasi perlu dijaga. Posting berkaitan suami dan rumahtangga bukan sesuatu yang boleh kita suka-suka tayangkan kepada umum.
Saya banyak belajar dari pengalaman. Iyalah, masuk ke dunia seni tanpa sengaja, tak ada niat apalagi casting. Semuanya berlaku secara tiba-tiba dan saya jenis suka go with the flow. Kurang bercakap tapi lebih banyak observe, mungkin dari situ saya belajar gaya hidup orang, cara bekerja dan semua itu saya belajar sendiri.
Nak kata ada pengalaman sendiri…NO, tapi pemerhatian yang mengubah diri menjadi matang. Saya biasanya mengambil pengajaran dari apa yang berlaku pada orang lain,” katanya.
Dalam kehidupan yang dilalui, sekelumit pun rasa menyesal tidak timbul. Dengan restu kedua ibu bapanya, Mira melewati tahun demi tahun dan membina tapak untuk namanya terus dikenali.
Foto: Instagram @mfmirafilzah
Dari kerjaya sebagai model pelbagai jenama fesyen terkemuka tanah air kepada pelakon dan kini bergelar pengacara, Mira Filzah sangat bersyukur.
Ads
“Sewaktu kaki mula memijak dunia lakonan, tentulah mak dan abah tak bersetuju. Tapi anak nombor dua biasanya degil sikit. Saya tetap pujuk mereka untuk menerima jalan yang saya pilih.
Asalkan terpacul perkataan ‘ok’ dari mereka, saya anggap mereka merestui kerana pada saya restu mak dan abah sangat penting. Kalau tak, memang apa yang saya lakukan tak menjadi.
Ads
Bagi saya, rezeki yang datang saya laksanakan sehabis baik. Walaupun pernah kecewa kerana tidak terpilih dalam top 20 finalis Dewi Remaja, saya merasakan hikmah itu datang dalam bentuk lebih baik di masa hadapan.
Saya bayangkan juga, sekiranya terpilih, perjalanan saya dalam dunia seni ini lebih lambat kerana berada dalam pertandingan.
Tetapi hikmahnya, saya mulakan langkah terlebih dahulu. Saya menerima tawaran berlakon drama bersiri. Di saat memenangi anugerah Artis Bintang Popular, saya terfikir…macam mana kalau saya terpilih menyertai Dewi Remaja?
Mungkin ini bukan ‘laluan’ saya. Saya sangat percaya, hikmah Allah akan datang kemudian. Saya tak pernah regret pun dengan apa yang berlaku. Alhamdulillah, hidup saya kini lebih bahagia,” ujar isteri kepada Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar ini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hari ini merupakan hari pertama rakyat Malaysia menjalani Perintah Kawalan Pergerakan yang telah diisytiharkan oleh Perdana Menteri ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin secara langsung menerusi media elektronik dan media sosial seluruh negara.
Perintah Kawalan Pergerakan ini julung kali dilakukan dalam sejarah Malaysia berkuatkuasa 18hb Mac hingga 31hb Mac 2020 di seluruh negara bagi mengekang penularan COVID-19. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah melabelkan COVID-19 ini sebagai PANDEMIK.
Bintang filem terkenal Hollywood Tom Hanks dan isterinya Rita Wilson telah mengumumkan secara terbuka bahawa mereka telah dijangkiti dengan wabak yang telah bermula di Wuhan, China ini. Ini bermakna pasangan ini adalah artis pertama Hollywood yang disahkan mengidap penyakit yang boleh membawa maut.
Ketika pelakon Forrest Gump ini mengumumkan tentang hasil ujian positif COVID-19, pasangan ini berada di Australia kerana terlibat dalam sebuah projek filem mengenai kisah hidup Elvis Presley yang diarahkan oleh Baz Luhrmann di sana. Tom Hanks melakonkan watak pengurus Elvis iaitu Colonel Tom Parker.
Isteri Tom Hanks yang merupakan pelakon filem Sleepless in Seattle ini turut mengikut jejak langkah suaminya yang kekal positif walaupun disahkan positif COVID-19. Pasangan ini turut aktif di media sosial peribadi masing-masing melayan peminat.
Selepas telah disahkan positif COVID-19 pasangan yang sudah berkahwin lebih 30 tahun ini turut akur menjalani pengasingan dan pemantauan kesihatan agar tidak merebak kepada orang di sekeliling mereka.
Tulis Tom Hank di laman Instagram miliknya, “Ada beberapa perkara yang boleh kita lakukan untuk lalui semua bencana ini dengan mengikut nasihat daripada mereka yang pakar serta pihak pemerintah. Lagi satu, jaga diri sendiri dan keluarga,” kata Tom Hanks yang mengisi masa pengasingan dan pemantauan kesihatan dengan berbicara bersama peminatnya di ruang internet.
Paling menarik ada peminat pasangan ini yang mempunyai rumah di Gold Coast, Australia telah menawarkan Tom Hanks dan isterinya menginap di kediaman tersebut selama 14 hari untuk proses pengasingan dan pemantauan kesihatan. Beruntung jadi orang ternama! Ramai peminat menghulurkan bantuan untuk bintang kesayangan mereka.
Manakala isteri Tom Hanks, Rita Wilson yang turut berlakon dalam filem Mamma Mia ini telah membuat undian dengan peminatnya untuk memberi nama Playlist Sportify sepanjang tempoh pengasingan dan pemantauan kesihatan tersebut. Akhirnya wanita yang memiliki dua orang cahaya mata ini memilih Quarantunes sebagai nama Playlist Sportify miliknya.
Dikatakan selepas lima hari menjalani tempoh pengasingan dan pemantauan kesihatan, pasangan ini kelihatan meninggalkan hospital selepas itu. Namun Tom Hanks dan isterinya tidak terus pulang ke Amerika Syarikat sebaliknya meneruskan proses pengasingan dan pemantauan kesihatan di dalam sebuah rumah di Australia untuk mengelak jangkitan virus ini kepada orang lain. Beradap sungguh pasangan pelakon Hollywood ini.
Foto: Instagram @tomhanks & @ritawilson
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon veteran tersohor, Datuk Jalaludin Hassan meluahkan kesyukuran apabila usia perkahwinannya bersama isteri tercinta, Datin Rapidah Abd Ghani mencecah lapan tahun.
“Terima kasih kerana sudi hadir dalam hidup ku. Semoga Allah rahmati dan kurniakan kebahagiaan bersama anak cucu hingga akhir hayat. Insyaallah.
“Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke-8.”
Bahagia
Dalam hantaran itu, kelihatan Datuk Jalaludin Hassan dan Datin Rapidah meraikan sambutan ulang tahun perkahwinan mereka dalam suasana santai di luar sambil menikmati hidangan.
Terserlah kebahagiaan kedua-dua pasangan serasi ini. Datuk Jalaludin Hassan kini berusia 71 tahun manakala Datin Rapidah berusia 52 tahun.
Untuk info, pasangan ini disatukan sebagai suami isteri pada 12 November 2017 dengan sekali lafaz pada majlis akad nikah yang diadakan di Masjid Bandar Tun Hussein Onn, Cheras.
Ini merupakan perkahwinan kali kedua Datuk Jalaludin Hassan. Datin Rapidah merupakan ibu tunggal kepada empat cahaya mata.
Mereka bertemu ketika menghadiri rumah terbuka abang kepada isterinya, Lokman Ghani. Ketika itu Datuk Jalaludin Hassan terpikat dengan layanan isterinya itu terhadap tetamu yang mengingatkan kepada arwah isterinya.
Selepas itu mereka mula berkenalan dan bertemu jodoh.
Semoga perkahwinan Datuk Jalaludin Hassan dan Datin Rapidah kekal bahagia bersama anak-anak dan cucu sampai syurga.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Semua salah awak, kalau tak semua ni tak akan jadi!”
“Kan dari dulu lagi saya dah cakap tapi awak tak nak dengar!”
Kata-kata ini memang cukup mengguris hati lebih-lebih lagi kalau kerap dilontarkan. Mempunyai pasangan yang selalu rasa dirinya betul pasti menimbulkan rasa kesal dan kecewa.
Mana taknya, setiap kali timbulnya konflik anda juga yang dipersalahkan walaupun punca sebenar adalah daripada dirinya sendiri. Sesekali mengalah tidak mengapa lagi demi menyelamatkan hubungan. Tapi kalau sudah berulang kali sebaiknya jangan diamkan saja.
Segeralah bertindak agar anda tidak terus menerus menjadi mangsa keegoannya. Pandangan pakar terapi, Karyl McBride menyatakan individu yang sering merasa dirinya betul memiliki ego yang sangat lemah.
Ketika harga dirinya terancam dia akan berusaha untuk menang lalu menekan orang lain agar mengikut semua kehendaknya. Amalkan 4 cara ini ketika berdepan dengan pasangan sebegini.
TENANG
Ini adalah kunci utama ketika berdepan pasangan sebegini. Tarik nafas dalam-dalam kemudian hembus perlahan-lahan. Kawal emosi dan reaksi anda walaupun diterjah pelbagai tuduhan darinya. Ingat, tak perlu balas kerana ia hanya akan memburukkan lagi keadaan.
Beri masa 10 minit, sejam atau sehari untuk masing-masing tenangkan diri. Setelah reda, berbincanglah. Namun begitu, elak menyambung semula pertengkaran jika masing-masing masih memendam rasa kerana ia hanya sia-sia.
KOMUNIKASI
Setelah betul-betul tenang, bincangkan masalah bersama. Anda tak perlu menekannya untuk mengaku salah sebaliknya ajak pasangan untuk luahkan ketidakpuasan hatinya. Pastikan anda dengar dengan tenang dan jelaskan alasan dan bukit anda.
Berkomunikasilah dengan bijak dan minta suami turut bermuhasabah diri. Ia bukan saja dapat membantu menurunkan ego malah menimbulkan rasa saling memahami.
RENDAHKAN EGO
Konflik pasti akan berterusan jika masing-masing ego dan tak mahu mengalah. Maka, rendahkanlah ego masing-masing. Walaupun pasangan anda sering merasa betul tetapi dia juga berhak untuk didengari.
Fahami pendapatnya dahulu sebelum melontarkan pendapat anda. Dengan memahami perasaan dan pandangan pasangan akan memudahkan anda untuk memaafkannya.
CARI JALAN KELUAR
Tiada gunanya untuk mencari siapa betul, siapa salah. Buat keputusan bersama untuk mencari jalan keluar agar menguntungkan kedua belah pihak. Jangan biarkan ego mengatasi segalanya tanpa penyelesaian.
Cari persamaan hobi anda berdua contohnya menonton wayang. Lakukannya sebagai usaha untuk menjernihkan semula keadaan. Semakin baik suasana hati anda dan pasangan, semakin mudah untuk menemui jalan keluar dari masalah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masjid Habib di Pulau Pinang menampilkan seni bina Jawi Peranakan, kubah berinspirasikan intan, serta kemudahan mesra komuniti — sebuah wakaf bernilai RM30 juta yang menjadi simbol cinta dan syukur.