ZARA ZYA

Golongan kenamaan, selebriti mahupun masyarakat biasa kesemuanya perlu patuh kepada arahan kerajaan yang ketika ini sedang bertungkus-lumus memerangi Covid-19. Pelakon berbakat besar, Zara Zya misalnya sama sekali enggan melanggar pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apatah lagi dalam suasana musim perayaan Aidilfitri tahun ini.

Berikutan penularan Covid-19 masih berlaku dalam komuniti, pastinya suasana Ramadan dan lebaran tahun ini berbeza daripada kebiasaan. Akur dengan perintah kerajaan yang mengehadkan pergerakan rakyat menjelang hari perayaan bagi membendung jangkitan lebih meluas, Zara menerima baik saranan tersebut.

IKLAN

Akur Tak Rentas Daerah, ZARA ZYA Tetap Meriah Sambut Raya Dengan 5 Pasang Baju!

Akur Tak Rentas Daerah, ZARA ZYA Tetap Meriah Sambut Raya Dengan 5 Pasang Baju!

Akur Tak Rentas Daerah, ZARA ZYA Tetap Meriah Sambut Raya Dengan 5 Pasang Baju!

 

“Kalau masih belum boleh rentas negeri raya nanti, mahu atau tidak kita raya diam-diam di rumah sahajalah macam tahun lepas. Memandangkan raya tidak seperti tahun-tahun sebelumnya saya sambut sederhana saja. Tapi baju raya tetap kena meriah! Baju at least lima helai termasuk baju casual,” jelas Zara sambil ketawa.

Mujur kebanyakan ahli keluarga Zara tinggal berdekatan dan menetap di Shah Alam, Selangor. Kata Zara lagi, kedua-dua nenek dan datuk sudah meninggal dunia dan di kampung hanya tinggal saudara-mara.

Agak terkesan kerana sekali lagi berjauhan daripada sanak saudara di sana, dramatis ini turut mengharapkan agar wabak Covid-19 dapat ditangani segera dan semua pihak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Akur Tak Rentas Daerah, ZARA ZYA Tetap Meriah Sambut Raya Dengan 5 Pasang Baju! Akur Tak Rentas Daerah, ZARA ZYA Tetap Meriah Sambut Raya Dengan 5 Pasang Baju! Akur Tak Rentas Daerah, ZARA ZYA Tetap Meriah Sambut Raya Dengan 5 Pasang Baju!

Ligat mengembangkan bisnes dan kerjaya demi masa depan yang terjamin, Zara bagaimana pun tidak lupa untuk mencurah bakti kepada masyarakat. Sebagai public figure, dia terpanggil untuk membantu golongan memerlukan tidak kira kanak-kanak mahupun orang dewasa. Mengenali Zara sendiri, dunia kebajikan bagaikan sudah sebati dalam diri selebriti cantik ini.

IKLAN

Bagi menjayakan usaha itu, satu laman web khusus dikenali sebagai Malaysia Prihatin dilancarkan sebagai platform untuk mengumpul dan menyalurkan dana dalam bidang pendidikan, kemanusiaan, bencana, kecemasan dan kesihatan. Laman web ini diurus Pertubuhan Prihatin Tanpa Sempadan (PTS) dan dipantau rakan-rakan strategik untuk melaksanakan aktiviti kemasyarakatan.

Zara selaku pengasas tampil mendedahkan perkhabaran gembira ini agar lebih ramai masyakat turun padang membantu menyertai misi kebajikan. “Sekarang ini saya ada satu sistem laman web malaysiaprihatin.com iaitu platform untuk memudahkan individu atau NGO mencari dana. Khususnya mencari dana kebajikan tidak kisah untuk golongan asnaf, anak yatim, perubatan, memelihara alam sekitar, bagi makanan kepada haiwan terbiar atau apa-apa jenis bantuan.

Akur Tak Rentas Daerah, ZARA ZYA Tetap Meriah Sambut Raya Dengan 5 Pasang Baju! Akur Tak Rentas Daerah, ZARA ZYA Tetap Meriah Sambut Raya Dengan 5 Pasang Baju!

Ia terbuka tidak hanya untuk NGO tapi individu juga boleh melancarkan kempen mereka sendiri dalam laman web Malaysia Prihatin. Macam baru-baru ini, saya sudah uar-uarkan kempen Infaq Jumaat di Malaysia Prihatin yang memerlukan sumbangan RM5 sahaja infaq untuk rumah anak-anak yatim yang terlibat. Alhamdulillah ramai menyumbang dan terima lebih daripada sasaran.”

IKLAN

Ujarnya lagi, “Kalau ada yang berminat mahu lancarkan kempen, Malaysia Prihatin hanya ambil 10 peratus sahaja. Ibarat seperti ‘sewa tapak’ dan 90 peratus lagi kutipan akan diserahkan terus kepada pencari dana. Dalam Malaysia Prihatin juga ada ikon selebriti yang menyokong usaha ini dan dalam masa sama mereka juga suka buat charity.

Lagi ramai selebriti sokong, lagi bagus. Sekarang ini misi saya untuk mencari sesiapa sahaja yang hendak melancarkan kempen sebab sistem ini lebih telus. Maksudnya pemberi dan pencari dana boleh nampak sendiri duit mereka grow banyak mana, mereka yang menyumbang pula akan dapat resit by email dan butiran kempen. Tidak akan timbul isu penipuan sebab ia telus dan orang tahu ke mana duit tersebut akan disalurkan.”

Antara barisan selebriti yang menyokong Malaysia Prihatian termasuk Dato’ Aaron Aziz, Rozita Che Wan, Ummi Nazeera, Emma Maembong, Fara Fauzana, Ezad Lazim, Achey, Zulin Aziz, Ippo Hafiz, Idayu AF, Baby Syima dan Dynaz Mokhtar. Persatuan Sindrom Down Malaysia dan Kumpulan Cancer Survivor Malaysia pula antara pertubuhan yang menjadi rakan strategik Malaysia Prihatin.

 

Kredit foto: Instagram Zara Zya

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI