Pelakon Puteri Sarah Liyana, meraikan harijadinya hari ini yang ke 36 dengan sebuah azam yang baru serta berfikiran lebih positif. Dalam perkongsiannya menerusi laman Instagram, Puteri Sarah menitipkan rasa syukur dengan apa yang dimilikinya hari ini.

IKLAN

“Alhamdulillah Dengan Segalanya”- Sambut Hari Lahir, PUTERI SARAH Titip Rasa Syukur & Mahu Yang Terbaik

Biarpun pelbagai cabaran yang menimpa dirinya termasuklah krisis rumah tangga yang membelenggu jiwa dan minda, Puteri Sarah kekal positif dan tidak melatah untuk kekal semangat demi anak-anaknya yang tercinta, Syaikhul dan Sumayyah.

Dalam perkongsiannya itu juga, dia berharap agar perjalanan hidupnya dapat memberi sebutir inspirasi kepada kaum hawa terutamanya untuk lebih kuat menghadapi cabaran. 

Alhamdulillah, saya bersyukur dengan apa yang sudah kecapi. Saya tahu saya memberi impak positif kepada yang lain dan berharap supaya dapat berkongsi lebih banyak inspirasi pada masa akan datang.

“Alhamdulillah Dengan Segalanya”- Sambut Hari Lahir, PUTERI SARAH Titip Rasa Syukur & Mahu Yang Terbaik

Bintang yang menjayakan watak Sarah dalam drama Suri Hati ini juga turut mendoakan agar segala ketidakadilan yang menimpa dirinya sepanjang tahun ini akan terbongkar dan menemui kebenaran. 

IKLAN

Untuk segala ketidakadilan yang sudah berlaku atau sedang berlaku kepada saya, semoga kebenaran akan terbongkar tidak lama lagi.

Tidak menjadikan konflik dalam kehidupannya sebagai batu penghalang untuk dirinya komited pada kerjaya dan diri, Puteri Sarah ligat mencari rezeki dengan memfokuskan dirinya dalam dunia lakonan. Dia menganggap dunia lakonan sebagai jiwanya yang tidak bisa dihentikan begitu sahaja.

“Alhamdulillah Dengan Segalanya”- Sambut Hari Lahir, PUTERI SARAH Titip Rasa Syukur & Mahu Yang Terbaik

IKLAN

Malah Puteri Sarah yang kini memiliki beberapa perniagaan seperti fesyen, kecantikan dan duta jenama, yakin akan menjadi lebih kental, yakin dan memperbaiki kehidupannya ke arah yang lebih baik, sempena menyambut hari kelahirannya, 1 Disember.

Terdahulu, Puteri Sarah mendirikan rumah tangga dengan Syamsul pada 8 Mac 2014. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam dan Sumayyah.

Sumber gambar: Instagram Puteri Sarah

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI