Siapa tidak mengenali personaliti versatil Alif Satar? Bakat dianugerahkan menjadikan Alif Satar antara individu yang paling disenangi di Malaysia. Bukan sekadar antara selebriti tanahair yang cukup merendah diri, namun keperibadian dan pembawakan dirinya yang matang dan gentleman menjadikan Alif Satar idola bagi lelaki di luar sana.

IKLAN
Foto: Instgram (@alifsatar)

Apatah lagi dengan statusnya sebagai suami dan bapa kepada tiga cahaya mata. Ini diperakui sendiri oleh isteri beliau, Shadila Halid isteri kepada Alif Satar. Sejak mendirikan rumah tangga bersama Alif Satar sejak 8 tahun yang lepas, Shadila mengakui banyak momen pahit manis berkongsi hidup dengan insan bernama Alif Satar. Apatah lagi NONA sendiri mengagumi pasangan dua sejoli ini. Sangat serasi.

Foto: Instagram (@shadilahalid)

Bagaimana Alif dan Shadila bertemu, tanya penulis NONA kepada Shadila. “Kami bertemu pada pertama kali pada tahun 2010, sewaku saya bertugas di Media Prima (TV9) dan Alif pada ketika itu adalah pengacara untuk Idola Kecil. Kami banyak meluangkan masa di ground event seperti Jom Heboh, Sua Rasa dan banyak lagi. Dari situ kami berkenalan, dan mulai rapat”.

Jelas Shadila lagi, “We have so much in common, dan boleh klik dengan cepat. Bila lepak dengan dia, walau baru kenal dan jadi macam best friend”.

Jadi bagaimana pula dengan sikap dan perangai Alif Satar di rumah. Jika dilihat di peti kaca, Alif sememangnya seorang yang profesional, lemah lembut dan berkarisma. Jadi bila di rumah, mungkin ada sisi lain yang boleh dikongsikan?

“Owh Alif ini walaupun dia seorang yang lemah lembut, dia sangat strict! Even dengan saya sendiri. Dia sangat garang, tapi hati dia gentle”, ujar Shadila lagi. Jadi bagaimana agaknya cara Shadila menjaga suami dan mengekalkan keharmonian rumahtangga dengan anak-anak despite menjadi isteri kepada seorang personaliti popular?

IKLAN
Foto: Instagram (@shadilahalid)

“Saya tak mengongkong. Dia nak buat apa saja, terserah. Dia nak jadi penyanyi, pelakon saya tak akan halang. Mungkin juga dahulunya saya juga di dalam industri yang sama so saya tahu rentak dan gerak kerja seorang seleberiti bagaimana.

Kalau pulang lewat, kena stayback, saya faham. Kami juga saling mempercayai. Dan kami berdua dah nampak misi dan visi kehidupan bersama sebagai sebagai pasangan dan ibu bapa. Jadi kami fokus kepada hala tuju tersebut”.

IKLAN

Jadi mungkin Shadila boleh kongsikan tip kebahagiaan rumahtangga buat pasangan-pasangan di luar sana, ini nasihat Shadilla. “You have to be understanding between each other. Anda dan pasangan kena faham kerjaya, hobi dan minat masing-masing.

Foto: Instagram (@alifsatar)

Alif ini bila dia penat bekerja dan ada masa lapang, dia nak pergi ride, menunggang kuda, memanah lah dan sebagainya, saya tak ada masalah. Begitu juga dengan saya. Masing-masing perlukan me time dan ruang untuk release kan tension. Saya rasa ini tip yang paling penting untuk semua pasangan, insya-allah”, akhiri Shadila.