Pelakon Amyza Aznan berdepan ujian besar dalam hidupnya apabila anak lelaki, Andre Mikhail disahkan menghidap kanser paru-paru. Sewaktu anaknya mendapatkan rawatan di hospital, Amyza dikhabarkan terpaksa berada di set penggambaran demi tuntutan tugas.
Pun begitu, hatinya ketika itu tidak tenang memikirkan keadaan Andre dan tidak dapat bersamanya pada saat-saat sukar.
Amyza Aznan Setia Di Sisi Andre Mikhail
Kini seluruh masa dan tenaga Amyza dicurahkan hanya untuk Andre Mikhail. Berkongsi khabar duka itu, anak lelaki aktres ini yang baru berusia 18 tahun menghidap kanser paru-paru tahap tiga selepas tiga minggu menerima rawatan di Hospital Ampang, Selangor.
Menerusi perkongsian di Instagram, aktres ini sama sekali tidak dapat menyembunyikan perasaan hiba dengan dugaan yang menimpa anak tersayang.
“Saya tak tahu ayat apa yang harus saya mulakan. Anak saya Andre Mikhail setelah hampir tiga minggu.
Ads
Sekarang ini anak saya di diagnose kanser paru-paru tahap tiga. Air dari paru-paru dah masuk ke jantung. Paru-paru belah kanan dah collapse.”
Tambahnya lagi, “Ketika ditolak ke ICU untuk procedure, dia sangat tenang. Mata yang tenang and all nurses pun cakap dia sangat kuat.
Allah, saya merayu tumpangkanlah doa dari semua untuk keajaiban kesembuhan anak soleh saya Andre Mikhail.”
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Dalam Anugerah Skrin 2019 ini turut memuat naik video memaparkan dia sedang mengisi borang pemberitahuan keadaan pesakit selain memberi kebenaran untuk Andre Mikail menjalani prosedur perubatan.
Meskipun dalam keadaan sakit, Amyza memberitahu Andre tenang menerima takdir tersebut.
Ads
Andre sebelum ini dimasukkan ke Hospital Ampang apabila doktor mengesahkan terdapat ketumbuhan di bahagian paru-parunya. Ketika itu dia perlu menunggu keputusan ujian sampel bagi menentukan penyakit sebenar.
Dalam hantaran baharu Amyza Aznan di media sosial, Andre Mikhail sudah dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan selanjutnya.
Sempena bulan Ramadan ini, Majalah RASA di bawah Nu Ideaktiv Sdn Bhd telah menganjurkan program RASA Bubur Lambuk Warisan 2023, yang menampilkan pelbagai resipi bubur lambuk yang menarik dari 10 negeri yang berlainan. Program ini bertempat di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam, bermula pukul 10.00 pagi hingga 6.00 petang.
Program ini telah berlangsung selama lima tahun berturut-turut dan kali ini Majalah RASA bersama para penaja seperti BABA’S, Petron Gasul dan Saji bekerjasama menghimpunkan resipi-resipi bubur lambuk kegemaran Malaysia dari Kuala Terengganu, Kuantan, Kota Bahru, Selangor, Pulau Pinang, Bukit Piatu, Kulai, Sarawak, Kuala Perlis dan Kubang Pasu di bawah satu lokasi yang sama, yang ditaja oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Turut menghadiri program tersebut Yang Berhormat Tuan Haji Azli Bin Yusof, Ahli Parlimen Shah Alam menandakan perasmian beliau terhadap inisiatif ini.
“Malaysia sentiasa dikagumi kerana kepelbagaian budaya, kepelbagaian makanan dan kemurahan hati rakyatnya. Oleh itu, kami ingin meraikan para pengunjung dengan menyediakan hidangan wajib yang digemari ramai pada bulan Ramadan ini.
Selain itu, saya melihat program ini sebagai satu platform untuk menghimpunkan pelbagai generasi atau unit kekeluargaan bersama-sama menghayati warisan peninggalan nenek moyang kita.” Syamil Fahim, Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn Bhd.
Syamil juga berkata, selain dari mengimbau nostalgia warisan, program ini juga bertujuan untuk berkongsi rezeki kepada para wira barisan hadapan seperti anggota polis, bomba, hospital dan juga kepada masyarakat yang memerlukan.
Ida Abdul Aziz selaku Editor Pengurusan Rasa turut menambah bahawa program ini selain mengimbau nostalgia warisan, ia juga bertujuan untuk berkongsi rezeki dan menghargai para wira barisan hadapan seperti anggota polis, bomba dan hospital serta menzahirkan keperihatinan kepada masyarakat yang memerlukan.
“Kami di pihak BABA’S amat berbesar hati dan bersyukur kerana dapat terlibat untuk menjayakan program murni ini dalam mengimarahkan bulan Ramadan yang barakah ini. Selain mengeratkan ukhwah dan merapatkan hubungan dengan masyarakat setempat, pihak kami ingin juga berkongsi keberkatan Ramadan bersama golongan yang memerlukan dengan telah menjemput 70 orang anak yatim dengan usaha bersama Nu Ideaktiv.
Pihak kami telah mendermakan duit raya, beg hadiah bersama barangan produk BABA’S ke rumah anak yatim tersebut dengan harapan ia dapat memberi keceriaan untuk menyambut sambutan Hari Raya yang akan datang nanti. Uniknya tentang program agihan bubur lambuk tahun ini, ia menampilkan 10 resipi bubur lambuk nostalgia dari seluruh negara, dan setiap resipi ada menggunakan produk BABA’S di mana sebanyak 50 kg rempah ratus BABA’S telah disumbangkan dan digunakan.
Kesemua produk BABA’S diperbuat daripada bahan-bahan berkualiti tinggi dari seluruh dunia dan bebas aditif, pengawet dan penambah rasa. Kami berharap program ini dapat diteruskan lagi dengan skala yang lebih besar lagi dan kami akan terus menyokong dan berkerjasama dengan Nu Ideaktiv untuk meneruskan tradisi agihan bubur lambuk ini di masa depan.” Tuan Haji Azrain Mohamad, Ketua Pemasaran BABA’S.
Pada hari yang sama, pengunjung turut disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti persembahan busker, qasidah, tazkirah dan macam-macam lagi.
“Petron Malaysia amat berbesar hati menjadi penaja gas memasak rasmi untuk majlis RASA Bubur Lambuk Warisan. Saya sangat teruja melihat Chef Adu dan Chef Fendi bersama-sama sukarelawan menyediakan Bubur Lambuk menggunakan Petron Gasul kami.
Perkataan Gasul berasal daripada perkataan ‘gas’ dan ‘azul’ yang membawa maksud biru dalam bahasa Filipina dan Sepanyol iaitu merujuk kepada Petron Gasul yang bersih dengan nyalaan api biru.
Di Petron, kualiti produk, keselamatan serta kemudahan pelanggan merupakan keutamaan dan kami amat gembira untuk menjadi sebahagian daripada majlis ini bagi meraikan serta menonjolkan ciri-ciri unik budaya Malaysia.” Mohd Asri Ibrahim, Ketua Perniagaan Komersial Petron Malaysia.
Petron merupakan yang pertama menawarkan gas memasak LPG di stesen. Bermula hanya dengan 5 stesen pada 2018, Gasul yang berkonsepkan ‘tunai dan bawa’ kini boleh didapati di kira-kira 150 stesen Petron di seluruh negara.
“FGV Holdings Berhad komited dalam mencari peluang untuk memberi khidmat sokongan terbaik kepada masyarakat dengan berkolaborasi bersama pihak kerajaan mahupun swasta. Menerusi jenama ulung, SAJI, kami sentiasa aktif menjalankan projek dan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan membantu serta menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
Kami akan menyalurkan bantuan menerusi kempen “SAJI Sentiasa Di sisi”, di mana setiap jualan 1 karton Minyak Masak SAJI 5kg, RM SATU (1) ringgit akan diinfakkan ke tabung inisiatif SAJI Seikhlas Hati, dengan sasaran sumbangan bernilai RM 300,000 kepada rumah-rumah kebajikan masyarakat yang terpilih.” En Shammim Azad Kamruzaman, Ketua Pegawai Eksekutif DOPSB.
Selain itu, majalah tersebut turut menganjurkan sebuah rancangan masakan sebanyak 22 episod iaitu Rasa Nostalgia Kampung Style yang dibawakan oleh BABA’S – menampilkan chef-chef terkenal seperti Chef Adu Amran dan Chef Wan bersama beberapa artis tanah air seperti Ezzaty Abdullah Zizi Kirana, Namie Ubi, Sazzy Falak dan ramai lagi. Ketahui pelbagai resipi tradisional yang menarik, tonton rancangan ini setiap hari Rabu hingga Ahad, jam 7:00 malam di Astro Ria.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat melakukan kunjungan hormat ke atas Baginda Raja United Kingdom, Raja Charles III, di Istana Buckingham, London, United Kingdom semalam (12 Oktober 2022). Kunjungan hormat itu bersempena lawatan khas Seri Paduka Baginda berdua ke London, dari 10 Oktober hingga 16 Oktober 2022.
Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Dato’ Seri Ahmad Fadil Shamsuddin, pada sesi kunjungan hormat itu yang berlangsung selama 40 minit bermula pada jam 3.00 petang waktu tempatan, Baginda Raja Charles III berkenan menyantuni dan beramah mesra dengan Seri Paduka Baginda berdua.
Baginda Raja Charles III dan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong turut menyentuh isu-isu hubungan dua hala antara Malaysia dan UK termasuk isu alam sekitar dan pelancaran Battersea Power Station, sebuah projek hartanah ikonik pelaburan Malaysia di London, yang akan dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda selepas sesi kunjungan hormat itu.
Keberangkatan Seri Paduka Baginda berdua melakukan kunjungan hormat itu mencerminkan keakraban Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan Baginda Raja Charles III. Kedua-dua pemimpin telah menjalinkan persahabatan sejak lebih empat dekad, bermula dengan bersukan polo bersama-sama ketika remaja di pelbagai peringkat kejohanan antarabangsa.
Kunjungan hormat ini, yang juga pertemuan kali kedua antara kedua-dua pemimpin pada tahun ini, turut mencerminkan hubungan dua hala yang rapat antara Malaysia dan United Kingdom sejak kemerdekaan 65 tahun lalu.
Pada 18 September 2022 lalu, Seri Paduka Baginda berdua berkenan berangkat menghadiri Majlis Resepsi Bersama Baginda Raja Charles III yang telah dihoskan oleh Baginda di Istana Buckingham.
Seri Paduka Baginda berdua turut berkenan berangkat menghadiri istiadat pemakaman negara Baginda Ratu Elizabeth II di Westminster Abbey pada 19 September 2022 lalu.
Seramai 130 individu mengambil kesempatan berkayuh sambil memperagakan busana klasik pada program Kayuhan Santai Basikal Klasik Rembau di pekan Rembau pada 24 September lalu.
Menariknya, ada peserta memperagakan busana tradisional mengikut bangsa, pasukan beruniform malah pakaian penduduk kampung zaman dahulu.
Menurut Pengerusi Kelab Sepeda Klasik Kinta, Perak, Bahri Anshary tidak mahu ketinggalan menyertai program itu dengan memakai busana tradisional bersongket.
“Saya membelinya dengan harga RM250 di kedai terpakai enam tahun lalu dan pakaian ini juga pernah dipakai dalam beberapa acara kayuhan basikal tua sebelum ini,” katanya.
Seorang lagi peserta Musa Sidek, 59, dari Seremban menjelaskan, memilih untuk mengenakan pakaian beruniform pasukan polis Persekutuan Tanah Melayu.
Katanya, kebiasaannya orang memanggil pakaian berkenaan uniform Polis Bukit Kepong dan membelinya di kedai pakaian terpakai.
“Kayuhan santai ini beri kepuasan kepada saya sebab selain busana klasik saya juga meminati barangan antik,” katanya.
Sementara itu penganjur program Abd Latif Alias berkata, kayuhan itu mendapat sambutan menggalakkan dengan peserta datang dari Perlis, Kedah, Perak, Pahang, Melaka dan Johor.
“Ia membabitkan kayuhan sejauh 10 Kilometer yang turut melalui KTM Rembau, Pekan Rembau dan kampung-kampung berdekatan sekitar pekan Rembau.
“Terdapat juga peserta dalam kalangan bangsa Cina dan India, justeru kita berharap dengan penganjuran seperti ini sempena sambutan Hari Malaysia beliau berharap ia dapat menyatukan semua tidak kira agama mahupun bangsa,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lawatan Muzium Pahang bersama Tengku Ampuan Pahang menjadi detik penuh bermakna apabila baginda membawa rakan sekelas ISTAC UIAM menyelami sejarah, ilmu dan kenangan manis yang menyentuh hati.