
Terkejut melihat perubahan fizikal Chef Dato Fazley Yaakob ketika beliau muncul di majlis tea party anjuran The US Highbush Blueberries Council yang diadakan di TCH Foodworks baru-baru ini. Mana tidaknya, susuk tubuhnya nampak lebih kurus walaupun ketika hadir di majlis tersebut, beliau terpaksa bertongkat akibat masalah kecederaan kaki yang dialaminya akibat hiking baru-baru ini. Walaupun terpaksa menahan kesakitan, keramahan chef selebriti ini melayan media sepanjang majlis berlangsung sememangnya tidak boleh disangkalkan lagi.

Seakan dapat menduga persoalan yang berlegar di fikiran penulis, rupanya Dato Fazley kini mengamalkan gaya hidup sihat bukan sahaja untuk dirinya, malah turut melibatkan isteri dan anak-anaknya dengan mengamalkan diet yang dikenali sebagai keto diet. Cef Selebriti, Diet Keto merupakan diet lebih kepada satu peraturan pemakanan dengan penekanan kepada makanan tinggi lemak dan rendah karbohidrat. Matlamat utama jenis pemakanan tersebut ialah bagi membolehkan tubuh membakar lemak dan bukan glukosa untuk tenaga memandangkan diet keto tinggi lemak dan protein.

Dato Fazley Yaakob mendedahkan anak sulungnya, Fariedz turut mengikuti cabaran diet keto selama 40 hari bersamanya dan isteri Datin Azrene Ahmad sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan yang lalu di mana hasil yang memberangsangkan telah berjaya diperolehi oleh Fariedz atau lebih mesra disapa Payish yang berjaya menurunkan 6 kilogram dari berat asalnya selepas 25 hari menjalani cabaran tersebut.

“Ramai yang tanya saya, bagaimana saya dan isteri, Datin Azrene Ahmad berjaya melakukan diet sekaligus menjadikan amalan pemakanan sihat ini sebahagian dari gaya hidup kami sekeluarga. Mana tidaknya, sepanjang PKP, anak-anak juga sibuk hendak memulakan aktiviti diet dan tak sangka mereka juga berjaya melakukannya.

Sebelum anak-anak mulakan diet, saya dan Azrene terlebih dahulu akan buat penyelidikan dan bertanyakan kepada doktor tentang pemakanan yang sesuai untuk kanak-kanak. Antara penemuan yang saya temui ialah blueberi juga tergolong dalam kumpulan super fruit yang baik untuk mengawal masalah berat badan, membantu masalah kulit, masalah diabetes dan jantung.
Jadi, blueberi menjadi snek pilihan saya dan anak-anak untuk dinikmati bersama ketika menonton televisyen dan sebagainya. Malah ketika melakukan pendakian ke Gunung Kinabalu bersama Azrene tahun lalu, saya jadikan blueberi sebagai snek sepanjang pendakian tersebut,” ujar Dato Fazley yang turut berkongsi pengalamannya menambahkan blueberi ke dalam beberapa resipi signature miliknya antaranya termasuklah masak lemak daging salai.

“Saya sudah terdedah dengan pengambilan blueberi ini ketika kanak-kanak lagi semasa menetap di Amerika Syarikat ketika arwah ayah melanjutkan pelajarannya di sana. Saya akui, bila pulang ke Malaysia agak sukar mendapatkannya kerana masyarakat Malaysia kurang diberi pendedahan mengenai khasiat blueberi. Selepas memenangi Masterchef, saya dapati penggunaan blueberi ini tidak banyak bezanya dengan penggunaan pisang, cempedak dan nangka dalam masakan harian.
Saya sendiri telah cuba menghasilkan cekodok blueberi, hasilnya memang sedap. Kita perlu kreatif dalam menghasilkan sesuatu makanan. Malah, saya telah cuba menggunakan blueberi dalam hidangan seperti masak lemak daging salai dah hasilnya ia menghasilkan hidangan yang manis, masam dan ‘kena’ dengan selera,” ujar Dato Fazley mengenai super fruit yang kecil ini.
Ketika ditanya mengenai cara melatih anak-anak mengikuti rutin diet, Dato Fazley berkata anak-anak tidak berhadapan dengan masalah untuk melakukan rutin diet kerana diet keto yang diamalkan oleh mereka sekeluarga mempunyai pelbagai pilihan makanan yang boleh diambil untuk menjaga pemakanan. Malah, restoran terbaharu hasil buah tangan Dato Fazley iaitu Minang Kapau yang terletak di Bukit Damansara juga turut menyediakan menu-menu yang #ketofriendly serta rendah kandungan karbohidrat khusus untuk mereka yang ingin menjaga pemakanan.

“Sesekali, saya dan isteri bagi peluang anak-anak menikmati ‘cheat day’ . Kami tidak terlalu strict soal diet tetapi lebih kepada mengajar anak-anak mengenai tabiat pemakanan yang seimbang,”ujar Dato Fazley yang turut mempersembahkan signature dessert Sweet Table by Dato Fazley pada majlis tersebut.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!



Kedua-duanya punya impian bersama untuk membawa fesyen dan modesty style sebagai satu entiti di kalangan hijabista Malaysia. Justeru, jenama Bokitta menjadi ‘buah tangan’ pertama keluaran A&A Empire Sdn Bhd. Bokittalover.com bermula sebagai home-based online. Perkembangan terlalu pantas dek kerana penerimaan pelanggan terhadap jenama ini menjadi pencetus kepada pembukaan kedai fizikal pertama di Ayer8, Putrajaya pada September 2016.
Datin Ayu Roslan yang berkelulusan Komunikasi Massa merupakan Ketua Pegawai Pemasaran A&A Empire Sdn Bhd. Beliau yang kini berusia 37 tahun memiliki pengalaman luas dalam pengurusan syarikat, jualan, pemasaran dan pengurusan media baharu. Terdahulu, beliau pernah bertugas di Bernama Radio dan pengasas Jari Spa. Beliau juga berpengalaman lebih 12 tahun dalam penjenamaan dan pemasaran. Beliau seorang yang bercita-cita tinggi dan sentiasa bersungguh-sungguh dalam melakukan semua perkara.
Sementara Aniza Shahadan pula berkelulusan dalam bidang Pengurusan Pelancongan. Aniza juga memiliki pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang peruncitan, produksi dan perdagangan. Aniza juga merupakan pengusaha restoran dan memiliki kedai bunga hampir 10 tahun. Selain itu, Aniza pernah menyertai industri kesihatan dan kecantikan pada tahun 2014 dengan memiliki spa sendiri, RumaaSpa.
Kini Aniza selaku Ketua Pegawai Operasi di A&A Empire Sdn Bhd. Aniza seorang yang percaya dengan kemampuan diri termasuk pasukannya dengan mengatur strategi kerja demi mencipta kejayaan. Berusia 34 tahun, Aniza juga merupakan tenaga pengajar eUsahawan bertauliah.
Salah satu sebab tudung Bokitta mudah diterima di sini ialah rekaannya yang berinovasi. Kebanyakan pembeli kami terdiri daripada wanita berusia 28-45 tahun yang berkerjaya dan bergelar ibu. Walau sibuk uruskan keluarga tetapi dalam masa sama mereka juga ingin bergaya. Bokitta memudahkan mereka untuk bersiap.”
KEMAMPUAN WANITA












