Membawa tagline The Make Up For Work, nampaknya permulaan tahun 2023 memberi nafas baharu buat SLAE Cosmetics dalam usaha meluaskan lagi jenama tersebut di pasaran.

SLAE Cosmetics Kukuh Jenama Ke Peringkat Antarabangsa. Segmen Pasaran Wanita Berkerjaya Jadi Aspirasi
Datin Dr Nik Sarina Hashim

Menurut Pengasasnya, Datin Dr Nik Sarina Hashim bagi tahun 2023, SLAE Cosmetics bergerak dengan lebih jauh lagi dengan pelbagai program meliputi bina diri dan keyakinan bersama-sama wanita-wanita berkerjaya samada secara persendirian, di sektor korporat mahupun sektor kerajaan.

IKLAN

“SLAE Cosmetics juga bekerjasama dengan syarikat afiliatnya iaitu Bworks yang memberi latihan kepada pekerja-pekerja di sektor korporat dalam pelbagai bidang, dimana SLAE Cosmetics akan turut memberi tenaga kerjanya bagi latihan bina keyakinan melalui kecantikan,” ujar Datin Dr Nik Sarina kepada NONA baru-baru ini.

SLAE Cosmetics Kukuh Jenama Ke Peringkat Antarabangsa. Segmen Pasaran Wanita Berkerjaya Jadi AspirasiPenerima NONA BEST PROFESSIONAL BEAUTY AWARD di NONA SUPERWOMAN AWARD 2022 ini menzahirkan rasa syukur kerana pengiktirafan yang diberikan oleh majalah NONA telah memberi pendedahan baharu buat jenama SLAE Cosmetics di pasaran kosmetik tempatan mahupun antarabangsa.

“Alhamdulillah, Nona Superwoman Award telah memberi exposure kepada SLAE Cosmetics dengan lebih meluas lagi. Sebagai jenama baharu, SLAE Cosmetics amat berterima kasih kepada pihak NONA kerana percayakan misi dan visi serta perkembangan jenama ini yang membawa kepada penganugerahan award tersebut kepada pengasas dan jenamanya.”

SLAE Cosmetics Kukuh Jenama Ke Peringkat Antarabangsa. Segmen Pasaran Wanita Berkerjaya Jadi Aspirasi

SLAE Cosmetics berada di landasan kukuh untuk melebarkan sayapnya ke peringkat antarabangsa selepas berjaya meletakkan jenama SLAE Cosmetics dalam segmen pasaran wanita berkerjaya sejak dua tahun penubuhannya.

Selain memberi tumpuan pada pasaran tempatan pihaknya merancang untuk menembusi pasaran Kemboja serta ke negara berpotensi lain seperti di United Kingdom dan Amerika Syarikat untuk pengguna Muslim.

SLAE Cosmetics Kukuh Jenama Ke Peringkat Antarabangsa. Segmen Pasaran Wanita Berkerjaya Jadi Aspirasi

SLAE Cosmetics menawarkan rangkaian penuh mekap seperti pembayang mata, gincu dan bedak asas yang menampilkan rasa ringan kepada pemakainya, sesuai dengan ciri wanita bekerja yang serba pantas dan tidak mahu meluangkan terlalu banyak masa di meja mekap.

IKLAN

Beliau berkata, rangkaian kosmetik keluarannya diformulasikan menggunakan bahan semula jadi tanpa paraben, pewangi, minyak mineral dan alkohol malah turut menerima sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

SLAE Cosmetics juga sudah berada di pasaran Brunei berikutan mendapat permintaan memberangsangkan daripada pelanggan dan produk SLAE Cosmetics kini dipasarkan di lima cawangan kosmetik Paloma di negara itu.

Menyentuh perancangan untuk meneroka bidang-bidang baharu sebagai cabang dalam perniagaan, menurut Datin Dr Nik Sarina buat masa ini pihaknya belum mempunyai sebarang perancangan ke arah tersebut memandangkan jenama SLAE Cosmetics masih baru dan memerlukan banyak  perhatian untuk berkembang ke tahap yang diingini.

IKLAN

SLAE Cosmetics Kukuh Jenama Ke Peringkat Antarabangsa. Segmen Pasaran Wanita Berkerjaya Jadi Aspirasi

Sebelum menutup sesi temubual, Datin Dr Nik Sarina sempat menitipkan pesanan untuk wanita yang baharu berjinak-jinak dalam dunia perniagaan. Menurut wanita yang pernah bertugas sebagai peguam ini, setiap perniagaan yang baharu hendak diceburi memerlukan kajian yang mendalam tentang produk dan sasaran pasaran terhadap produk yang bakal dikeluarkan.

“Cekalkan hati dan sentiasa bertanya kepada diri sendiri mengapa orang hendak membeli produk anda. Pemasaran yang baik adalah kunci kepada jenama anda dan ini tidak akan berlaku dalam masa yang singkat.

Membina sebuah jenama memerlukan masa, tenaga dan ilmu. Oleh itu banyak membaca dan belajar serta mengambil kira pergerakan teknik-teknik permasaran yang terkini yang mana ianya sentiasa bertukar arus,’ ujarnya seraya menutup perbualan bersama NONA.

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI