Pelantikan Rishi Sunak sebagai Perdana Menteri United Kingdom (UK) menarik perhatian apabila beliau menjadi perdana menteri Asia-Britain pertama untuk negara itu.

IKLAN

Anak Bilionair India, Kenali AKSHATA MURTY, Isteri Perdana Menteri Britain
Isterinya, Akshata Murty turut mencuri tumpuan dunia apabila wanita itu dilaporkan merupakan anak kepada bilionair India, Narayana Murthy. Bapanya terkenal di negara itu sebagai Bill Gates of India. N R Narayana Murthy, 76, yang merupakan pengasas bersama syarikat gergasi teknologi Infosys pada 1981.
Syarikat mega penyumberluaran itu kini memiliki nilai kira-kira AS$75 bilion, sekali gus membantu transformasi India dalam kepentingan di pentas dunia.

Anak Bilionair India, Kenali AKSHATA MURTY, Isteri Perdana Menteri Britain
Narayana merupakan seorang daripada hanya dua individu bukan warga Amerika Syarikat (AS) yang berjaya menduduki senarai ’12 usahawan terhebat pada era kita’ dalam majalah Fortune pada 2012.
Beliau mengalami detik perubahan dalam hidupnya pada 1974 apabila ditahan selama empat malam di Eropah Timur yang dikuasai komunis.
Narayana kemudian dipetik berkata: “Kejadian itu ‘menyembuhkan’ saya daripada seorang berhaluan kiri yang keliru, kepada menjadi seorang kapitalis dengan keazaman tinggi.”
Ibu mentua Sunak, Sudha pula adalah bekas jurutera wanita yang pertama di Tata Motors, selepas membuat aduan melalui poskad kepada pengerusi ketika itu berhubung ketetapan firma berkenaan bahawa ‘calon wanita tidak perlu memohon.’

Anak Bilionair India, Kenali AKSHATA MURTY, Isteri Perdana Menteri Britain
Dianggap sebagai ‘nenek kegemaran India’, Sudha adalah seorang penulis prolifik dan cukup berkuasa dalam kerja sosial, antara lain menubuhkan kira-kira 60,000 perpustakaan dan membantu pembinaan 16,000 tandas – yang dilihat sebagai bersikap merendah diri walaupun kaya-raya.
BBC melaporkan, Akshata, 42, pewaris harta bernilai berbilion-bilion sebelum ini terpalit kontroversi apabila diketahui awal tahun ini bahawa beliau memegang status non-domiciled atau non-dom.
Ini bermakna beliau tidak perlu membayar apa-apa cukai ke atas pendapatannya dari luar United Kingdom.
Wanita itu kemudiannya bersetuju untuk membayar cukai kepada kerajaan United Kingdom ke atas pendapatannya di seluruh dunia.

Anak Bilionair India, Kenali AKSHATA MURTY, Isteri Perdana Menteri Britain
Walaupun berasal dari keluarga kaya, Akshata dibesarkan dalam persekitaran yang lebih sederhana. Ketika berusia beberapa bulan, Akshata dihantar untuk tinggal bersama datuk dan nenek sebelah bapanya.
Ketika itu, ibunya, Sudha Murty dan bapanya memajukan kerjaya mereka di Mumbai.
Setahun kemudian, Narayana mengasaskan Infosys, sebuah syarikat perkhidmatan teknologi maklumat (IT) yang kemudian menjadikannya salah seorang individu terkaya di India.
Latar belakang ibu bapa yang berpendidikan tinggi menyebabkan Akshata juga fokus kepada pendidikan.

IKLAN

Akshata berkata, tiada televisyen di rumah mereka dan masa diluangkan untuk “perkara seperti belajar, membaca, perbincangan dan bertemu rakan”. Sudha memastikan anaknya, Akshata dan Rohan diberi didikan ketat termasuk tanpa televisyen di rumah, malah bertegas mahu mereka ke sekolah dengan menaiki kenderaan beca sebagaimana pelajar lain.
Wanita itu melanjutkan pelajaran ekonomi dan Bahasa Perancis di institusi swasta yang liberal, Kolej Claremont McKenna di California, Amerika Syarikat.

IKLAN

Anak Bilionair India, Kenali AKSHATA MURTY, Isteri Perdana Menteri Britain
Akshata kemudian memperoleh diploma di kolej fesyen dan bekerja di Deloitte dan Unilever, sebelum melanjutkan pengajian Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) di Universiti Stanford, California.
Ibu bapa Akshata menerima pilihan Akshata untuk berkahwin dengan Sunak yang merupakan anak lelaki kepada seorang doktor.
Dalam sepucuk surat, bapa Akshata menyifatkan Sunak sebagai bijak, kacak dan jujur.
Akshata dan Sunak bertemu di Universiti Stanford, Amerika Syarikat (AS), ketika Akshata melanjutkan pengajian Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA), manakala Sunak pula adalah penerima biasiswa Fulbright yang memiliki ijazah kelas pertama dari Oxford.
Mereka berkahwin pada 2009 dengan majlis resepsi dihadiri kira-kira 1,000 tetamu, termasuk ahli politik, ahli industri dan pemain kriket. Kini, mereka mempunyai dua anak perempuan.

Anak Bilionair India, Kenali AKSHATA MURTY, Isteri Perdana Menteri Britain
Wanita itu memulakan kerjayanya dalam bidang kewangan di California sebelum memulakan label fesyennya sendiri, Akshata Designs. Label itu melancarkan koleksi pertamanya pada 2011.
Akshata memiliki saham bernilai kira-kira AS$700 juta dalam Infosys, sekali gus menjadikannya lebih kaya daripada mendiang Ratu Elizabeth II yang mempunyai kekayaan peribadi dianggarkan kira-kira AS$460 juta menurut ‘2021 Sunday Times Rich List.’ – AFP

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI