Apabila menjadi anak saudara kepada ibu kepada pewaris takhta keluarga diraja Britain, Lady Diana, sudah pasti kehidupannya menjadi tumpuan dunia. Apatah lagi memiliki wajah yang cantik persis ibu saudaranya.

IKLAN
‘Anak Buah’ LADY DIANA Ini Hidup Mewah & Dilamar Millionaire Dengan Cincin Berlian Bernilai RM1.6 Juta
Foto: Instagram @kitty.spencer

‘Anak Buah’ LADY DIANA Ini Hidup Mewah & Dilamar Millionaire Dengan Cincin Berlian Bernilai RM1.6 JutaLady Kitty Eleanor Spencer merupakan anak kepada Charles Spencer yang merupakan adik lelaki kepada Lady Diana. Seperti yang diketahui umum, keluarga Lady Diana bukan calang-calang dan terdiri daripada golongan bangsawan yang ternama.

‘Anak Buah’ LADY DIANA Ini Hidup Mewah & Dilamar Millionaire Dengan Cincin Berlian Bernilai RM1.6 Juta
Foto: Instagram @kitty.spencer
‘Anak Buah’ LADY DIANA Ini Hidup Mewah & Dilamar Millionaire Dengan Cincin Berlian Bernilai RM1.6 Juta
Foto: Instagram @kitty.spencer

Walaupun hidup sepupu kepada Putera William dan Putera Harry ini penuh dengan kemewahan namun dirinya tidak duduk saja dan tetap keluar bekerja. Mempunyai kerjaya sebagai peragawati, wajah cantiknya sering menghiasi majalah terkenal antarabangsa dan menjadi pilihan jenama terkenal untuk digayakan di atas pentas fesyen. Kerjayanya begitu cemerlang sehingga disunting menjadi spokesmodel untuk barangan kemas, Bvlgari pada tahun 2018.

‘Anak Buah’ LADY DIANA Ini Hidup Mewah & Dilamar Millionaire Dengan Cincin Berlian Bernilai RM1.6 Juta
Foto: Instagram @kitty.spencer
‘Anak Buah’ LADY DIANA Ini Hidup Mewah & Dilamar Millionaire Dengan Cincin Berlian Bernilai RM1.6 Juta
Foto: Instagram @kitty.spencer

Seperti golongan bangsawan yang lain, gadis yang dilahirkan di London ini juga bergiat aktif dalam aktiviti kemanusiaan. Kitty Spencer yang merupakan graduan dari Cape Town Universiti ini adalah duta kepada sebuah badan kebajikan yang membantu gelandangan muda, dikenali sebagai Centrepoint. Wanita cantik ini juga aktif mengumpul dana untuk kebajikan kanak-kanak yang memerlukan di sana.

‘Anak Buah’ LADY DIANA Ini Hidup Mewah & Dilamar Millionaire Dengan Cincin Berlian Bernilai RM1.6 Juta
Foto: Instagram @kitty.spencer
‘Anak Buah’ LADY DIANA Ini Hidup Mewah & Dilamar Millionaire Dengan Cincin Berlian Bernilai RM1.6 Juta
Foto: Instagram @kitty.spencer

Namun, apa yang menarik perhatian apabila wanita yang berusia 29 tahun ini mengumumkan berita pertunangannya dengan seorang Multimillionaire yang juga Pengerusi kepada sebuah syarikat fesyen terkenal dunia, Foschini Group.

IKLAN
‘Anak Buah’ LADY DIANA Ini Hidup Mewah & Dilamar Millionaire Dengan Cincin Berlian Bernilai RM1.6 Juta
Foto: Instagram @kitty.spencer
‘Anak Buah’ LADY DIANA Ini Hidup Mewah & Dilamar Millionaire Dengan Cincin Berlian Bernilai RM1.6 Juta
Foto: Instagram @kitty.spencer

Bertuah sungguh Kitty Spencer kerana dikhabarkan cincin yang digunakan oleh tunangnya, Michael Lewis, untuk melamarnya dianggarkan bernilai lebih RM1.6 juta (£300,000). Cincin bertatahkan berlian tersebut dikatakan dalam lingkungan 30 carats of flawless diamonds. Bagaimana pula agaknya cincin perkahwinannya nanti?

‘Anak Buah’ LADY DIANA Ini Hidup Mewah & Dilamar Millionaire Dengan Cincin Berlian Bernilai RM1.6 Juta
Foto: Instagram @kitty.spencer
‘Anak Buah’ LADY DIANA Ini Hidup Mewah & Dilamar Millionaire Dengan Cincin Berlian Bernilai RM1.6 Juta
Foto: Instagram @kitty.spencer

Memang benar cinta itu buta dan tak mengenal usia. Kitty Spencer bakal berkahwin dengan lelaki yang lebih tua lima tahun daripada bapanya sendiri yang kini berusia 55 tahun. Beza umur 32 tahun bukan halangan buat pasangan ini untuk menoktahkan cinta mereka dengan sebuah perkahwinan. Namun, khabarnya, Kitty Spencer tidak mahu tergesa-gesa untuk mendirikan rumahtangga.

IKLAN
‘Anak Buah’ LADY DIANA Ini Hidup Mewah & Dilamar Millionaire Dengan Cincin Berlian Bernilai RM1.6 Juta
Foto: Instagram @kitty.spencer
‘Anak Buah’ LADY DIANA Ini Hidup Mewah & Dilamar Millionaire Dengan Cincin Berlian Bernilai RM1.6 Juta
Foto: Instagram @kitty.spencer
‘Anak Buah’ LADY DIANA Ini Hidup Mewah & Dilamar Millionaire Dengan Cincin Berlian Bernilai RM1.6 Juta
Foto: Instagram @kitty.spencer

Sumber: dailymail

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI