Tumpang gembira dan bangga melihat kejayaan anak Didie Alias, Nur Dinie Mohd Ridzuan. Sebagai ibu, pastinya Didie bahagia dan memanjat setinggi-tinggi rasa syukur kepada Allah SWT kerana anak yang dibesarkan selama ini berjaya menamatkan pengajian di menara gading.

Apatah lagi, pelakon dan pelawak ini pernah mengalami detik sukar membesarkan anak-anak dengan statusnya sebagai ibu tunggal suatu ketika dulu.

IKLAN

Namun kini bahagia menjadi milik Didie Alias sejak dia kembali menjadi isteri dan mendirikan rumah tangga dengan Norisham Ismail pada tahun 2009. Hasil perkongsian hidup bersama suami, Didie dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Muhammad Dayyan.

Berkongsi khabar gembira di majlis graduasi anak tersayang baru-baru ini, jelas terpancar wajah bahagia Didie atau nama sebenarnya Fadzilah Mohd Ali sambil memeluk erat Nurdinie yang lengkap berjubah konvokesyen.

Anak Genggam Ijazah Kelas Pertama, DIDIE ALIAS Syukur Penat Lelah Terbalas & Akui Wanita Terbahagia!

Anak Genggam Ijazah Kelas Pertama, DIDIE ALIAS Syukur Penat Lelah Terbalas & Akui Wanita Terbahagia! Anak Genggam Ijazah Kelas Pertama, DIDIE ALIAS Syukur Penat Lelah Terbalas & Akui Wanita Terbahagia! Anak Genggam Ijazah Kelas Pertama, DIDIE ALIAS Syukur Penat Lelah Terbalas & Akui Wanita Terbahagia!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Didie Alias (@ladydidiemsia)

Ujar Didie, “Alhamdulillah syukur. Satu-satu Allah curahkan kebahagiaan buat mumy. Seorang lagi anakanda mumy terima Bachelor in International Business. Tahniah Dinie Ridzuan buat mumy rasa mumy adalah wanita terbahagia dunia akhirat. Hilang segala penat lelah mumy. Amin Ya Rabbal Alamin. Terima kasih Allah.”

Sementara itu, anak ketiga daripada enam beradik yang bergelar graduan Ijazah Sarjana Muda Perniagaan Antarabangsa dari Universiti Kuala Lumpur (UNIKL) tersebut turut mengucapkan terima kasih kepada seluruh ahli keluarga terutamanya ibu tersayang.

Dedah Dinie, sebelum menamatkan pengajian di UNIKL dia pernah menuntut di sebuah universiti dalam bidang Sains namun mengambil keputusan untuk berhenti belajar atas sebab-sebab tertentu. Dia kemudian memohon untuk sambung belajar di UNIKL hingga berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Muda kelas pertama!

IKLAN

Lebih membanggakan, Dinie bukan hanya penuntut universiti bahkan isteri kepada Hanif Lutfi. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 6 Januari 2021 dan 22 Februari lepas mereka dikurniakan anak perempuan yang diberi nama Hannah Jasmine.

Anak Genggam Ijazah Kelas Pertama, DIDIE ALIAS Syukur Penat Lelah Terbalas & Akui Wanita Terbahagia!

Anak Genggam Ijazah Kelas Pertama, DIDIE ALIAS Syukur Penat Lelah Terbalas & Akui Wanita Terbahagia! Anak Genggam Ijazah Kelas Pertama, DIDIE ALIAS Syukur Penat Lelah Terbalas & Akui Wanita Terbahagia! Anak Genggam Ijazah Kelas Pertama, DIDIE ALIAS Syukur Penat Lelah Terbalas & Akui Wanita Terbahagia! Anak Genggam Ijazah Kelas Pertama, DIDIE ALIAS Syukur Penat Lelah Terbalas & Akui Wanita Terbahagia!

IKLAN

Alhamdulillah, enam bulan bergelar ibu Dinie diraikan dalam majlis konvokesyen pula. Rezeki berganda buatnya tahun ini!

Throughout my three years here, I don’t hate learning, at all. Fast forward to today, graduated with First Class. I don’t condone giving up on your goals obviously, but you know what your heart wants. Follow it & follow through. You’ll get there.

I wouldn’t be where I am today without the love, prayers and support from my family. Thank you for accepting me the way I am, degil don’t wanna dengar cakap. Always doing things my way thinking that it’s always right.

Thank you Mamy Didie, Daddy Ayah, you guys rock. Thank you for always believing in us, even though when I first quit, my mom was so done with me. Slowly I regain her trust & she fully supported me. I owe you the world.”

Didie Alias pernah berkahwin dengan pelakon Ridzuan Hashim sejak tahun 1991 namun berpisah pada tahun 2000. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan lima anak iaitu Nurdhaniyah, Muhammad Dhaniel, Nurdinie, Nur Dayini Ahza dan Nur Diyana.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI