Kulit bayi lebih lembut dan sensitif berbanding orang biasa. Jadi, anda perlu meneliti hal ini agar cucian pada baju bayi lebih lembut. Gunakan pencuci khas untuk pakaian bayi. Paling penting, jangan menggunakan pelembut pakaian untuk melembutkan pakaian bayi.

IKLAN

Kenapa perlu cucian khas?

  • Ini disebabkan keadaan kulit bayi yang sangat nipis dan sensitif
  • Kulit bayi juga terdedah dengan risiko kerosakan daripada sabun mandian atau cucian yang mengandungi bahan kimia
  • Kebanyakan bayi juga mengalami alergi kulit pada beberapa bulan pertama kelahirannya

7 Tip Penting Mengenai Cucian Pakaian Bayi

IKLAN
  1. Gunakan panduan cucian baju bayi bukan hanya untuk cucian pakaian tetapi aplikasikan pada cucian alas tidur bayi, pengalas dada dan patung mainan lembut.
  2. Cucian satu per satu: Pada enam bulan pertama, anda perlu mencuci pakaian bayi secara berasingan daripada pakaian orang lain. Ini untuk mengelak terkena kotoran yang lebih kuat daripada pakaian dewasa. Atau, anda juga boleh menggunakan beg mesin cucian.
  3. Untuk hilangkan kotoran, bersihkan dahulu kekotoran yang sering ada pada pakaian bayi seperti kesan muntah, lebihan makanan dan kekotoran lain dengan cucian normal. Perlu segera membersihkan kotoran itu agar ia tidak terus kering dan meninggalkan kesan pada pakaian. Rendam bersama sedikit sabun dan hilangkan kekotoran tersebut.
  4. Jenis sabun pencuci: Pada enam bulan pertama, anda disyorkan memilih cecair pencuci atau sabun pencuci khas untuk pakaian bayi sama ada untuk cucian tangan mahupun mesin. Selepas enam bulan, anda boleh mula menggunakan bahan cucian lain dan aplikasikan pada sehelai pakaian bayi untuk melihat kesesuaiannya.
  5. Cucian tangan: Apabila mencuci tangan, anda perlu lebih teliti pada basuhan terakhir. Elakkan lebihan sabun tertinggal pada pakaian.
  6. Cucian mesin: Anda digalakkan menggunakan program double rinse pada mesin basuh untuk mengelakkan baki sabun yang tertinggal pada baju.
  7. Menggosok: Baju bayi tidak perlu digosok. Tetapi sekiranya perlu, gunakan suhu paling rendah agar pakaian tidak rosak.

Apabila kulit bayi kering…

IKLAN

Jika si comel anda mengalami masalah kulit kering, gunakan pelembap semula jadi untuk melindungi kulit mereka agar kekal lembut dan sihat. Salah satu rawatan terbaik untuk mencegah masalah ini adalah dengan menggunakan minyak kelapa.

  • Jangan mandikan bayi anda terlalu lama atau kerap kerana ia akan menghilangkan nutrisi penting pada permukaan kulit sehingga boleh menyebabkan kusam dan kering
  • Hanya gunakan produk perawatan kulit yang dikhususkan untuk bayi termasuk cucian pakaian mereka
  • Untuk mengelak ruam dan iritasi terutama di kawasan berpeluh di ketiak, lipatan kulit dan punggung, pastikan anda menggunakan pakaian longgar di samping meletakkan bayi di ruang berangin dan tidak terlalu panas mahupun sejuk. Suziana Abu Daud
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI