MOHD AL JUFFERI JAMARI

Di sebalik kejayaan dan tawa Mohd Al Jufferi Jamari setiap kali menyertai pertandingan tersimpan 1001 kisah yang menduga kemampuan jaguh silat negara ini. Demi memartabatkan warisan Melayu, kejayaan negara di pentas sukan dunia dan anak tersayang, dia sanggup mengetepikan ‘kesakitan’ yang dialami.

IKLAN

Semuanya selepas pendedahan mengejutkan Mohd Al Jufferi pada Sukan SEA ke-31 yang nyata mengundang sebak peminat sukan apabila mengetahui anak pesilat ini sedang bertarung sakit kanser.

Mengenang ketabahan anak tersayang melawan sakit membuatkan Mohd Al Jufferi tetap meneruskan pelawanan memburu emas meskipun ketika itu dia mengalami kecederaan di bahu. Walau tidak berjaya membawa pulang pingat emas tapi semangat juang atlet ini tidak mengecewakan.

Apa yang lebih penting, kasih sayang seorang bapa terhadap anaknya ini telah berjaya menarik perhatian ramai.

Kasih Sayang Bapa, AL JUFFERI Jadikan Anak Pembakar Semangat & 4 Kali Bergelar Juara Dunia! Kasih Sayang Bapa, AL JUFFERI Jadikan Anak Pembakar Semangat & 4 Kali Bergelar Juara Dunia! Kasih Sayang Bapa, AL JUFFERI Jadikan Anak Pembakar Semangat & 4 Kali Bergelar Juara Dunia! Kasih Sayang Bapa, AL JUFFERI Jadikan Anak Pembakar Semangat & 4 Kali Bergelar Juara Dunia!

Difahamkan anaknya, Furqan Al Haq menghidap kanser dan pembakar semangat buat Mohd Al Jufferi berjuang hingga ke titik akhir.

Memetik kenyataannya kepada Astro Awani, “Saya kuat sebab anak, kalau saya sakit bahu, anak saya sakit kanser… dia lagi kuat, dia budakkan.

Sebab dia sakit umur 2 atau 3 tahun dah kena kanser. Kena jalani kimoterapi, tiap-tiap hari saya pergi hospital, saya tengok dia lemah, letih.. saya menangis, dia usap. Dia kata, Äyah jangan nangis, Haq okay’.

IKLAN

Tetapi bila saya kena (sakit) bahu macam ini, tak akan saya tak kuat. Allahuakbar, itu sajalah yang saya fikir. Sebab itu saya nak lawan, tak ada yang lain, anak saya.”

31 Julai lalu, Mohd Al Jufferi Jamari melakar satu lagi kejayaan sekaligus melengkapkan koleksi kejuaraan dunia kali keempat apabila berjaya merangkul pingat emas pada Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2022 di MITC, Melaka.

IKLAN

Kasih Sayang Bapa, AL JUFFERI Jadikan Anak Pembakar Semangat & 4 Kali Bergelar Juara Dunia! Kasih Sayang Bapa, AL JUFFERI Jadikan Anak Pembakar Semangat & 4 Kali Bergelar Juara Dunia! Kasih Sayang Bapa, AL JUFFERI Jadikan Anak Pembakar Semangat & 4 Kali Bergelar Juara Dunia! Kasih Sayang Bapa, AL JUFFERI Jadikan Anak Pembakar Semangat & 4 Kali Bergelar Juara Dunia! Kasih Sayang Bapa, AL JUFFERI Jadikan Anak Pembakar Semangat & 4 Kali Bergelar Juara Dunia!

Pesilat berusia 30 tahun dan kelahiran Pahang ini dalam pada itu turut mengucapkan selamat tinggal kepada dunia persilatan profesional yang disertai sejak 15 tahun lepas tersebut.

Mohd Al Jufferi mendirikan rumah tangga bersama Nurul Farhana Abdul Majid pada 3 November 2017. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga orang anak lelaki.

Selain bergelar atlet silat, Mohd Al Jufferi juga pernah terlibat dengan dunia lakonan yang mempamerkan bakatnya dalam bidang persilatan. Moga terus sukses!

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI