Nama Karen Vendela Hosea cukup dikenali di Indonesia bukan sahaja sebagai anak tokoh konglomerat bisnes, tetapi juga sebagai pempengaruh di republik berkenaan. Namun begitu, kisah percintaan selama 5 tahun dengan Youtuber Boy William seterusnya memutuskan pertunangan sekitar Ogos tahun lalu menjadi sorotan kebanyakan media di Indonesia.
Boy William dan Karen Vendela telah rasmi bertunang pada November 2019 lalu. Dua kali menunda pernikahan kerana pandemik Covid-19 iaitu pada 2020 dan 2021, akhirnya ikatan tersebut terputus di tengah jalan apabila Boy menoktahkan ikatan tersebut dengan memutuskan ikatan pertunangan.
Karen Vendela bukanlah calang-calang orangnya. Berasal dari keluarga konglomerat ternama Indonesia, bapanya, Hartono Hosea merupakan tokoh perniagaan yang mempunyai pelbagai cabang perniagaan termasuklah bidang automotif sehingga ke perhotelan.
Sun Motor merupakan perniagaan dealer automotive terkemuka di Indonesia. Karen merupakan puteri sulung dari Presiden Director Sun Motor, Hartono Hosea.
Manakala ibunya, Margaret Vivi merupakan seorang usahawan dalam bidang kecantikan Margaret merupakan individu di sebalik jenama Jean Yip, perniagaan salon berasal dari Singapura.
Cantik dan berpendidikan tinggi. Itulah yang dapat digambarkan mengenai Karen yang mendapat pendidikan dalam bidang fesyen. Karen merupakan mahasiswi jurusan rekaan fesyen di The Fashion Institute of Design and Merchandising (FIDM), Los Angeles, Amerika Syarikat.
Sesuai dengan minat dan cinta terhadap dunia fesyen, Karen turut membuka perniagaan berasaskan fesyen dikenali sebagai Fashion Liberty Society bersama kawan-kawannya serta menerima endorsement dari pelbagai jenama di Indonesia.
Melewati usia 27 tahun, Karen mengikut jejak langkah kedua orang tuanya berjinak dalam dunia perniagaan dan menggunakan platform Instagram memulakan bisnes pakaian di bawah label @kyoulabel dan @liberty.society.
Bahkan Karen juga melangkah setapak lagi dalam sektor perniagaan apabila menjadi pengedar kenderaan Mazda di showroom miliknya yang terletak di kawasan Bintaro Jaya, Tangerang Selatan, Jakarta.
Pada usia 27 tahun, Karen memberi perhatian penuh terhadap aspek kesihatan dirinya apabila menjadikan rutin senaman muay thai sebagai pilihan untuk kekal aktif dan sihat.
Selain itu, melihat perkongsian di Instagram miliknya, Karen gemar melancong dan ia menjadi salah satu aktiviti yang sering di kongsi di laman Instagram miliknya. Tidak hairanlah mengapa anak sulung tokoh konglomerat ini makin bersemangat menjalani kehidupan dengan melibatkan diri dalam pelbagai kegiatan yang menyeronokkan!
Foto: Instagram @karbearv