Anda Pengguna e-Wallet? Ini Fakta Penting Perlu Tahu Tentang Penggunaannya Di Malaysia

Memang mudah membayar atau menerima wang dengan kaedah canggih e-Wallet, atau e-Dompet. Imbas sahaja kod QR, masukkan amaun dan semuanya dibayar secara automatik. Langsung tak risau tentang baki wang atau keperluan membawa wang tunai, yang penting ada smartphone!

Ya, e-dompet merupakan sistem alternatif pembayaran yang makin rancak mendapat tempat di hati rakyat Malaysia terutama semasa COVID-19 melanda negara sejak dua tahun lalu.

Menurut sumber Astro Awani

, penggunaan e-dompet ini telah meluas dengan pantas dan ia sudah mencecah lebih daripada separuh pengguna dalam kalangan rakyat Malaysia.

 

Adakah anda salah seorang penggunanya? Nah, semak statistik penggunaan kaedah pembayaran tanpa tunai di Malaysia setakat tiga bulan lalu berdasarkan kajian yang dilaksanakan oleh Ipsos Malaysia.

1. 55% rakyat Malaysia menggunakan aplikasi pembayaran dalam talian dan e-dompet, meningkat dua peratus.

Antara pilihan utama:

  • 36%: Perbankan dalam talian
  • 32%: Kad debit
  • 27%: e-Dompet
  • 8%: Kad kredit

 

2. Majoriti yang menggunakan e-dompet atau pembayaran dalam talian adalah golongan belia, 40%. Individu berumur 55 tahun ke atas hanyalah 7%.

 

3. Isi rumah berpendapatan lebih RM8,000 adalah cenderung menggunakan e-dompet iaitu 51%

, tak kurang juga mereka yang berpendapatan di bawah RM2,000 iaitu 10%.

******************************

Duduk rumah pun boleh berehat sambil berurut. Sambil tengok Netflix berurut, sambil sembang dengan anak-anak berurut, sambil mengaji berurut, eh boleh berurut bila-bila masa tau. Hilang lenguh-lenguh badan, bahu, kaki semua lepas guna benda ni. Yang penting guna kod promo NONGSP5 untuk beli harga diskaun (klik).

******************************

 

4. Penduduk di Sabah dan Sarawak menunjukkan respons positif dengan 18%, manakala di Semenanjung dengan 50% pengguna.

 

5. Perincian kegunaan e-dompet:

49%: Tol, letak kereta, pengangkutan
46%: Makanan dan minuman
45%: Peruncitan
35%: Penghantaran makanan
33%: Pembelian dalam talian
25%: Bayaran bil
22%: Pindahan wang kepada rakan, keluarga

 

6. Berikut aplikasi pilihan utama e-dompet:

84%: TouchnGo eWallet
28%: MAE via Maybank
21%: Shopee Pay
16%: Boost
16%: Grab Pay
4%: Setel
2%: AliPay
1%: RazerPay

 

**Kajian ini melibatkan 1,020 responden warga Malaysia berusia 18-74 tahun pada Mei 2022.

IKLAN
Share