Ads

Anggunnya Ibu Fathia Latiff, Aktres Cantik Ini Hargai Jasa Ratu Hati & Titip Doa Bermakna Sempena Hari Lahir Ibu Tersayang!

Fathia Latiff Titip Doa Terbaik Buat Ibu Tersayang Sempena Hari Lahir
Fathia Latiff Titip Doa Terbaik Buat Ibu Tersayang Sempena Hari Lahir

MasyaAllah terpikat dengan keanggunan ibu kepada Fathia Latiff. Tidak hairanlah aktres ini memiliki raut wajah cantik menawan. Mewarisi kejelitaan ratu hati kesayangan rupanya. Meskipun sudah berusia namun rupa paras ibu Fathia iaitu Badriyah Hassan tetap memikat pandangan.  

Terbaharu, Fathia Latiff menerusi media sosial memuat naik gambar wanita kesayangannya ini sempena ulang tahun kelahiran.  

Hari Lahir Ibu Fathia Latiff

Anggunnya Ibu Fathia Latiff, Aktres Cantik Ini Hargai Jasa Ratu Hati & Titip Doa Bermakna Sempena Hari Lahir Ibu Tersayang! Anggunnya Ibu Fathia Latiff, Aktres Cantik Ini Hargai Jasa Ratu Hati & Titip Doa Bermakna Sempena Hari Lahir Ibu Tersayang! Anggunnya Ibu Fathia Latiff, Aktres Cantik Ini Hargai Jasa Ratu Hati & Titip Doa Bermakna Sempena Hari Lahir Ibu Tersayang!

Dalam majlis sambutan hari lahir Badriyah Hassan yang diadakan di sebuah restoran, keluarga bahagia pelakon popular Ariana Rose ini sepakat mengenakan busana sedondon hitam putih.  

Pada hari istimewa ibunda tersayang, Fathia Latiff tidak ketinggalan menitipkan ucapan bermakna. Di samping menzahirkan rasa terima kasih atas pengorbanan dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepadanya selama ini. 

Titip Fathia, “No words will ever be enough to thank you for everything you’ve done for me. Your love, sacrifices, prayers and strength have shaped me into who I am today. Through every good day and every difficult one, you’ve always been my safe place.” 

Tambahnya lagi, dia turut bersyukur kerana ibu tersayang sentiasa menyayanginya dalam apa keadaan sekalipun.  

“Thank you for loving me unconditionally, for believing in me when I doubt myself and for always putting your family before yourself. I am beyond blessed to have you as my mother.” 

Ads

Anggunnya Ibu Fathia Latiff, Aktres Cantik Ini Hargai Jasa Ratu Hati & Titip Doa Bermakna Sempena Hari Lahir Ibu Tersayang! Anggunnya Ibu Fathia Latiff, Aktres Cantik Ini Hargai Jasa Ratu Hati & Titip Doa Bermakna Sempena Hari Lahir Ibu Tersayang!

Fathia Latiff mengambil kesempatan hari lahir ibunya dengan mendoakan agar Allah SWT membalas segala kebaikan yang dilakukan terhadap keluarga selama ini. 

“I pray that Allah grants you good health, endless happiness and countless blessings in this life and the next. I love you more than words can express. Happy birthday, bondaku.” 

Badriyah Hassan nyata seorang superwoman. Dalam temu bual bersama adik Fathia iaitu Dr Fasiha kira-kira tiga tahun lepas, ibunya ini menggalas tanggungjawab terhadap suami dan anak-anak dengan baik.

Biarpun berkerjaya namun Badriyah akan pastikan keperluan keluarga dipenuhi dan menguruskan kediaman seperti mengemas, memasak serta sebagainya.

Ads

Anggunnya Ibu Fathia Latiff, Aktres Cantik Ini Hargai Jasa Ratu Hati & Titip Doa Bermakna Sempena Hari Lahir Ibu Tersayang! Anggunnya Ibu Fathia Latiff, Aktres Cantik Ini Hargai Jasa Ratu Hati & Titip Doa Bermakna Sempena Hari Lahir Ibu Tersayang!

Bukan itu sahaja, Badriyah juga menyambung pengajian peringkat Master ketika berusia 45 tahun.

Dedah Dr Fasiha, “Satu lagi perkara yang buat saya bangga dengan ibu ialah ketika usianya 45 tahunibu terbuka hati untuk sambung belajar ambil Master selama dua tahun. Walaupun banyak tanggungjawab tetapi ibu mampu menguruskan masanya dengan baik.”

Artikel https://www.nona.my/umi-sambung-belajar-pada-usia-45-tahun-dr-fasiha-kagum-dengan-semangat-ibu/

Begitulah peribadi hebat dan semangat ibu Fathia.

Ads

Kehidupan Fathia Latiff

Nama Nur Fathia Abdul Latiff bukan lagi asing dalam industri hiburan tanah air. Dia bukan hanya berbakat besar sebagai pelakon tetapi juga pernah bergelar model dan ada bakat menyanyi.  

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fathia (@fatiyalatiff)

Anggunnya Ibu Fathia Latiff, Aktres Cantik Ini Hargai Jasa Ratu Hati & Titip Doa Bermakna Sempena Hari Lahir Ibu Tersayang! Anggunnya Ibu Fathia Latiff, Aktres Cantik Ini Hargai Jasa Ratu Hati & Titip Doa Bermakna Sempena Hari Lahir Ibu Tersayang! Anggunnya Ibu Fathia Latiff, Aktres Cantik Ini Hargai Jasa Ratu Hati & Titip Doa Bermakna Sempena Hari Lahir Ibu Tersayang! Anggunnya Ibu Fathia Latiff, Aktres Cantik Ini Hargai Jasa Ratu Hati & Titip Doa Bermakna Sempena Hari Lahir Ibu Tersayang!

Meniti usia 38 tahun, wanita tinggi lampai ini merupakan anak kepada Abdul Latiff Tahir dan Badriyah Hassan. Fathia juga anak sulung daripada empat beradik iaitu Nur Farhana, Muhammad Ilham dan Dr Nur Fasiha. 

Graduan undang-undang dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) ini sudah lebih empat dekad menjadi anak seni. Drama sulung lakonan Fathia ialah Nur Kasih dan dia turut pernah membintangi filem Nasi Lemak 2.0 dan Darah Panas. 

Adik Fathia iaitu Dr Fasiha mendedahkan kepada Nona, kakak tersayang seorang yang pemurah dan tidak berkira dengan keluarga. 

Bersandarkan bakat yang ada, Fathia berjaya merangkul anugerah Pelakon Filem Wanita Popular menerusi filem Darah Panas di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-29. 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Inspirasi Lain

Ainul Aishah Rai Birthday Anak Tersayang

Buah Hati Ainul Aishah Injak Usia 2 Tahun, Pelakon Filem Nana...

Makin bahagia tengok kehidupan pelakon cantik manis, Ainul Aishah. Sejak berkahwin pada 2022 jarang nampak selebriti ini muncul di kaca televisyen dan tidak lagi mengejar karier seninya. Apatah lagi sejak menimang cahaya mata. Seluruh tumpuan Ainul Aishah pastinya kepada buah hati kesayangan dan suami tercinta.