Label yang terkenal dengan perincian teliti dan susun atur manik yang kemas, Arma Couture sentiasa menampilkan rekaan bertunjangkan keselesaan, kualiti, elegan dan eksklusif.
Pemiliknya, Wan Armatajali Bin Abdul Rahman atau lebih mesra disapa Arma percaya, selain minat yang mendalam, beliau memandang industri fesyen dan perancang perkahwinan sebagai satu bidang yang mampu mengubah taraf hidupnya.
Tidak hairanlah, figura muda berasal dari Cheras, Kuala Lumpur ini mengambil subjek seni sejak di bangku sekolah lagi demi mencapai impiannya untuk bergelar pereka fesyen berjaya.
BAGAIMANAKAH JENAMA ARMA COUTURE BOLEH TERCETUS?
Semenjak di faculti fesyen Uitm Seri Iskandar lagi, Saya telah menanam cita-cita untuk menjadi
seorang pereka fesyen terkenal suatu hari nanti. Selepas menghabiskan pengajian pada tahun 2003, saya telah mula berjinak-jinak menubuhkan Arma Abd Rahman Wedding Couture. Saya membuat bisnes perkahwinan secara kecil-kecilan yang beroperasi dari rumah sahaja. saya
bermula dari bawah dan sehinggalah rekaan saya di sarung oleh selebriti-selebriti tempatan, Alhamdullillah.
SIAPAKAH TULANG BELAKANG DI ATAS KEJAYAAN ANDA?
Ads
Perjalanan karier saya, bukanlah mudah seperti yang disangkakan. Pada mulanya keluarga tidak berapa bersetuju untuk saya menceburi bidang ini. Namun, lama-kelamaan, mereka dapat menerima dengan hati yang terbuka dan saya amat bersyukur semua perkara dipermudahkan. Restu dan doa seorang ibulah yang sentiasa menjadi tulang belakang kejayaan saya
pada hari ini.
KONGSIKAN KOLEKSI TERBAHARU ANDA…
Buat masa ini, saya sedang menyiapkan koleksi terbaru iaitu kolabarasi bersama gedung terkenal iaitu Robinson. Koleksi ini merupakan koleksi untuk Premium Raya Collection Preview 2019. Selain itu juga, saya kini sedang menyiapkan koleksi ‘Ready To Wear’.
APAKAH KEKUATAN DAN KEISTIMEWAAN JENAMA ANDA?
Ads
Saya sangat mementingkan pemilihan fabrik. Saya akan memantikan setiap rekaan saya menggunakan fabrik berkualiti tinggi untuk mengekalkan standard jenama saya. Saya percaya, fabrik berkualiti adalah salah saru kekuatan jenama rekaan saya. Selaian itu, saya juga mementingkan kualiti potongan. Potongan pakaian yang kemas menjadikan setiap rekaan saya nampak cantik dan terletak pada badan si pemakai. Rekaan yang ‘timeless’dan eksklusif pada harga yang berpatutan juga menjadi keutamaan saya.
BAGAIMANA ANDA MENDAPAT INSPIRASI DAN MENTERJEMAHKAN IA KE DALAM REKAAN PAKAIAN ANDA?
Secara jujurnya sebagai seorang pereka, setiap yang berlaku di sekeliling kita boleh dijadikan
Inspirasi. Contohnya seperti persekitaran dan alam sekitar. Setiap hari, kita sentiasa terdedah kepada perkara-perkara baharu dan ingin belajar daripadanya. Dari situ kita boleh menjadikan ia sebagai sumber ilham dalam mereka sesuatu koleksi pakaian. Contoh lain ialah perasaan. Kita boleh menterjemahkan emosi yang kita rasa sebagai interpretasi di dalam rekaan tersebut.
Ads
APAKAH TREND FESYEN HANGAT 2019?
Pada pendapat saya, trend fesyen hangat pada tahun ini ialah penggunaan skarf bermotif, pleats dan juga puff sleeves. Ketiga-tiga trend ini bakal hangat pada tahun 2019. Saya juga menyuntik elemen ini buat koleksi raya label saya pada tahun ini.
APAKAH CABARAN YANG DIHADAPI DALAM MEMASTIKAN JENAMA ANDA BERTAHAN HINGGA KINI?
Cabaran utama ialah untuk memastikan saya berada di landasan yang tepat terutama di atas
ledakan sosial media. Saya harus memastikan selain rekaan yang ‘up to date’, strategi pemasaran melalui sosial media juga menjadi elemen penting untuk terus bertahan dalam industri fesyen. Seperti yang kita tahu, zaman ini semuanya di hujung jari sahaja. Sebagai salah seorang yang mengikuti era dan peredaran semasa, saya juga perlu menggunakan peluang ini untuk melebarkan lagi sayap untuk menaikkan lagi jenama saya.
APAKAH PENGALAMAN YANG SUKAR DILUPAKAN SEPANJANG BERGELAR PEREKA FESYEN?
Pengalaman yang sukar dan masih terpahat di ingatan ialah apabila saya terlibat sebagai pereka
buasana momen terpenting dalam hidup selebriti terkenal Seperti Mawi dan Ekin, Bienda,
Syatilla Melvin dan Shahiezy Sam dan ramai lagi. Selain daripada itu, apabila rekaan saya menjadi rujukan bakal raja sehari.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kejayaan seseorang insan bergantung bagaimana dia membawa haluan diri. Andai molek perjalanan maka eloklah hasilnya, jika pincang perjalanan maka gelap gelitalah masa depan. Seperti yang dilalui oleh cef selebriti, Cef Adu Amran kisahnya dalam dunia kulinari bermula dari bawah dan tahun demi tahun dia mengumpul pengalaman lantas menjadikan beliau antara cef yang kini menjadi perhatian dan kerap muncul di kaca televisyen.
Ketika pertemuan di restoran The Canteen By Chef Adu yang terletak di Muzium Tekstil Negara sempena pelancaran buku resipi terbarunya, dia menyatakan bahawa keluarga adalah sumber inspirasi utama dalam dunianya yang sentiasa sibuk berkarya dengan makanan. Maka dengan itu terlahirlah buku ‘Ke Mana Tumpahnya Kuah’ yang berkonsep buku resipi semi-autobiografi menampilkan perjalanan hidup beliau dan juga resipi turun temurun air tangan keluarganya.
Che Adu Bersama Ibu dan Ayah Tercinta
Menurut Chef Adu, antara insan yang paling berjasa di dalam kehidupannya adalah ibunya iaitu Maimon Alias yang selalu percaya dengan kebolehan dirinya dan sentiasa memberikan sokongan dalam apa sahaja perkara yang beliau ingin ceburi. Penulisan dalam buku ini digarap dengan baik dan ia penuh dengan nostalgia lalu yang membuatkan hati penulis sendiri tersenyum.. Betulah kata pepatah, ke mana tumpahnya kuah, kalau bukan ke nasi.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terpesona dengan aura atlet akuatik terjun negara, Leong Mun Yee. Mana tidaknya, dia bukan hanya seorang wanita yang memiliki rupa paras cantik menawan, bahkan melakar pelbagai kejayaan cemerlang dalam arena sukan dan berpendidikan tinggi. Pakej lengkap!
Menerusi laman web peribadinya, Mun Yee mendedahkan dia mula aktif dalam sukan tersebut seawal usia 10 tahun lagi. Sejak itu, dia diberi kepercayaan mewakili Malaysia hingga sekarang iaitu lebih 20 tahun. Jelas Mun Yee, penampilan pertamanya dalam Sukan Olimpik adalah ketika menyertai temasya sukan terbesar berkenaan di Sydney, Australia pada tahun 2000.
Waktu itu dia baru berusia 15 tahun. Bertitik tolak daripada pencapaian membanggakan, Mun Yee berjaya meletakkan standard yang tinggi dalam kerjaya sukannya sehingga melayakkan diri dalam lima penyertaan Sukan Olimpik iaitu di Sydney pada tahun 2000, Athens 2004, Beijing 2008 dan London 2012.
Rentetan pembabitan aktif dan dedikasi serta minat mendalam dalam sukan akuatik, Mun Yee mendapat pengiktirafan yang menyaksikan namanya tersenarai dalam Malaysia Book of Records apabila menjadi atlet wanita pertama melayakkan diri ke Sukan Olimpik sebanyak empat kali.
Lebih mengujakan, dia juga melakar pelbagai pencapaian cemerlang di dalam dan luar negara. Buktinya, dia yang ketika itu bergandingan dengan Pandelela Rinong menjadi atlet terjun pertama memenangi pingat Perak dan Gangsa dalam FINA Diving World Championship 2009, 2013 dan 2019 dalam acara 10 meter platform wanita. Malah, ketika Sukan SEA 2017 juga Mun Yee membawa pulang dua pingat Emas dalam acara sama.
Tidak hanya berbakat dan cantik, Mun Yee merupakan graduan Sarjana Komunikasi Korporat di Universiti Putra Malaysia (UPM). Jelas atlet berusia 36 tahun ini, “Pendidikan adalah sangat penting. Ia ibarat perjalanan sepanjang hayat yang membantu mengasah kemahiran dan pengetahuan seseorang secara peribadi mahupun profesional.”
Bersandarkan kejayaan, bakat dan kecantikan yang dimiliki, Mun Yee turut menjadi buruan syarikat iklan yang mahukan wajahnya menghiasi kempen produk keluaran mereka. Syabas dan tahniah buat Mun Yee. Moga terus mengangkat martabat kaum wanita di mata dunia dan menjadi inspirasi ramai.
Kredit foto: Instagram Leong Mun Yee
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Model ternama dan juga pelakon Indonesia, Paula Verhoeven beberapa hari lepas mengejutkan para peminat dengan penampilan terbaharunya yang lebih manis dan sopan, sekaligus mengumumkan bahawa dia kini sudah berhijab.
Malah, isteri kepada pelakon sinetron, Baim Wong ini turut mengaku bahawa dia amat menyesal kerana tidak mengambil langkah untuk mempelajari agama dan berhijab lebih awal.
“Hidayah Harus Dijemput, Aku Takut Mati,” – Isteri Baim Wong
“Kalau bisa muter waktu sebenarnya aku nyesel kenapa nggak dari dulu ya aku belajar agama. Waktu kita nggak banyak loh di sini,” ungkap
“Kalau boleh putar kembali masa, aku menyesal kenapa tidak dari dulu aku mempelajari agama. Waktu kita di sini (dunia) tak banyak,” ujar Paula Verhoeven sambil menitiskan air mata penyesalan ketika ditemubual menerusi sebuah video di laman Instagram @nabillasyal
Sehubungan itu, ekoran takut akan kematian, Paula mula terniat untuk mencuba memakai tudung dan menutup aurat selama 40 hari terlebih dahulu.
Setelah itu, hatinya merasa begitu hatinya yakin dan lebih selesa dengan penampilan menggayakan busana muslimah dan fesyen patuh syariah, Paula terus meminta keizinan suami tercinta, Baim Wong menyatakan hasratnya untuk berhijrah dan berhijab.
Baim Wong Tak Pernah Paksa, Syukur Isteri Terima Hidayah Berhijab
Di sisi lain, Baim Wong menzahirkan rasa syukur yang tidak terhingga dan gembira terhadap keputusan bidadari hatinya itu untuk berhijab dan berharap agar isterinya dikurniakan hidayah untuk kekal istiqamah menjalankan tuntutan agama.
“Masyaallah, mudah-mudahan menjadi hidayah buat dia (Paula Verhoeven), amin, insyaallah,” ungkap Baim Wong.
Menurut Baim lagi, dirinya selalu berusaha untuk melaksanakan kewajipan sebagai umat Islam dan muslimat agar mampu menjadi suri teladan dan contoh terbaik buat isteri dan dua puteranya, Kiano Tiger Wong dan Kenzo Eldrago Wong.
“Saya tidak pernah mengajarkan atau memaksa, lebih ke arah praktikal dengan melakukan. Dia (Paula) melihat, dari mula solat, kemudian mempunyai keinginan untuk berhijab.
“Dia melakukan apa yang disuruh oleh Allah, dia melihat keindahan Islam dengan matanya dan akhirnya dia minta saya titipkan doa buat dirinya,” ujar Baim Wong.
Nona mendoakan agar, penghijrahan yang dilakukan oleh Paula dirahmati Allah dan dikurniakan istiqamah agar tidak berpaling semula kepada kehidupan yang lampau.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini. Follow kami sekarang di SINI!
Diva lagenda Indonesia Kris Dayanti kini telah mencecah usia 50 tahun. Sebagai penyanyi yang sentiasa kelihatan memukau, Kris Dayanti mengekalkan gaya tersendiri termasuklah dalam...