Suatu ketika dulu, selebriti media sosial Atita Haris dan anak perempuannya Opi menjadi satu fenomena di kalangan warga maya. Dua beranak ini sering mencuri perhatian di platform media sosial dengan telatah mereka yang lucu tetapi comel.
Atita Haris dan Opi, dua-dua sweet!
Lebih-lebih lagi Opi yang bukan hanya comel bahkan bijak. Pantang nampak kamera mesti nak pose. Comel sangat!
Opi kini berusia 10 tahun. Seiras ibunya, cantik!
Atita yang mesra disapa sebagai Tita ini punya pesonanya yang tersendiri. Ketika di puncak populariti, Atita baru berusia 21 tahun manakala anaknya Opi atau nama sebenarnya Nor Sofia berusia setahun.
Kini pada usia 30 tahun, Atita yang tinggi lampai ini sudah memiliki tiga cahaya mata yang kesemuanya perempuan. Makin cantik, langsing dan bergaya persis anak dara. Kalau bersama dengan anak-anak nampak macam kakak dan adik-adik.
Ads
MAKIN BAHAGIA
Atita kini bahagia dengan perkahwinan keduanya bersama Nas-T yang merupakan seorang DJ, pemuzik, model serta pelakon tanahair.
Bersama suami tercinta, Nas-T.
Atita dan Nas-T mendirikan rumahtangga pada 29 Januari 2016. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nas Taliyah Nas Muammar Zar dan Nur Halili Nas Muammar Zar. Manakala Opi adalah zuriat hasil perkahwinan pertama Atita.
Ads
Meninjau kehidupan terkini, Atita kekal aktif di Instagram dan TikTok berkongsi rutin hariannya bersama anak-anak serta suami seperti beriadah, outing atau bercuti. Manakala memasak adalah aktiviti yang rancak dikongsi oleh Atita ketika ini sehingga tercetusnya tanda pagar #atitamasak
Bertuah suami dan anak-anak dapat merasa air tangannya setiap hari dengan menu yang walaupun simple tapi menyelerakan antaranya ayam kunyit, laksa, nasi goreng, sambal belacan dan sup telur. Air tangan ‘mak-mak’ memang tidak boleh dinafikan kesedapannya.
GAYA KASUAL YANG RINGKAS
Ads
Dari segi penampilan, Atita sememangnya sinonim dengan gaya kasual yang ringkas namun tetap nampak stylish walau bergelar ibu anak tiga. Selendang, denim dan sneakers antara favourite items Atita untuk penampilan.
Manakala warna kebanyakannya yang tidak terlalu menonjol seperti pastel dan hitam, sesuai dengan kulitnya yang cerah.
Sekitar tahun 2020 Atita memberanikan diri mencari rezeki dalam dunia lakonan. Telemovie pertama lakonan Atita ialah ‘Iman Hakiki’. Lakonannya yang bersahaja ketika itu dengan watak gadis kampung mendapat pujian ramai.
Kredit Foto: Instagram Atita Haris
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sejak akhir-akhir ini banyak betul masalah dekat pejabat, semua nak dihantar dengan cepat. Pengasuh pula tiba-tiba buat perangai, tanpa sebarang notis tak mahu jaga anak kita lagi. Stres sungguh. Rambut pun secara tanpa disedari sudah hilang seri. Baru tersedar apabila tengok kat cermin pagi tadi, rambut dah tak cantik macam selalu.
Bagi mencipta rambut terus sihat dan berkilau, betik adalah solusi tepat agar mencipta keyakinan diri. Selain mengandungi enzim papain, betik juga merupakan sumber terbaik antioksida dan kaya nutrien penting seperti vitamin C, vitamin B, karotena, flavonoids, fiber serta mineral seperti magnesium dan potasium. Malah betik sering digunakan sebagai elemen utama pembuatan syampu rambut pasaran tempatan dan antarabangsa.
Kehebatan betik demi kecantikan rambut
Mengawal rambut gugur
Betik menyalurkan banyak kebaikan kepada kecantikan rambut. Kehebatan betik datang daripada kandungan utamanya. Syampu yang berasaskan betik berupaya membantu mencegah rambut gugur dan menjadikan rambut lebih lembut dan cantik. Menggunakan betik dalam penjagaan rambut juga boleh membantu menyingkirkan lebihan produk pencuci rambut dan bahan kimia.
Memberi volume pada rambut
Betik dikatakan boleh menentang kepala botak melalui nutrien yang terkandung di dalamnya. Nutrien terpenting ini juga boleh membantu merangsang kekuatan rambut daripada akar dan pertumbuhan semula jadinya dan dalam masa yang sama menjadi rambut beralun dan cantik.
Menghindarkan kelemumur
Khasiat yang ada di dalam betik itu boleh membantu membersihkan kotoran yang tidak diingini daripada melekat di atas kulit kepala. Kotoran dan minyak berlebihan di atas kulit kepala sebenarnya menjadi punca kelemumur. Zat flavonoids yang terdapat dalam betik memainkan peranan sebagai anti radang membantu kulit kepala daripada infeksi yang kritikal akibat kelemumur.
Berfungsi sebagai perapi rambut
Rambut akan jadi lebih cantik dan bersinar apabila disapu perapi rambut selepas bersyampu. Nutrisi magnesium yang terkandung di dalam betik berupaya meningkatkan kekuatan rambut. Cara mudah membuat perapi menggunakan buah betik ini ialah potong kecil buah betik ini kemudian tambahkan sedikit santan. Campur satu sudu teh madu dan adun sempurna. Lumur ke seluruh bahagian rambut dan biarkan selama 30 minit. Kemudian bilas dengan bersih.
Menjadikan rambut hitam berkilat
Memiliki rambut hitam menawan tanpa seurat uban menjadi idaman setiap wanita. Warna hitam ini sedikit sebanyak membuat wajah kelihatan lebih muda. Bagi mencapai tujuan ini betik berfungsi membantu pembentukan sel-sel baharu bagi menggantikan rambut yang gugur melalui kandungan potasium dan kaliumnya.
Menguatkan akar rambut
Rambut yang sihat datangnya daripada akar yang kuat. Pelihara kulit kepala demi memperkuatkan akar rambut melalui kandungan vitamin C yang terdapat di dalam betik. Vitamin C ini berupaya meningkatkan perjalanan darah di sekitar kulit kepala dan membantu membenarkan nutrisi terpenting untuk rambut diperoleh. Apabila nutrisi penting untuk rambut Berjaya disalurkan dengan baik secara tidak langsung boleh memperkuatkan akar rambut sehingga rambut tumbuh dengan baik tanpa sebarang masalah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pejam celik dah lepas fasa trimester 1, Nina Ismail Sabri kini teruja bakal timang anak pertama bersama Hafiz Osman.
Musim perayaan tahun ini dibanjiri pelbagai khabar khususnya di kalangan usahawan selebriti. Antara yang menggembirakan adalah kejutan daripada anak kepada bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga kakak kepada penyanyi Dafi iaitu Nina Ismail Sabri apabila mengumumkan bakal menimang cahaya mata kedua.
“Tahun lepas raya berdua, tahun ni kita bertiga. Doakan tahun depan berempat pula,” tulis Nina disamping suami, Hafiz Osman dan anak kesayangannya, Jeanelle Nika Mandagie.
Paling comel bila Nina memuat naik sebuah trend video menjelang Aidilfitri lepas. Dalam video pendek tersebut, Nina memberi botol susu bayi dan foto imbasan ultrasound kandungannya kepada Hafiz.
Menurut Nina, kandungannya kini sudah melepasi trimester pertama dan teruja menanti bayi yang diberi nama sementara HN itu.
“Berehat dari posting Raya untuk memberi laluan kepada manusia kecil ini yang kita semua sangat teruja untuk menyambut tahun ini.
Alhamdulillah kami baru sahaja melepasi trimester pertama, mohon doakan untuk lil bun kami dalam oven saya.
Abah, Kakak dan Mommy teruja sangat nak jumpa bayi HN,” coret Nina. Nina sah bergelar isteri kepada jejaka pilihannya yang dikenali Hafiz Osman pada 24 November tahun lalu.
Makin terserlah seri ibu hamil dalam potret raya keluarga Nina dan Hafiz ni. Dah nampak ‘baby bump’, mesti tak sabar-sabar Kakak Jeanelle nak dapat adik baru, kan!
Untuk rekod, Nina pernah mendirikan rumah tangga bersama pereke fesyen terkenal, Datukj Jovian Mandagie pada 11 Disember 2013, namun berpisah cara baik pada Ogos tahun lalu.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Jeanelle Nika Mandagie yang kini berusia tujuh tahun. Semoga dipermudahkan segala urusan pasangan ini dan selamat menjalani fasa kehamilan buat Nina serta pasangan!
Terpegun tengok kemulusan kulit wajah Zara Zya. Mana tidaknya, meskipun kerap mengenakan solekan tebal setiap kali menjalani penggambaran namun aktres berbakat besar ini cukup prihatin menjaga kesihatan kulit. Apatah lagi dengan status selebriti yang dibawanya membuatkan Zara perlu sentiasa tampil kemas dan menarik di hadapan khalayak.
Ditanya rahsia cantik yang diamalkan selama ini, Zara tanpa berselindung mendedahkan rejim kecantikan diri. Apa yang mengejutkan adalah petua cantik anak seni ini rupa-rupanya ringkas, selamat dan murah. Maklumlah, bila sebut sahaja artis mesti ramai yang beranggapan golongan ini hanya menggunakan produk berjenama dan mahal.
Bercerita tentang produk penjagaan wajah yang mahal, Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin mengakui pernah menggunakan set penjagaan wajah bernilai ribuan ringgit namun kesannya tidak seperti yang diharapkan.
“Ya, saya pernah habis sampai lebih seribu ringgit beli set produk jenama antarabangsa tapi sayangnya tak berkesan dengan keadaan kulit saya. Sudahnya, terpaksa berhenti guna set ini. Mujur mama saya rajin kongsi petua tradisi. Jadi saya amalkan apa yang mama ajar.
Tak perlu susah-susah pun sebab guna barang seperti buah-buahan dan beras saja. Salah satu petua mama ialah kisar buah tomato dan letak yogurt asli. Bila muka nampak kusam dan badan penat sangat, sapu kisaran tomato dan yogurt ini dekat muka untuk dijadikan sebagai mask.
Petua ini bagus untuk jeragat sebab mama memang ada masalah jeragat yang banyak. Macam-macam rawatan mama buat termasuk laser tapi tetap tak hilang. Alhamdulillah lepas dia amalkan petua buah tomato dan yogurt ini, jeragat mama berkurangan.
Satu lagi tip cantik yang selalu saya buat ialah menggunakan beras pulut. Caranya, beras pulut disangai dan dikisar sampai halus. Boleh digunakan sebagai skrub badan. Memang inilah yang saya buat dari dulu lagi.
Hendak lagi berkesan, beras pulut tadi dicampur dengan madu atau minyak zaitun,” ujar pemenang Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian di Anugerah Skrin 2019 ini. Patutlah kulit muka Zara cantik berseri saja. Ini rupanya rahsia cantik dia. Kena cuba ni!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!