DATIN PADUKA SUSAN MANEN

Aura juara Ratu Cantik Malaysia 1993 ini masih memukau walaupun beliau kini sudah pun bergelar ibu kepada empat anak! Baru selesai menjalani penggambaran drama bersiri Pengantin 1 Malam, kecantikan Datin Paduka Susan Manen Ibrahim dalam drama tersebut ternyata menjadi bualan ramai. Apatah lagi dalam usia lewat 40an namun Datin Paduka Susan masih kelihatan anggun dan awet muda. Pendek kata, kalau orang kata anak dara pun mesti ramai yang percaya. Beliau sememangnya seorang wanita cantik!

IKLAN

Hakikatnya selain rajin menjaga kesihatan dan kecantikan diri, isteri Datuk Paduka Mustapha Kamal ini juga difahamkan mempunyai darah kacukan Inggeris, Portugis dan Sinhalese. Selepas berjaya menjuarai pertandingan Ratu Cantik Malaysia, populariti Datin Paduka Susan terus melonjak dalam industri seni apabila beliau menerima tawaran berlakon dalam filem Penyu arahan Z.Lokman.

Aura Bekas Ratu Cantik, DATIN PADUKA SUSAN MANEN Macam Anak Dara Walau Anak Dah 4! Aura Bekas Ratu Cantik, DATIN PADUKA SUSAN MANEN Macam Anak Dara Walau Anak Dah 4!

Aura Bekas Ratu Cantik, DATIN PADUKA SUSAN MANEN Macam Anak Dara Walau Anak Dah 4!
Ketika penggambaran Pengantin Satu Malam

https://www.instagram.com/p/CFe6R6alpnH/

Pada tahun 1998, Datin Paduka Susan membuat keputusan memeluk agama Islam dan berkahwin dengan aktor berbakat besar, Datuk Paduka Mustapha Kamal. Sebaik mendirikan rumah tangga, beliau memperlahankan kerjaya seni demi memberi tumpuan kepada keluarga dan anak-anak.

Hasil perkongsian hidup selama lebih dua dekad, pasangan selebriti ini dikurniakan empat cahaya mata comel iaitu Sabella Qawiema, 21 tahun; Aulia Qayyiem, 19 tahun; Salsabil Qurani, 17 tahun dan Naqli Qaddiem berusia 9 tahun.

Kemunculan Datin Paduka Susan dalam drama Pengantin Satu Malam bermula 18 Ogos lalu mencuri tumpuan ramai kerana selain berlakon di samping suami tercinta kecantikan beliau yang kini meniti usia 46 tahun turut dikagumi penonton. Dengan sepasang mata cantik, hidung mancung dan bibir mungil… tidak hairanlah beliau tetap menjadi buruan pengarah dan agensi pengiklanan.

Aura Bekas Ratu Cantik, DATIN PADUKA SUSAN MANEN Macam Anak Dara Walau Anak Dah 4!
Di samping anak-anak tersayang

Aura Bekas Ratu Cantik, DATIN PADUKA SUSAN MANEN Macam Anak Dara Walau Anak Dah 4! Aura Bekas Ratu Cantik, DATIN PADUKA SUSAN MANEN Macam Anak Dara Walau Anak Dah 4! Aura Bekas Ratu Cantik, DATIN PADUKA SUSAN MANEN Macam Anak Dara Walau Anak Dah 4!

Melalui perkongsian di media sosial miliknya juga membuktikan Datin Paduka Susan seorang yang aktif bersukan dan gemar menyertai jungle trekking. Tidak hairanlah beliau mampu kekalkan bentuk tubuh seperti zaman anak dara dulu.

IKLAN

November tahun lalu, Datuk Paduka Mustapha Kamal dikurniakan darjah kebesaran Ahli Setia Mahkota Kelantan yang membawa gelaran Datuk Paduka pada Istiadat Pengurniaan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Kelantan sempena Hari Keputeraan Sultan Muhammad V ke-50, di Istana Balai Besar, Kota Bharu. Bersyukur dengan pengurniaan darjah yang diterima, aktor ini melahirkan penghargaan buat isteri tercinta.

Aura Bekas Ratu Cantik, DATIN PADUKA SUSAN MANEN Macam Anak Dara Walau Anak Dah 4! Aura Bekas Ratu Cantik, DATIN PADUKA SUSAN MANEN Macam Anak Dara Walau Anak Dah 4!

“Kejayaan seorang suami adalah kerana sokongan, dorongan dan dokongan seorang isteri. Tiga suku kekuatan yang ada dalam diri dan di jiwa suami adalah kerana isteri. Peranan isteri paling penting untuk kejayaan suami dan keluarga, berkat kesabaran dan kesungguhan usaha. Insya-Allah, Dia Maha Penyayang.”

IKLAN

 

 

 

Kredit: Instagram Susan Manen & Mustapha Kamal

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI