Yang Amat Arif (YAA) Tun Tengku Maimun Tuan Mat secara rasmi menamatkan perkhidmatannya sebagai Ketua Hakim Negara pada 1 Julai lepas selepas enam tahun berkhidmat dan melakar sejarah menjadi wanita pertama memegang jawatan itu.

Disifatkan seorang yang tegas dan bertanggungjawab sepanjang menggalas tugas itu, YAA Tun Tengku Maimun akui tidak pernah menyesal mahupun berkecil hati tidak ditawarkan untuk melanjutkan perkhidmatan berkenaan.

Sebaliknya anak jati Kota Bharu, Kelantan ini bangga kerana dapat memikul amanah dan menyempurnakan tugas sebagai hakim tertinggi negara.

Tun Tengku Maimun Bangga Galas Tugas Ketua Hakim Negara

Aura Tun Tengku Maimun, Tenang Bersara Ketua Hakim Negara Lepas 6 Tahun Berkhidmat! Aura Tun Tengku Maimun, Tenang Bersara Ketua Hakim Negara Lepas 6 Tahun Berkhidmat!

Ketika ditemu bual media di Mahkamah Persekutuan Tun Tengku Maimun berkata, “Tidak, tidak sama sekali. Sebab anda tahu menjadi Ketua Hakim Negara sebenarnya bukan impian saya.

Jadi bila sesuatu itu bukan impian anda, tetapi anda berada di kedudukan itu selama enam tahun dan saya sudah pun melengkapkan tempoh berkenaan. Sama ada saya mencapai sesuatu yang besar atau tidak, seperti yang saya katakan, itu bukan untuk saya tentukan.

Saya telah berkhidmat selama enam tahun dalam keadaan sihat dan bagi saya, itu satu nikmat yang besar.”

Ads

Beliau turut menyifatkan peluang berkhidmat dalam badan kehakiman sebagai satu penghormatan besar.

Aura Tun Tengku Maimun, Tenang Bersara Ketua Hakim Negara Lepas 6 Tahun Berkhidmat! Aura Tun Tengku Maimun, Tenang Bersara Ketua Hakim Negara Lepas 6 Tahun Berkhidmat! Aura Tun Tengku Maimun, Tenang Bersara Ketua Hakim Negara Lepas 6 Tahun Berkhidmat!

Meskipun kecil molek saja orangnya tapi kebijaksanaan Tun Tengku Maimun mengendalikan hal berkaitan perundangan tidak perlu dipertikai lagi. Beliau diberi kepercayaan menjadi Ketua Hakim Negara selepas Tan Sri Richard Malanjum bersara pada 12 April 2019.

Ads

Sebelum bersara wajib, Tun Tengku Maimun menyempurnakan tugas sebagai Ketua Hakim Negara dengan mempengerusikan dua prosiding termasuk rayuan akhir enam lelaki yang membunuh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Anthony Kevin Morais.

Beliau merupakan siswazah lulusan Universiti Malaya yang memulakan kariernya sebagai pegawai undang-undang di Lembaga Pembangunan Kelantan Selatan (KESEDAR) pada tahun 1982.

Aura Tun Tengku Maimun, Tenang Bersara Ketua Hakim Negara Lepas 6 Tahun Berkhidmat!

Ads

Memetik infomasi dari Bernama, pada 2 Oktober 2006 hingga 4 September 2007 Tun Tengku Maimun merupakan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Kemudian beliau dilantik menyandang jawatan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selama hampir empat tahun bermula 5 September 2007 hingga 31 Mac 2011.

Pada April tahun yang sama hingga 7 Januari 2013, Tun Tengku Maimun pernah menjadi Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Selangor seterusnya dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan Putrajaya yang berkhidmat selama hampir lima tahun bermula 8 Januari 2013 hingga 25 November 2018.

Tidak hanya terhenti di situ, Tun Tengku Maimun turut menerima pelantikan sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan Putrajaya mulai 26 November 2018 hingga 1 Mei 2019 sebelum diangkat sebagai wanita pertama dilantik selaku Ketua Hakim Negara.

Artikel https://www.nona.my/atlet-wanita-pertama-ke-olimpik-5-kali-ada-sarjana-datuk-leong-mun-yee-kini-bahagia-bergelar-ibu/

Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan YAA Tun Tengku Maimun dalam menerajui Badan Kehakiman Malaysia sepanjang memegang jawatan sebagai Ketua Hakim Negara.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI