Tiga tahun lalu saat hamil anak sulung, usahawan muda Ameera Zaini berdepan dugaan mengandung yang sangat mencabar. Bayangkan, pada awal kehamilan.. doktor memaklumkan peluang untuk Ameera mempunyai zuriat waktu itu adalah 50/50. Ini kerana dia mengalami morning sickness yang teruk dan bleeding sebanyak dua kali. Namun atas kehendak Allah, urusan ibu muda ini dipermudahkan sehingga proses kelahiran meskipun berdepan pelbagai cabaran.

Berkongsi pengalaman ‘mendapatkan’ Mateen, Meera yang merupakan pemilik label hijab Ameera Zaini memuatnaik sekeping gambar di Instagram miliknya beberapa hari lalu yang menceritakan memori indah dia dan suami ketika dikhabarkan berbadan dua.

Awal Kehamilan.. Peluang Dapat Anak 50/50, AMEERA ZAINI Positif Terima Takdir Allah!

“Ambil satu Al-Quran kat bilik mama, terus terbuka page ni, terselit gambar scan Mateen dalam perut dulu, dekat page Surah Maryam. Ramai yang tanya Meera apa amalan masa pregnant dulu. Meera rasa sama macam ibu-ibu yang lain sebab Meera pun rujuk ibu-ibu lain juga. Masa awal-awal pregnant dulu, Meera morning sickness yang teruk dan bleeding dua kali sampai doktor cakap chance masa tu 50/50 je. Alhamdulillah everything went well.

Meera baru ada satu je baby rasa tak layak nak bagi tip. So Meera sekadar share sahaja pengalaman Meera okay.”

Jadi, kepada bakal ibu yang mengalami situasi sama seperti Meera boleh praktikkan apa yang diamalkannya sewaktu hamil dulu. Mana tahu, tip ini juga berkesan untuk anda.

Awal Kehamilan.. Peluang Dapat Anak 50/50, AMEERA ZAINI Positif Terima Takdir Allah!

Awal Kehamilan.. Peluang Dapat Anak 50/50, AMEERA ZAINI Positif Terima Takdir Allah!

Tip Kehamilan Yang Diamalkan Ameera Zaini

  1. Doctor bagi injection untuk kuatkan rahim
  2. Meera banyak bedrest je sebab mabuk teruk
  3. Avoid fast food & junk food sebab tekak pun tak suka sangat waktu tu
  4. Makan folic acid / obimin / neurogain yang doktor bagi
  5. Minum susu kambing
  6. Amalkan pati delima untuk hilangkan loya
  7. Meera kurang suka kurma masa pregnant, Meera ganti dengan kismis
  8. Banyak makan fruits – suka sangat fruits masa pregnant and now Mateen pun sama
  9. Suka buah tembikai – untuk tambah air ketuban tapi kalau banyak sangat takut diabetic
  10. Minum air kelapa setiap hari masa 3rd trimester
  11. Baca / dengar Surah Maryam, Surah Yusuf & Surah Al Baqarah
  12. Doa secara spesifik permintaan kita dekat Allah – Nak anak yang sihat, cerdik, menyenangkan hati ibu bapa dan sebagainya
  13. Masa belum ada nama Meera panggil baby dalam perut dengan panggilan positif macam ‘Good Morning Handsome Boy, Good Morning Anak Soleh, Assalamualaikum Anak Mommy Yang Bijak, Anak Baik Mommy Dah Bangun Ke?’ sebab itu pun satu doa kan?

Awal Kehamilan.. Peluang Dapat Anak 50/50, AMEERA ZAINI Positif Terima Takdir Allah!

Kongsi Meera lagi, “Apa pun kesimpulannya, every pregnancy journey is different. Meera rasa kita semua mesti akan buat yang terbaik sahajakan untuk anak dalam kandungan kita. Meera doakan semua yang baca, yang sedang hamil dipermudahkan segala urusan dan untuk yang masih menunggu, teruskan berusaha dan berdoa sebab Allah dah aturkan masa yang terbaik untuk kita semua.”

Kagum dengan aura dan semangat positif Ameera! Moga perkongsian ini memberi inspirasi kepada semua untuk mempunyai zuriat kelak. InshaAllah.

Foto: Instagram Ameera Zaini

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI