Limfoma berlaku apabila sel-sel ini menjadi tidak normal dan membelah lebih cepat atau hidup lebih lama dari biasa. Limfoma boleh berlaku di beberapa bahagian tubuh contohnya nouds limfa, limpa, sumsum tulang serta organ lain tubuh.

Terdapat beberapa jenis limfoma yang dikenalpasti seperti Non-Hodgkins Limfoma dan Hodgkins Limfoma. Ia boleh melibatkan individu semua peringkat usia termasuklah dewasa dan kanak-kanak.

FAKTOR RISIKO

Secara umumnya, sebagaimana kebanyakan kanser lain, penyelidik masih belum dapat memastikan punca sebenar yang menyebabkan limfoma walaupun ia adalah lebih kerap berlaku kepada orang-orang tertentu.

Walau bagaimanapun, penyelidikan mengenal pasti faktor-faktor risiko tertentu yang menyebabkan kedua-dua jenis limfoma ini.

NON-HODGKINS LIMFOMA:

  • Umur biasanya antara 60 tahun ke atas.
  • Terdapat kadar berbeza bagi penghidapnya di seluruh dunia.
  • Etnik dan lokasi-biasanya di negara maju seperti Amerika Syarikat. Masyarakat Amerika berkulit putih lebih terdedah berbanding etnik Afrika Amerika mahupun Asia Amerika.
  • Bahan kimia dan radiasi, pendedahan kepada bahan-bahan kimia yang digunakan dalam bidang pertanian turut dikaitkan sebagai antara punca.
  • Kekurangan daya tahan sebagai contoh disebabkan oleh jangkitan HIV dan pemindahan organ.
  • Penyakit autoimun di mana sistem pertahanan badan menyerang sel badan sendiri.
  • Jangkitan b=virus dan bakteria tertentu yang meningkatkan risiko.

HODGKIN LIMFOMA

  • Jangkitan virus Epstein Barr
  • Umur-terbahagi kepada dua kumpulan tertentu-20an dan 55 tahun ke atas.
  • Jantina-kebiasaannya di kalangan lelaki
  • Keluarga-risiko lebih tinggi jika ada kembar seiras
  • Gaya hidup-mereka yang mengambil alkohol secara melampau.

Antara gejala dan simptom yang dikaitkan dengan kanser limfoma ialah:

  • Bengkak tanpa rasa sakit di bahagian leher
  • Ketiak atau kelipat pangkal paha
  • Penurunan berat badan mendadak
  • Hilang selera makan
  • Demam yang berpanjangan
  • Berpeluh secara tiba-tiba pada malam hari
  • Kesukaran bernafas
  • Kegatalan yang mungkin lebih selepas meminum alkohol.

RAWATAN DAN DIAGNOSIS

Sekiranya mana-mana individu mempunyai gejala ini, mereka dinasihatkan mendapatkan rawatan di hospital. Jiak diagnosis limfoma telah disahkan melalui biopsi, ujian lanjut akan dijalankan untuk menentukan peringkat kanser dan melihat sama ada ia telah merebak ke bahagian lain tubuh juga.

Sekiranya terdapat benjolan, pesakit mungkin dinasihatkan untuk diambil sampel tisu untuk mendapatkan diagnosis yang lebih tepat.

Bergantung kepada jenis dan tahap limfoma, rawatan limfoma mungkin melibatkan rawatan kemoterapi, rawatan radioterapi dan rawatan lain yang disyorkan oleh doktor. Tanpa rawatan khusus, penyakit ini boleh merebak dan menyebabkan maut. ROSMAH IDAYU ABU SAMAH

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI