Ads

Azrinaz Mazhar Hakim Jemput Rakan Selebriti Beraya Ke Rumah, Terpukau Tengok Mahligai Miliknya!

Sambutan Raya Azrinaz Mazhar Hakim
Sambutan Raya Azrinaz Mazhar Hakim

Lumrah bila jadi ‘public figure’ setiap gerak-geri dan penampilan pasti menjadi perhatian khalayak. Apatah lagi setiap kali menjelangnya Syawal. Platform media sosial ‘dibanjiri’ dengan himpunan foto serta video sambutan Raya daripada para selebriti dan individu berpengaruh yang meraih perhatian peminat khususnya warga maya.  

Artikel https://www.nona.my/anggun-dalam-busana-raya-puan-sri-normala-samsudin-syukuri-nikmat-bersama-keluarga-tiada-hasrat-menunjuk-bahagia/

Sambutan Hari Raya Azrinaz Mazhar Hakim

Terbaharu, kemeriahan Hari Raya Azrinaz Mazhar Hakim menarik tumpuan apabila bekas personaliti televisyen ini menganjurkan sesi Rumah Terbuka bersama sahabat-handai dan kenalan rapat di kediamannya.  

Azrinaz Mazhar Hakim Jemput Rakan Selebriti Beraya Ke Rumah, Terpukau Tengok Mahligai Miliknya! Azrinaz Mazhar Hakim Jemput Rakan Selebriti Beraya Ke Rumah, Terpukau Tengok Mahligai Miliknya! Azrinaz Mazhar Hakim Jemput Rakan Selebriti Beraya Ke Rumah, Terpukau Tengok Mahligai Miliknya!

Bukan calang-calang tetamu yang berkunjung ke rumah Azrinaz. Antara yang menerima jemputan ialah Dato’ Seri Aliff Syukri sekeluarga, Datuk Ziela Jalil, Datuk Mukhriz Mahatir dan isteri, To’ Puan Seri Norzieta Zakaria, Datuk Sheila Majid, Vie Shantie dan suami, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.  

Ads

Tidak ketinggalan, beberapa personaliti televisyen dan selebriti seperti Alif Satar, Nabil Ahmad dan isteri, Noor Nabila serta content creator, Rosix Omar.  

Selaku tuan rumah, Azrinaz Mazhar Hakim yang anggun mengenakan rona pastel merah jambu dan biru lembut mesra menyambut para tetamu di samping suami tercinta dan dua cahaya mata perempuan kesayangan.  

Azrinaz Mazhar Hakim Jemput Rakan Selebriti Beraya Ke Rumah, Terpukau Tengok Mahligai Miliknya! Azrinaz Mazhar Hakim Jemput Rakan Selebriti Beraya Ke Rumah, Terpukau Tengok Mahligai Miliknya! Azrinaz Mazhar Hakim Jemput Rakan Selebriti Beraya Ke Rumah, Terpukau Tengok Mahligai Miliknya! Azrinaz Mazhar Hakim Jemput Rakan Selebriti Beraya Ke Rumah, Terpukau Tengok Mahligai Miliknya! Azrinaz Mazhar Hakim Jemput Rakan Selebriti Beraya Ke Rumah, Terpukau Tengok Mahligai Miliknya! Azrinaz Mazhar Hakim Jemput Rakan Selebriti Beraya Ke Rumah, Terpukau Tengok Mahligai Miliknya!

Ujarnya, “A week after Raya still in festive mood and celebration. Syawal kita raikan. Yang jauh kita dekatkan. Yang dekat kita eratkan.” 

Ads

Seronok tengok ukhwah yang terjalin di antara mereka. Walau masing-masing terkenal dan berjaya dalam bidang yang diceburi namun tetap saling menyokong antara satu sama lain.

Kediaman Mewah Milik Azrinaz Mazhar Hakim

Lebih istimewa, para tetamu berpeluang menelusuri ruang kediaman mewah milik Azrinaz. Dari ruang tamu, dapur sehinggalah surau, kebanyakan mereka terpukau dengan dekorasi dan keluasan rumah agam isteri Fairos Khan tersebut.  

Menerusi video yang tular di media sosial, Dato’ Seri Aliff Syukri turut meluahkan rasa kagum melihat segenap ruang di rumah berkenaan dihias indah. Serba mewah dan eksklusif bak mahligai!  

Ads

Azrinaz Mazhar Hakim Jemput Rakan Selebriti Beraya Ke Rumah, Terpukau Tengok Mahligai Miliknya! Azrinaz Mazhar Hakim Jemput Rakan Selebriti Beraya Ke Rumah, Terpukau Tengok Mahligai Miliknya! Azrinaz Mazhar Hakim Jemput Rakan Selebriti Beraya Ke Rumah, Terpukau Tengok Mahligai Miliknya!

Azrinaz Mazhar Hakim yang kini meniti usia 46 tahun mendirikan rumah tangga bersama Fairos Khan Abdul Hamid pada 1 Mei 2018. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Areesya Malaykha dan Atheera Medina. 

Sebelum ini Azrinaz menerusi perkahwinan terdahulu bersama Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Pengiran Muda Abdul Wakeel dan Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah. 

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Inspirasi Lain

Datin Seri Maria Farida Injak Usia 57, Kecantikan Tak Pudar “Your...

Datin Seri Maria Farida masih kekal jelita dan awet muda pada usia 57 tahun. Ketahui rahsia sebenar kecantikannya yang ringkas tetapi memukau ramai.