
Pemakaian aksesori mampu menambah gaya seorang wanita agar tampil lebih menyerlah. Namun adakah anda tahu kuasa mutiara mampu memberikan kesan yang cukup memukau dalam penampilan anda?
Mungkin dahulukala, pemakaian aksesori mutiara didominasi oleh golongan bangsawan namun kini menjadi pilihan umum. Mutiara mampu menaikkan mood klasik dan elegan kepada si pemakai. Tidak perlu sarat dengan aksesori lain, cukup sekadar anting-anting dan rantai untuk look of the day anda.
Terdapat dua jenis mutiara, iaitu mutiara air masin (salt water pearls) dan mutiara air tawar (fresh water pearls). Harga mutiara air masin lebih mahal dari air tawar kerana sukar untuk mendapatkannya berbanding mutiara air tawar.


Mutiara air masin lebih berkilat berbanding air tawar. Cara paling mudah untuk mengetahui keaslian mutiara adalah dengan cara membakar mutiara itu, jika ia tidak cair bermakna mutiara itu adalah asli.
Cara menjaga aksesori mutiara:
- Elakkan daripada terkena minyak wangi, sabun, krim badan mahupun bahan peluntur.
- Elakkan mutiara daripada terkena peluh kerana ia boleh memberi tindak balas kimia terhadap warnanya.
- Bersihkan mutiara kamu setiap kali selepas memakai dengan kain lembut.
- Simpan di tempat yang kering dan elakkan menyimpan di tempat yang suhunya cepat lembap atau dalam tempat kedap seperti plastik kerana ia boleh memudarkan warnanya.
- Elakkan daripada memakai aksesori mutiara ketika melakukan sebarang aktiviti lasak.
TOPI Transform Imej Jadi Lebih Menonjol, Belum Cuba Belum Tahu!

Topi adalah antara aksesori tambahan untuk memberikan aura penampilan lebih menarik. Tetapi, aksesori ini lebih sensitif dan hanya mengikut trend semasa. Tidak seperti dulu, topi digunakan untuk halangan cahaya matahari. Kini, anda kelihatan lebih updated dan fashionable apabila menggayakan topi saat bersantai mahupun dalam janji temu bersama pelanggan.
Ramai juga tidak selesa dengan gaya bertopi. Sebaik anda mengenakan topi, imej bertukar ganti, seolah-olah aura anda memahat pandangan mata. Jangan pukau pandangan mata mereka dengan gaya topi yang tidak sesuai. Sebelum membeli, berdiri di hadapan cermin dan cuba satu persatu topi pilihan anda. Fikirkan gaya baju dan seluar yang sesuai dan pastikan dalam bayangan anda itu satu hal penting…situasi majlis yang ingin dihadiri.
Ikuti tip di bawah:
- Topi berkualiti adalah topi yang dijahit dengan ketelitian dan rapi jahitannya.
- Pastikan anda memakai topi dengan betul. Sentiasa ingat untuk melihat label terlebih dahulu untuk mengetahui di mana bahagian hadapan dan belakang topi.
- Cuba pelbagai posisi ketika mencuba topi. Lebih fleksibel kedudukannya, lebih mudah untuk anda menyesuaikan dengan gaya penampilan berbeza.
- Pemakaian topi terlalu rapat dengan kening mencipta kesan fesyen lebih chic. Tetapi, apabila anda mengadakan pertemuan yang memerlukan komunikasi dua hala, gaya topi begitu kelihatan janggal. Anda seolah-olah menyembunyikan sesuatu.
- Pemakaian topi secara mendongak akan memberi ilusi wajah lebih kurus dan runcing.
- Topi berbentuk bulat boleh mengurangkan bentuk wajah petak.
- Topi anda tidak seharusnya lebih besar dari bahu atau lebih kuncup dari dandanan rambut anda.
Kenali wajah sebelum memilih topi
- Jika anda bertubuh kecil
- Jangan memilih topi terlalu besar. Anda pastinya tidak mahu menyusahkan orang lain untuk melihat wajah anda yang tersembunyi di sebalik topi.
- Topi dari rona terang sesuai untuk anda. Sekurang-kurangnya, anda boleh menarik perhatian dengan mengenakan topi yang bersesuaian.
- Topi bersaiz besar hanya membuatkan anda kelihatan seperti gambar berbingkai.
- Jika anda bertubuh tinggi
- Kebanyakan wanita bertubuh tinggi tidak suka mengenakan topi. Seandainya anda berubah fikiran dan ingin tampil berbeza, topi beret rona cerah membantu mengurangkan penampilan lebih maskulin yang sering dikaitkan dengan wanita tinggi.
- Tidak perlu memilih bentuk topi terlalu menonjol kerana wanita bertubuh tinggi sudah mempunyai figura meyakinkan.
- Jika anda mempunyai bentuk muka panjang dan tirus
- Elakkan topi berbentuk tinggi kerana akan menambahkan ilusi wajah anda yang lebih panjang.
- Pilih topi berbentuk lebar dengan permukaan berombak.
- Jika anda mempunyai bentuk muka bulat
- Elakkan membeli topi berbentk bulat dan mempunyai permukaan berombak.
- Topi bersaiz lebih besar dari wajah anda adalah pilihan terbaik.
- Jika wajah anda berbentuk oval
- Apa sahaja stail topi sesuai untuk anda.
- Gunakan kelebihan ini sepenuhnya dengan mencuba pelbagai gaya yang sesuai dengan anda.TIP MEMILIH FEDORA
- Pilih warna bersesuaian dengan kulit anda. Memandangkan topi jenis ini menutupi bahagian dahi, wara yang kurang sesuai boleh merosakkan penampilan anda.
- Pilih fedora yang boleh mengurangkan ilusi wajah sama ada bulat atau bersegi. Jika berwajah bulat atau bersegi, fedora dari yang sedikit tinggi mampu menyembunyikan bentuk wajah anda manakala fedora leper cantik pada wanita berwajah bujur.
- Seimbangkan imej pemakaian fedora dengan saiz tubuh. Fedora lebih kecil sesuai untuk wanita bertubuh kecil molek. Bagi anda yang mempunyai bahu dan pinggul lebih besar, fedora bersaiz besar sesuai untuk anda kerana mampu memberi keseimbangan pada keseluruhan penampilan.
- Berhati-hati ketika memilih saiz fedora. Jika ianya terlalu besar, anda pasti sukar untuk menyesuaikan diri manakala jika ianya terlalu ketat, anda pasti mengalami masalah kegatalan kulit kepada.
- Fedora perlu diletakkan pada kedudukan betul. Cuba perhatikan bagaimana fedora itu mampu menepati cita rasa anda kerana bimbang anda kelihatan pelik saat menggayakannya.
- Pastikan gaya rambut anda kelihatan cantik apabila membuka fedora. Gaya ponytail pada sebelah bahagian antara gaya rambut ringkas dan tidak menjejaskan penampilan anda walaupun sewaktu anda menanggalkan fedora.
Piilih Baju Yang Sesuai dan Selesa, Barulah Khusyuk Nak BERIBADAH

Setiap orang muslim pastinya teruja untuk menunaikan umrah di tanah suci. Tambah-tambah lagi buat mereka yang pertama kali berkesempatan untuk pergi ke sana. Pelbagai persiapan dibuat bagi memastikan ibadah yang ingin dibuat berjalan lancar dan sempurna. Namun bagi wanita, kadangkala pemilihan pakaian ataupun outfit planning bukan diantara kebimbangan pertama yang ditekankan
Tetapi khusus untuk perempuan, sebenarnya pemilihan pakaian sesuai adalah amat penting untuk memudahkan pergerakan dan keselesaan untuk beribadah di sana. Di sini kami kongsikan beberapa tips untuk memilih pakaian yang benar-benar sesuai dibawa ke tanah suci. Jangan termakan dengan pemasaran produk yang dijual, sebab boleh jadi ianya langsung tak sesuai untuk ibadah umrah. Jom Nona kongsiakn tip pakaian sempurna ketika menunaikan ibadah umrah!
PEMILIHAN JUBAH
Sebaiknya, jubah yang dibawa selesa dipakai, tidak meleret dan tidak terlalu nipis atau tebal. Di dalam Masjid Nabawi dan Masjidil Haram sebenarnya sangat sejuk kerana dipasang penghawa dingin, jadi sebaiknya pakai baju yang tidak terlalu nipis dan tidak terlalu tebal. Elakkan membawa cardigan atau jaket kerana ini akan membataskan pergerakan kita dan menyusahkan proses mengambil wudhu. Di Masjidil Haram khususnya, agak sukar untuk mengambil wudhu kerana lokasi tandas dan tempat ambil wudhu yang terletak jauh di luar masjid. Sebaiknya, pilih baju yang sedia wudhu-friendly supaya kita boleh mengambil wudhu menggunakan air yang dibawa di dalam botol.
JUBAH JENIS SELUAR
Kami sarankan membawa sekurang-kurangnya satu atau dua pasang jubah seluar atau jubah Kardigan yang boleh dipakai bersama seluar di dalam.Ketika di bumi Mekah dan Madinah, kita akan dibawa ke kawasan bukit seperti Bukit Uhud dan Jabal Rahmah. Semestinya jemaah ingin menaiki bukit tersebut untuk menghayati sejarahnya. Sebaiknya pakailah jubah seluar untuk memudahkan pergerakan dan menjaga aurat ketika mendaki bukit. Kalau ingin memakai jubah biasa, pastikan seluar yang dipakai di dalam tidak ketat ya!
PAKAIAN YANG TIDAK BERKEDUT
Masa yang terluang semestinya kita ingin mengisinya dengan beribadah, bukannya dengan seterika dan tudung dan baju yang sukar di-iron! Walaupun khimar amat digemari untuk dipakai di sana, material yang biasa digunakan untuk membuat khimar sangat tidak iron-friendly dan kadangkala akan memakan masa sebanyak setengah jam untuk di-seterika. memang nampak flowy, sweet dan anggun, tetapi jika tak di-seterika dengan betul, nampak macam longgokan kain yang berkedut-kedut! Ketika menunaikan umrah, badan kita akan penat dengan tawaf dan saie, ditambah pula dengan tidur yang tidak cukup kerana ingin mengejar masa di masjid untuk beribadah. Masa yang terluang biasanya digunakan untuk berehat secukupnya. Stressnya jika masa berehat kita diambil dengan keperluan untuk iron baju!
TUDUNG INSTANT
Ini antara keputusan yang paling baik dalam pemilihan hijab umrah. Terdapat banyak tudung instant yang boleh didapati dipasaran namun pemilihan tudung tersebut perlulah mematuhi syariat islam. Pemilihan shawl atau selendang akan memakan masa untuk memakainya.Sebaiknya, kita ingin memelihara wudhu, dan tudung yang dipakai dibawa terus untuk bersolat, terutamanya ketika berhenti untuk berniat di miqat. Jika perlu ambil wudhu sekalipun, tudung yang dibawa haruslah senang dibuka dan dipakai semula, kerana kadangkala kita digesa untuk cepat di atas kekangan waktu atau mengejar waktu solat fardhu di masjid.
PAKAIAN YANG RINGAN
Biasanya, setiap jemaah diberi had sebanyak 30kg untuk mengisi bagasi. Mungkin kita tidak berniat untuk membeli-belah ketika di tanah suci, tetapi semestinya kita ingin membeli beberapa hadiah buat insan-insan tersayang di tanah air. Baju yang dibawa juga haruslah agak ringan, dan tidak terlalu tebal sehingga beg yang dibawa menjadi berat. Ini akan menyukarkan kita untuk bergerak, dan kita juga tidak akan dapat mengisi beg dengan pelbagai hadiah seperti kurma dan air zam-zam.
Lebih Glamor, Sentuhan Giovanna Engelbert Serlah Identiti Baharu Swarovski

Semenjak 126 tahun lalu, Swarovski sering menghamparkan pelbagai rekaan kristal yang hebat buat penggemarnya. Terkini, pembuat kristal terbesar di dunia ini merombak semula identiti jenama tersebut di bawah pimpinan Pengarah Kreatif, Giovanna Engelbert.
Sempena lantikan Giovanna Battaglia Engelbert pada Mei tahun lalu, wanita Itali ini diberi tugasan untuk menentukan hala tuju kreatif Swarovski. Ini termasuklah rekaan kristal, perhiasan barangan kemas, kolaborasi pereka, cermin mata hitam, mekap dan sebagainya.
Dengan semangat satu visi, satu strategi dan satu organisasi, transisi Swarovski kini giat memfokuskan penghasilan kristal Swarovski yang lebih eksklusif serta menumpukan gaya hidup high-end.


Rombakan baru ini turut menyaksikan perubahan ikon jenamanya, The Swarovski Swan. Sejak dulu lagi, burung angsa putih selalu melambangkan keindahan alam dan keabadian cinta, selari dengan kecintaan Swarovski terhadap kristal.
Dengan hala tuju ini, ikon angsa putih itu diberi sentuhan baru. Emblem ikonik terbaharu Swarovski terus megah mewarisi kemasyhurannya serta momentum lebih bertenaga. Head on, poised to take flight!

THE SWAROVSKI WONDERLAB
Seperti pertemuan magis dan sains, Wonderlab menitip pengalaman berbeza di dunia baru Swarovski.
Impian menjelmakan The Swarovski Wonderlab menjadi nyata dengan pembukaan 28 butik Instant Wonder baharu. Pelancaran pertama telah diadakan kelmarin di Milan’s Galleria (23 Februari 2020), sementara selebihnya bakal dibuka di Amerika Utara, Eropah dan Asia Pasifik. Ia termasuklah di lokasi terkemuka di Paris dan New York.




Masih mengekalkan identiti terdahulu, pengunjung yang tiba akan disambut dengan ruang jualan sensorial. Garapan rona-rona dan tekstur berani bagai dorongan untuk bereksplorasi sambil mewujudkan suasana selesa untuk mengekspresikan diri sendiri.
Seperti mimpi riang di taman candy, butik Swarovski Instant Wonder juga dipenuhi spektrum iluminasi kristal dalam rekaan item gaya hidup. Ini tentunya himpunan barangan kemas, jam tangan, figurines dan aksesori Swarovski yang menjadi igauan ramai.
Serentak dengan pembukaan Swarovski Instant Wonder adalah activations secara langsung dan digital menerusi lawatan maya, pratonton koleksi dan inspirasi gaya hidup yang dekat di jiwa pengunjung. Ia adalah sebuah dunia Swarovski yang indah dan mengujakan.
Tak sabar nak tengok butik Swarovski Malaysia dengan identiti baru ni. Sama-sama kita nantikan perkembangannya!