Aura dan wajah cantik Kristine Hermosa dalam drama popular Filipina, Pangako Sa’yo suatu masa dulu masih terpahat kemas di hati peminat hingga sekarang meskipun sudah lebih dua dekad berlalu. Pernah mencipta fenomena di Malaysia menerusi rantaian drama bersiri tersebut, Kristine kembali digandingkan bersama aktor utama Pangako Sa’yo iaitu Jericho Rosales menerusi Sanay Wala Nang Wakas sekitar tahun 2003.

IKLAN

Kristine yang kini meniti usia 38 tahun menikmati hidup bahagia di samping keluarga tersayang. Tidak hanya dikurniakan seorang suami yang romantik dan penyayang, Kristine cukup bertuah kerana turut mempunyai empat cahaya mata yang comel dan bijak!

Lebih istimewa, aktres yang dilahirkan di Masbate, Filipina ini selamat melahirkan anak kelima pada 3 Ogos 2021. Meriahnya keluarga besar aktres jelita tersebut!

Difahamkan isteri kepada Oyo Sotto ini menamakan anak kelima mereka Vittorio Issac.

Bahagia Bergelar Ibu 5 Anak,  Pesona Wajah Cantik KRISTINE HERMOSA Tetap Memikat!

Bahagia Bergelar Ibu 5 Anak,  Pesona Wajah Cantik KRISTINE HERMOSA Tetap Memikat! Bahagia Bergelar Ibu 5 Anak,  Pesona Wajah Cantik KRISTINE HERMOSA Tetap Memikat! Bahagia Bergelar Ibu 5 Anak,  Pesona Wajah Cantik KRISTINE HERMOSA Tetap Memikat! Bahagia Bergelar Ibu 5 Anak,  Pesona Wajah Cantik KRISTINE HERMOSA Tetap Memikat! Bahagia Bergelar Ibu 5 Anak,  Pesona Wajah Cantik KRISTINE HERMOSA Tetap Memikat!

Kristine dan Oyo Sotto berkahwin pada Januari 2011 selepas lebih setahun bercinta. Pasangan ini juga dikatakan mula berkenalan pada tahun 2004 ketika sama-sama menjayakan drama ‘Enteng Kabisote’. Oyo merupakan anak kepada pelakon komedi veteran Filipina, Vic Sotto.

Sebelum berkahwin, Kristine dan Oyo nekad mengambil seorang bayi lelaki sebagai anak angkat mereka yang diberi nama Kristian Daniel Sotto yang kini berusia 14 tahun. Mereka kemudian menerima kehadiran anak kandung sulung, Ondrea Bliss Sotto pada tahun 2011.

Tiga tahun berikutnya, Kristine melahirkan Kaleb Hanns Sotto dan Marvic Valentin Sotto II pada tahun 2016.

IKLAN
Bahagia Bergelar Ibu 5 Anak,  Pesona Wajah Cantik KRISTINE HERMOSA Tetap Memikat!
Di samping anak angkatnya yang kini berusia 14 tahun

Bahagia Bergelar Ibu 5 Anak,  Pesona Wajah Cantik KRISTINE HERMOSA Tetap Memikat! Bahagia Bergelar Ibu 5 Anak,  Pesona Wajah Cantik KRISTINE HERMOSA Tetap Memikat! Bahagia Bergelar Ibu 5 Anak,  Pesona Wajah Cantik KRISTINE HERMOSA Tetap Memikat! Bahagia Bergelar Ibu 5 Anak,  Pesona Wajah Cantik KRISTINE HERMOSA Tetap Memikat! Bahagia Bergelar Ibu 5 Anak,  Pesona Wajah Cantik KRISTINE HERMOSA Tetap Memikat!

Ini merupakan perkahwinan kedua Kristine. Terdahulu, Kristine pernah berkahwin dengan Diether Ocampo namun bercerai pada tahun 2009.

Bahagia Bergelar Ibu 5 Anak,  Pesona Wajah Cantik KRISTINE HERMOSA Tetap Memikat! Bahagia Bergelar Ibu 5 Anak,  Pesona Wajah Cantik KRISTINE HERMOSA Tetap Memikat! Bahagia Bergelar Ibu 5 Anak,  Pesona Wajah Cantik KRISTINE HERMOSA Tetap Memikat! Bahagia Bergelar Ibu 5 Anak,  Pesona Wajah Cantik KRISTINE HERMOSA Tetap Memikat!

IKLAN

Pemilik nama Kristine Hermosa Orille-Sotto ini mula bergelar anak seni sejak tahun 2000 dan merupakan anak kedua daripada empat beradik. Difahamkan Kristine mewarisi kecantikan ibu tersayang yang mempunyai darah kacukan Sepanyol sementara bapanya pula berketurunan Filipina – Cina.

 

 

Sumber: News ABN CBN
Kredit foto: Instagram Kristine Hermosa

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI