Tiada wanita yang ingin tampil serabai dan tidak bergaya. Karakter wanita boleh dinilai dengan cara mereka berpakaian. Tiada peraturan khusus ketika anda memilih gaya untuk penampilan anda. Anda boleh memilih untuk kelihatan elegan atau punk, trendy atau kasual namun pastikan anda tidak kelihatan murah atau selekeh dan hal ini tidak ada kena mengena dengan harga pakaian anda. Namun, banyak perkara yang boleh membuatkan penampilan anda nampak tidak bergaya.

Nona senaraikan 5 gaya fesyen yang boleh membuatkan anda nampak tidak menarik!

Ads

 

WARNA PELIK

Penggayaan warna neon sememangnya sesuai untuk parti mahupun majlis yang meriah namun jika anda cuba untuk menggayakannya dalam gaya seharian, cubaan anda akan mengalami kegagalan. Sekiranya minat anda pada warna garang yangtidak boleh dibendung, apa yang boleh  anda lakukan  ialah dengan  mengurangkan tona pada warna pakaian anda.

BAHAYA! Jangan Tiru 5 Gaya Fesyen Ni Kalau Nak Nampak Menarik

 

KILAUAN BERLEBIHAN

Peraturan penting yang seharusnya anda ingat adalah perhiasan rhinestone perlu disesuaikan dengan acara yang sesuai. Mungkin pada acara makan malam atau di majlis yang tertentu. Menggunakan perhiasan batu permata palsu pada pakaian kasual yang dipakai setiap hari mungkin akan menjejaskan gaya anda.

BAHAYA! Jangan Tiru 5 Gaya Fesyen Ni Kalau Nak Nampak Menarik

 

AKSESORI

Ads

Bukan pemakaian aksesori yang menjadi masalah disini tetapi kuantiti dan kaitannya dengan acara yang dihadiri itu yang penting. Terutama sekali jika anda memakai aksesori yang diperbuat daripada logam dan dipadankan dengan aksesori yang lain. Ini akan membuatkan penampilan anda tampak serabut. Ingat peraturan less is more. Padankan  subang kecil dengan pakaian formal anda untuk memberikan perhatian  lebih kepada pakaian anda.

BAHAYA! Jangan Tiru 5 Gaya Fesyen Ni Kalau Nak Nampak Menarik

 

KASUT PUTIH

Ads

Percaya atau tidak penggunaan kasut putih (melainkan kasut sukan ataun sneakers) tidak lagi menjadi  trend fesyen. Malah pengantin juga akan memakai kasut dengan  rona yang berbeza. Menggayakan rona putih dari atas sampai bawah mungkin agak sukar untuk gaya seharian. Pilihan yang terbaik untuk menggayakan kasut berwarna nude. Rona ini sesuai dipadankan dengan apa jua warna yang ada di dalam gerobok fesyen anda.

BAHAYA! Jangan Tiru 5 Gaya Fesyen Ni Kalau Nak Nampak Menarik

 

BARANGAN TIRUAN

Kebanyakan pengilang menggelarkan barangan ini sebagai replika namun ia tidak menjadikannya sebagai barangan  yang asal. Barangan yang berkualiti rendah dari kedai diskaun tidak ada kaitan dengan perkeka fesyen terkenal di dunia. Oleh itu, beli barangan fesyen yang membolehkan anda berpakaian  dengan gaya anda sendiri tanpa perlu anda membebankan kewangan anda.

BAHAYA! Jangan Tiru 5 Gaya Fesyen Ni Kalau Nak Nampak Menarik

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI