Sememangnya sambutan Syawal tahun ini kita bakal merayakannya dalam norma baharu namun persediaan untuk menyambut bulan yang mulia itu tidak harus diabaikan. Selebriti terkenal tanahair Rozita Che Wan berharap tahun ini dapat menyambut hari raya di kediaman baharunya bersama keluarga tercinta.
IKLAN
Foto: Koleksi Rozita Che WanFoto: Koleksi Rozita Che Wan
“Saya berharap hasrat untuk berpindah ke kediaman baharu akan jadi kenyataan tahun ini. Kalau tak ada aral saya akan masuk rumah itu sebelum raya nanti. Harapnya dapatlah beraya di rumah baru.
Foto: Koleksi Rozita Che WanFoto: Koleksi Rozita Che Wan
Sebenarnya, sejak tahun lalu, ketika pandemik melanda, saya bertukar kontraktor kerja pengubahsuaian sebanyak tiga kali. Ada yang menipu, jadi itulah punca urusan berpindah ke rumah baharu jadi tertangguh,” kata isteri kepada Zain Saidin ini.
Foto: Koleksi Rozita Che Wan
Tanggal 9 Mac lalu juga merupakan tarikh kelahiran wanita tinggi lampai ini dan genap usianya 48 tahun. Bagi meraikan hari jadinya Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta ini membuat kelainan dengan mengadakan majlis kesyukuran berbentuk kuliah Dhuha di premis acara Aman House di ibu kota dengan mengundang pendakwah bebas, Syamsul Debat.
Foto: Koleksi Rozita Che Wan
Ibu kepada tiga cahaya mata ini menyenangi cara Syamsul Debat berkongsi ilmu dan nasihat. “Ada usikan dan lawaknya memang betul betul kena tepat kepada batang hidung sendiri. Ia jadi teguran bermakna dan cerminan untuk diri sendiri. Jujur rasa tak puas mendengar kuliahnya ketika itu sebab dia perlu bergegas ke tempat lain,” kata kakak kepada selebriti Ayu Raudhah ini.
IKLAN
Foto: Koleksi Rozita Che Wan
Rezeki wanita ini begitu murah dan bersyukur kerana terus diberi mandat mempromosikan jenama Habib Jewel untuk tahun ketiga. Rozita juga semakin aktif dalam dunia lakonan dan bakal berpuasa di set penggambaran pada tahun ini.
IKLAN
Foto: Koleksi Rozita Che Wan
“Insya-Allah hujung bulan ini kalau tak ada aral melintang, saya akan ke Perlis untuk penggambaran drama 13 episod, Ayahanda terbitan Zeel Production. Drama itu arahan Datuk Ahmad Tarmimi Siregar. Ia turut dibintangi Fauziah Ahmad Daud dan Shahrolnizam Nor.
Foto: Koleksi Rozita Che Wan
Nampak gayanya saya akan menyambut Ramadan di sanalah kerana penggambaran drama itu 100 peratus dilakukan di sana,” katanya yang baru saja selesai menjalani penggambaran drama Dia Isteriku berganding dengan Hafidz Roshdi untuk TV AlHijrah.
Setiap makanan punya khasiat tersendiri dan bermanfaat untuk kesihatan. Bukan sekadar diamalkan begitu sahaja, ia juga boleh dijadikan sebahagian daripada bahan penambah perisa. Selain itu, ia juga berguna untuk membantu merawat atau mengurangkan penyakit seperti kolesterol, darah tinggi dan kenaikan gula dalam darah. Jadikan ia amalan seharian, mana tahu ia menjadi penawar kepada masalah kesihatan anda.
Tanpa sedar, banyak antara makanan kita mempunyai nilai-nilai perubatannya yang dapat membantu menurunkan tahap gula dalam darah.
CERI
Ceri mengandungi serat, vitamin A dan C. Selain itu, ia mengandungi bahan kimia semulajadi dikenali sebagai anthosyanin yang boleh membantu menurunkan tahap gula darah pada penghidap diabetes. Dalam kajian yang diterbitkan oleh Jurnal Pertanian dan Makanan Kimia mendapati ia boleh mengurangkan pengeluaran insulin sebanyak 50 peratus. Antosionin juga boleh melindungi daripada penyakit jantung dan kanser.
Lain-lain kebaikan ceri
Meningkatkan sistem imuniasi badan.
Memperbaiki peredaran darah.
Membantu melawan lelah
Membantu mengurangkan sakit radang tenggorok.
CUKA
Cuka digunakan sejak berabad yang lalu. Antara buah yang biasa digunakan untuk dijadikan cuka ialah anggur, tamar, buah tin, epal dan pir. Ia juga disediakan daripada nira kelapa, nira nipah, beras dan gula tebu. Cuka didapati dapat menghalang kenaikan paras gula dalam darah. Ia juga bertindak sebagai insulin. Cuka mengimbangi gula lebih baik pada individu pradiabetik berbanding yang sensitiviti insulin normal.
Lain-lain kebaikan cuka
Membantu mencegah pembentukan penyakit berkaitan pembengkakan seperti bisul dan kanser.
Membantu membuang darah kotor dan melancarkan peredaran darah.
KULIT KAYU MANIS
KAjian yang diterbitkan oleh Jurnal Diabetes Care menunjukkan bahawa kulit kayu manis boleh menyebabkan otot dan sel hati bertindak balas lebih mudah kepada insulin. Ia dengan itu meningkatkan penurunan berat badan. Tindak balas lebih baik terhadap insulin bermakna baki gula dalam darah yang lebih bermakna.Ia menyebabkan insulin dilepaskan ke dalam tubuh.
Lain-lain kebaikan kulit kayu manis
Membantu mengatasi masalah pencernaan.
Membantu mencegah makanan daripada cepat busuk atau rosak.
Merangsang peredaran darah terutamanya pada jari tangan atau kaki. ROSMAH IDAYU ABU SAMAH
Kaum wanita dan bentuk badan sangat sinonim. Jangan sesekali berani mempersoalkan berat badan atau bentuk tubuh mereka apalagi memberikan komen negatif secara melulu di hadapan mereka mengenai bentuk tubuh kerana ia menjadi isu yang sangat sensitif.
Disebabkan kebanyakkan wanita kini lebih ‘terinspirasi’ melihat selebriti menjaga tubuh badan, apakata jika anda mencuba diet yang diamalkan selebriti antarabangsa ini untuk mendapatkan bentuk tubuh idaman. Mula-mula memang susah tetapi lama kelamaan anda tentu sudah terbiasa. Lebih seronok apabila melihat hasilnya nanti.
DIET HCG
Dramatis Laura Prepon daripada program popular ‘That 70’s Show’ mengakui bahawa metabolisme dirinya kucar-kacir akibat mencuba pelbagai jenis diet. Antaranya, diet HCG atau human chorionic gonadotropin yang melibatkan suntikan hormon daripada ekstrak urin wanita hamil.
DIET VEGAN MENTAH
Bintang tenis, Venus Williams yang didiagnosis dengan sindrom Sjogren pada tahun 2011 telah mengamalkan diet vegan mentah. Ini bermakna, pengambilan makanan hariannya hanya merangkumi buah dan sayuran mentah sepenuhnya.
DIET LIMA TANGAN
Selepas kelahiran anak perempuannya pada Julai 2011, Victoria Beckham tekad untuk kembali ke saiz 0 untuk menghadiri satu majlis pertunjukkan fesyen. Strategi yang digunakan adalah dengan hanya mengambil makanan berprotein tinggi bersaiz segenggam tangan.
Wow, ternyata diet ini sungguh berkesan pada Victoria kerana sehingga kini dia masih mengekalkan tubuh yang langsing. Walaupun sudah berusia 46 tahun, dia masih cantik dan langsing. She’s aging gracefully!
DIET SUP SELADA AIR
Di usia 54 tahun, siluet tubuh aktres British popular, Elizabeth Hurley masih cantik bagaikan anak dara. Bagaimanakah beliau berjaya mengekalkan bentuk badannya? Menurut Daily Mail, setiap hari beliau minum sekurang-kurangnya enam cawan sup selada air untuk menurunkan berat badan. Hasilnya? Mengagumkan!
DIET CUKA EPAL CIDER
Khas untuk transformasi bentuk badan idamannya, bintang filem seksi Megan Fox mengamalkan diet cuka epal cider untuk kembali langsing. Beliau percaya bahawa diet ini berkesan untuk menyingkirkan lebihan cecair dari tubuhnya dan meningkatkan metabolisme meskipun pakar perubatan mendakwa sebaliknya.
6
DIET MAKANAN BAYI
Keanak-anakan? Inilah diet yang diamalkan oleh bintang ‘Friends’, Jennifer Aniston. Menurut laporan, beliau mengamalkan diet makanan bayi yang bersumberkan puri, bersaiz kecil dan tulen untuk mengawal berat badan. Setiap hari, sebanyak 14 hidangan makanan bayi diambil untuk tujuan ini.
DIET LIMAU GEDANG
Semenjak tahun 1930-an, diet ini telah wujud dengan pengambilan separuh daripada buah limau gedang sebelum makan. Peminat diet ini menyatakan bahawa buah ajaib ini mengandungi sejenis enzim yang menggalakkan proses pembakaran lemak. Diet limau gedang diamalkan oleh bekas peragawati Calvin Klein, Brooke Shields, untuk mengekalkan siluet tubuhnya.
DIET MASTER CLEANSE (JUS LEMON)
Penyanyi dan pelakon Beyonce yang terkenal dengan gelaran Bootylicious tersebut mengamalkan diet pembersihan unggul ini untuk menguruskan badan. Minuman jus lemon yang diambilnya dikatakan berkesan untuk kurus dengan cepat. Diet ini memerlukan enam atau lebih hidangan jus sehari, di samping herba laksatif untuk mempercepatkan pembuangan.
Tiada ketentuan yang menyatakan lelaki hanya harus menikahi wanita yang lebih muda. Jadi tentunya, jangan menjadi halangan apabila berlakunya cinta seorang lelaki dengan wanita yang lebih berusia darinya.
Wanita berusia masih mampu menjadi magnet bagi lelaki, terutama yang muda dan segar. Kecenderungan ini mungkin juga disebabkan oleh kehidupan dari masa kecil yang terlalu menjadikan ibu sebagai idola. Secara tidak langsung merakamkan emosi kasih sayang dari seorang wanita yang lebih berusia dan matang , berperanan seperti seorang ibu.
Anda terjebak! Ketahui dengan lebih mendalam mengapa wanita berusia menjadi pilihan dan apa yang perlu anda lakukan untuk memastikan hubungan ini kekal berpanjangan.
WANITA BERUSIA MENJADI PILIHAN Lebih Matang
Dahulu anda mempunyai teman wanita yang lebih muda atau sebaya. Anda pasti sentiasa menjadi ‘bodyguard’ ke sana-sini, mendengar kata-kata dan terpaksa memanjakannya. Keadaan ini mungkin berbeza dengan wanita lebih berusia kerana mereka memiliki latar belakang pengalaman hidup yang lebih banyak dan matang menghadapi kehidupan. Kedewasaan ini membuatkan mereka boleh berdikari sendiri dan tidak terlalu berharap dengan anda. Wanita matang biasanya cenderung lebih berfikir dan mengambil setiap keputusan dengan tindakan rasional, hampir sama dengan tahap pemikiran seorang lelaki.
Pengalaman
Mungkin ini alasan yang anda cari sebenarnya… Wanita lebih berusia biasanya lebih berpengalaman. Ini mungkin perkara baru bagi anda, tambahan pula anak muda mempunyai kecenderungan bereksperimen. Namun ada wanita yang berada di ambang 40an memiliki keterbatasan. Untuk mengimbangi keadaan ini, kedua-duanya perlu mempunyai rasa romantis yang kuat, yakinkan diri anda menerimanya kerana rasa kasih dan sayang serta perhatian.
Punya Kerjaya
Kebanyakan wanita berusia yang masih single, biasanya adalah wanita yang menghabiskan banyak masanya dengan kerjaya dan mempunyai sumber kewangan kukuh. Insan begini biasanya tegas, bijak membuat keputusan dan lebih dominan. Untuk berhadapan dengan wanita begini, sebaiknya jaga sikap dan tidak keterlaluan bila berbicara. Jangan membandingkan kerjaya anda dan si dia. Jangan pula berniat untuk bersamanya kerana harta kerana si dia mudah sekali menutup pintu hatinya untuk anda.
Kematangan Usia
Wanita yang berusia lebih matang dan bijak menyelesaikan masalah, berbanding anda yang muda mungkin masalah kecil sudah di anggap terlalu besar masalahnya. Keadaan inilah kehadiran wanita lebih berusia sering memberi bimbingan yang anda perlukan. Mereka juga sering kali mengjadi queen control, tetapi anda sebagai lelaki tetap menjadi ketua. Wanita kurang egonya, anda tidak perlu menjadi keanak-anakan tetapi memiliki sikap bertanggungjawab agar menjadi lebih matang. Seimbang sebuah perhubungan itu.
MASALAH YANG BAKAL TIMBUL
Wanita lebih cepat berusia daripada lelaki. Umur kecantikan wanita sangat terbatas, dan kecantikan wanita lebih cepat pudar setelah melahirkan anak. Kecantikan wanita beransur-ansur akan semakin sirna di atas usia 35, tetapi sebaliknya banyak lelaki yang semakin memikat hati wanita di usia mapan 40. Jadi misalnya isteri lebih tua 5 tahun dari suami, saat suami berusia 40 tahun dan terlihat sangat gagah, isteri sudah berusia 45 dan akan terlihat jauh lebih tua dari suami. Tentu saja pandangan orang lain tidak semestinya menjadi halangan bagi kedua insan yang memang tulus saling mencintai, tetapi keduanya perlu bersiap dan menguatkan tekad sehingga bisa menghadapi permasalahan ini di kemudian hari. Jika cinta itu ikhlas, pedulikan apa masyarakat luar katakan! Janji ada bahagia…
Tenaga lelaki akan terus menyala sampai tua, bahkan sampai ajal menjemput. Sedangkan tenaga wanita ada batasnya. Setelah menopaus, nafsu wanita akan semakin menurun sebagai akibat dari rendahnya hormon estrogen dalam tubuh. Menopaus juga dapat mengakibatkan kekeringan pada (maaf) vagina wanita. Sehubungan dengan hal tersebut, banyak wanita enggan melakukan hubungan intim setelah menopaus (rata-rata usia 45-55 tahun). Kita berandai-andai begini: Lelaki umur 30 menikah dengan wanita usia 27 (lebih muda 3 tahun), maka si suami dapat menikmati hubungan seksual dengan isterinya selama 18-28 tahun, sampai usia isterinya kira-kira antara 45-55 tahun. Namun bila lelaki berusia 30 tahun menikah dengan wanita yang berumur 35 tahun misalnya, maka dia hanya dapat menikmati hubungan intim selama 10 hingga 20 tahun saja. Ini juga dapat merupakan potensi konflik dalam pernikahan anda kelak. Bila isteri mulai kurang bernafsu untuk melayan keinginan suami…
Kesimpulannya, memang menikahi wanita yang lebih tua merupakan tentangan yang tidak mudah, namun bukan bererti tidak ada kesempatan atau tidak boleh. Saya yakin banyak pasangan yang isteri lebih tua, masih mampu berhasil mengharungi bahtera kehidupan rumah tangga mereka dengan baik. Tidak ada yang mustahil jika perhubungan itu berlandaskan kejujuran dan keikhlasan dari hati.