Gegar Vaganza 4 (GV4) baru saja melabuhkan tirai dengan menobatkan penyanyi Living Legend, Aishah sebagai juara. Aishah membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000 bersama hadiah iringan lain termasuk barangan kemas Dato’ Seri Vida yang bernilai RM80,000.

IKLAN

Penyanyi datang dan pergi dalam program berprestij ini, namun penaja utamanya Dato’ Seri Vida tetap mengekalkan tempatnya di situ. Melakar pelbagai strategi perniagaan di atas platform GV merupakan tindakan bijak yang dilakukan. Tanpa mempedulikan kata-kata orang, multi-millionaire ini terus melangkah merancang strategi demi membangunkan empayar perniagaan.

Terkini, Dato’ Seri Vida sendiri mengumumkan bakal membuka sebuah pusat tahfiz yang berlokasi di Kelantan. Dalam masa yang sama, beliau memberi peluang kepada orang ramai untuk meraih saham akhirat dengan membuat sumbangan melalui pembelian Pamoga. Setiap pembelian produk tersebut, sebahagian daripada nilainya akan disumbangkan untuk pembinaan pusat tahfiz tersebut.

Beliau juga begitu bijak mengatur rencana diri agar terus meniti nama dari bibir ke bibir masyarakat. Jika tidak di media tradisional, nama Dato’ Seri Vida akan bermain di media sosial. “Media sosial adalah sebuah platform untuk saya mengekspresikan diri dan juga untuk tatapan peminat-peminat yang nak tahu tentang aktiviti dan perkembangan saya dan keluarga.

IKLAN

Ramai orang melihat saya di kaca televisyen cuba mengandaikan personaliti saya. Tetapi, apabila mereka melihat realiti sebenar kehidupan saya dalam laman sosial, baru mereka tahu siapa saya yang sebenarnya.

Oleh itu, penting bagi saya hadir di laman sosial untuk semua orang mengenali dengan lebih rapat lagi,” ucap Dato’ Seri Vida yang merupakan lulusan Sarjana Muda Pendidikan (Kesusasteraan Melayu dan Sejarah) dari Universiti Sains Malaysia (USM) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Biologi dari Universiti Monash.

IKLAN

Sebagai seorang ahli perniagaan yang berjaya pasti mempunyai cabaran dan halangan pada masa hadapan. Berbicara tentang cabaran dalam perniagaan, tutur usahawan produk kesihatan dan kosmetik ini, “Apa yang saya nampak cabaran yang paling besar saya hadapi adalah untuk mengekalkan bisnes. Tambahan pula sekarang terdapat banyak lambakan produk di pasaran tetapi, alhamdulilah produk Pamoga dan QuPuteh masih lagi mendapat tempat di hati pengguna,” tuturnya dalam loghat Kelantan.

Bercerita tentang perkembangan terkini, Dato’ Seri Vida sibuk meneruskan bisnes seperti biasa selepas tamatnya musim GV4. “InsyaAllah kalau tiada halangan saya akan come out dengan single kedua tapi sayang-sayang semua kena tunggu tau,” akhiri wanita yang mencabar diri sebagai penyanyi pada usia 46 tahun itu. Hamizatul Maizan Mohamed