
Sempena sambutan Hari Malaysia ini nampaknya memberi keriangan berganda buat wira badminton negara, Datuk Wira Lee Chong Wei!. Perkongsian di Instagram miliknya hari ini memaklumkan bahawa keluarganya bakal menerima kehadiran ahli baharu tidak lama lagi.

Bapa kepada dua orang cahaya mata, Kingston dan Terrance ini mengumumkan kehamilan isterinya, Datin Wong Mew Choo.
Dalam kegembiraan berkongsi berita kehamilan isteri tersayang, sebagai individu yang cintakan negara, Datuk Wira Lee Chong Wei sempat menitipkan beberapa pesanan khas untuk rakyat Malaysia sempena Hari Malaysia:

1.Sebentar tadi, Azlan tanya pada saya kenapa Woo Yik menangis bila memenangi Kejohanan Dunia. Saya kaya ia berkemungkinan besar disebabkan pada masa itulah dia mengimbas kembali semua usaha yang dia lakukan untuk negara ini, semuanya berbaloi sekarang. Detik itu dia tahu mampu membanggakan keluarga, rakan dan rakyat senegaranya.
2. Kemudian Nini tanya pada saya mengapa saya menangis di podium Olimpik. Jawapan saya? Saya tak dapat berikan negara saya kebahagiaan yang mereka inginkan.
3.Saya terima tawaran untuk melatih di luar negara. Tawaran besar. Tetapi saya tinggal.Malaysia jauh lebih baik.
4. Ini adalah negara anda dilahirkan. Di mana anda bersekolah, punya kenangan bersama rakan dan keluarga. Makanan kegemaran anda juga ada di sini. Ketawa anda di sini.
5. Negara ini mempunyai semua sumber alam. Tiada gempa bumi besar. Tiada gunung berapi.
6. Bayangkan Malaysia tanpa politik perkauman. Bayangkan Malaysia mempunyai ahli politik/pemimpin berpendidikan yang berkelayakan. Bayangkan Malaysia dengan satu sistem sekolah maju yang kukuh.
7. Rakyat Malaysia suku merungut. Kami suka mencari kesalahan. Tapi jangan u guys fikir sebab makin sayang makin benci. Semakin anda mengambil berat semakin anda akan mengeluh.
8.Sesiapa sahaja yang lahir di Malaysia. Jauh di dalam hati dia akan tahu Malaysia adalah rumah sebenar.
9.Pilihanraya akan datang. Mari kita semua (semua pihak) menjadikan Malaysia sebagai rumah yang sepatutnya.
10. Saya sayang Malaysia. Selamat Hari Malaysia.

Side note.
1. Sebab sayang sangat negara kita, kita tambah satu lagi warga Malaysia ! Minta semua tolong doakan smooth pregnancy @wong_mew_choo
2. Tanya budak budak. “Boys , Korang nk baby boy or baby girl?”
@terrance_leekj :” x kisah papa. Janji baby and mommy sihat ”
( terus bergenang air di Mata Mew Choo. )
X sempat nk habis terharu…
Kingston :” Baby girl. ”
Saya :” kenapa ?” ( hmm.. maybe budak ni matang gak.. nk adik pompuan sebab dah ada adik lelaki )
@kingstonleekc :” oo… u punya pasal la. Tak nk beli controller lebih untuk Nintendo switch aku. Ada 2 je ni. Kalo adik lelaki lagi, kurangla chance untuk I main ”
( Nasib baik belajar yoga Baru Baru ini )

Untuk rekod, pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 9 November 2012. Datin Wong Mew Choo pernah menjadi pemain pemain perseorangan wanita dan memenangi emas di Sukan Asia Tenggara 2003.

Kisah pertemuan kali pertama pasangan Datuk Lee Chong Wei dan Datin Wong Mew Choo pernah viral, apabila jaguh badminton itu berkongsi bagaimana beliau mula menyimpan perasaan terhadap isterinya seawal usia 15 tahun. Itulah yang dikatakan jodoh dan cinta pandang pertama beliau membawa ke fasa perkahwinan dan bahagia sehingga ke hari ini!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!



















“Saya kini menetap sepenuhnya di Kuching, Sarawak bersama suami dan 3 cahayamata. Anak sulung dah berusia 20 tahun, anak kedua 17 tahun dan yang ketiga 11 tahun. Saya kini menjalani kehidupan sebagai seorang isteri, ibu dan surirumah sepenuh masa sejak berlakunya pandemik COVID-19. Semua undangan nyanyian sebelumnya terpaksa ditolak. Redha dengan keadaan dan saya yakin dengan rezeki.
Sekarang ini saya bergiat dalam bisnes masakan dan baking secara online. Bisnes harian saya ialah menghasilkan Curry Puff Carbonara dan Popia Carbonara Goreng. Saya juga menerima tempahan frozen food. Manakala tempahan kek, kuih, hidangan minum petang, untuk bersedekah pun saya terima. Bila perayaan saya turut menerima tempahan biskut-biskut terutama daripada regular customer.
Sebagai peniaga kecil-kecilan, saya sentisa pastikan produk betul-betul fresh kerana saya tak suka simpan stok. Bila customer gembira ia satu kepuasan bagi saya. Alhamdulillah feedback yang diterima pun sangat memberangsangkan, selalu dapat repear order. Dengan adanya online business ini dapatlah juga penuhi masa lapang saya di rumah.
MASIH ANGGUN
Saya jaga waktu makan. Paling penting ialah sarapan, jangan skip. Kalau tak makan tengahari sekalipun sekurang-kurangnya dah bersarapan kerana ia membekalkan tenaga. Sebagai suri rumahtangga nak kena bekerja sepanjang hari. Kerja mesti selesai semuanya. Saya pula berbisnes jadi perlukan tenaga yang cukup. Saya sentiasa berdoa agar diberi kesihatan yang baik. Hati kena bersih. Bila dalaman bersih akan terserlah kecantikan sebenar di luaran.
Kredit Foto: Instagram @azie_mustapha