Bakat & Kecantikan Jadi Bualan, Kerjaya Seni AMELIA HENDERSON Makin Melonjak!

Makin melonjak naik nama Amelia Henderson kebelakangan ini. Apatah lagi drama bersiri popular Kisah Cinta Kita gandingan Amelia bersama Aedy Ashraf meraih perhatian luar biasa daripada peminat seni tanah air. Terus mencanak naik populariti kedua-dua anak seni ni!

Hujung Februari lalu, satu kejayaan baharu berjaya ditempa pemilik nama Amelia Thripura Henderson ini apabila menerima anugerah The World Outstanding Masters Excellence Award.

Credit Instagram @ameliath
Credit Instagram @ameliath
Credit Instagram @ameliath
Credit Instagram @ameliath
Credit Instagram @rizman.ruzaini

Lebih bermakna, Amelia membawa anugerah berkenaan di samping pelakon veteran berbakat iaitu Dato’ Jalaluddin Hassan menerusi kategori Malaysia Most Outstanding Lifetime Achievement Grandmaster Excellence Award dan Malaysia Most Outstanding Actress of the Year Grandmaster Excellence Award.

Pada majlis penganugerahan itu, Amelia tampil memukau dengan busana indah dan eksklusif rekaan pereka terkenal, Rizman Ruzaini.

Credit Instagram @ameliath
Credit Instagram @ameliath
Credit Instagram @ameliath
Credit Instagram @ameliath
Credit Instagram @ameliath
Credit Instagram @ameliath
Credit Instagram @ameliath

Amelia yang kini berusia 26 tahun juga merupakan seorang pengacara dan model.

Bersandarkan bakat dan kejelitaan yang dimiliki, aktres ini turut menjadi buruan jenama fesyen untuk menghiasi kempen mereka.

Moga Amelia terus sukses dan kejayaannya menjadi cetusan inspirasi kepada lebih ramai wanita untuk melangkah maju.

IKLAN
Share