AMEERA ZAINI

Tahniah diucapkan kepada usahawan Ameera Zaini yang menyambut kehadiran cahaya mata lelaki kedua pada 8 Mei lalu. Difahamkan Meera selamat melahirkan bayi lelaki tersebut secara normal pada jam 9.29 malam. Diberi nama Daniel bin Hasnor Rozaini, kedua-dua anak dan ibu kini berada dalam keadaan baik. Alhamdulillah.

Teruja menyambut ‘orang baru’ selepas anak sulung mereka iaitu Mateen berusia tiga tahun, Meera dan suami nyata telah menyediakan persiapan sebaiknya sebelum kelahiran Daniel lagi. Ia jelas dapat dilihat menerusi Instagram Meera yang berkongsi beberapa foto bilik nurseri anak kecil tersebut. Memang cantik dan kemas! Rasa tenang je.

IKLAN

Memilih garapan rona putih bersih untuk ruang kamar anakanda tersayang, personaliti televisyen ini bijak menyerlahkan suasana tenang dan selesa dalam kamar Daniel. Walau dekorasi yang diterapkan cukup minimalis namun nampak sangat teratur. Segala kelengkapan dan keperluan si kecil disusun kemas di rak yang disediakan. Malah, Meera juga menyuai padan rona senada bagi hiasan dan perabot di bilik ini agar kelihatan seimbang.

Baru Bersalin Anak Kedua, Tenangnya Dekor Bilik Nurseri & Rumah AMEERA ZAINI!
Daniel, cahaya mata kedua Ameera Zaini & suami

Baru Bersalin Anak Kedua, Tenangnya Dekor Bilik Nurseri & Rumah AMEERA ZAINI! Baru Bersalin Anak Kedua, Tenangnya Dekor Bilik Nurseri & Rumah AMEERA ZAINI! Baru Bersalin Anak Kedua, Tenangnya Dekor Bilik Nurseri & Rumah AMEERA ZAINI! Baru Bersalin Anak Kedua, Tenangnya Dekor Bilik Nurseri & Rumah AMEERA ZAINI! Baru Bersalin Anak Kedua, Tenangnya Dekor Bilik Nurseri & Rumah AMEERA ZAINI!

Berdasarkan dekorasi rumah pengasas label muslimah Ameera Zaini (AZ) ini terbukti dia seorang yang amat mementingkan keselesaan ruang kediaman. Mengintai mahligai indah Meera dan suami, Hasnor Rozaini pula… memang kemas, minimalis dan segar. Sesuai buat mereka yang bercita rasa moden dan suka memanfaatkan masa terluang bersama seisi keluarga di rumah. Lebih-lebih lagi bila ada anak kecil, persekitaran rumah sangat penting supaya anak membesar dalam suasana baik dan selesa.

Melihat keserasian Meera dan suami yang berkongsi minat dalam hiasan rumah menunjukkan betapa bahagianya hidup berpasangan. Kemanisan rumah tangga lebih terasa dan seronok bila ada pasangan yang saling membantu serta bertukar-tukar pandangan mencantikkan lagi ruang kediaman. Barulah alam perkahwinan jadi lebih bermakna!

Terbuka berkongsi sudut kediaman kepada para peminat, Meera bagaimana pun mengakui tidak begitu arif bab hiasan rumah. Pun begitu, dia tetap mahu memberi ‘sentuhan’ tersendiri di kediaman milik mereka demi keselesaan keluarga tersayang.

Baru Bersalin Anak Kedua, Tenangnya Dekor Bilik Nurseri & Rumah AMEERA ZAINI! Baru Bersalin Anak Kedua, Tenangnya Dekor Bilik Nurseri & Rumah AMEERA ZAINI! Baru Bersalin Anak Kedua, Tenangnya Dekor Bilik Nurseri & Rumah AMEERA ZAINI! Baru Bersalin Anak Kedua, Tenangnya Dekor Bilik Nurseri & Rumah AMEERA ZAINI! Baru Bersalin Anak Kedua, Tenangnya Dekor Bilik Nurseri & Rumah AMEERA ZAINI! Baru Bersalin Anak Kedua, Tenangnya Dekor Bilik Nurseri & Rumah AMEERA ZAINI!

Baru Bersalin Anak Kedua, Tenangnya Dekor Bilik Nurseri & Rumah AMEERA ZAINI!

“Me and hub’s new obsession : redecorating the house. Setiap kali ubah arrangement or deco mesti ambil gambar dulu tengok okay ke tak, sama tak macam dalam magazine or ID shows yang kitorang selalu tengok. Selagi tak okay selagi tu lah duduk tolak sofa meja tu semua. Maklumlah we are not ID professionals. Nasib baik husband gigih. Ni pun rasa ada yang tak kena lagi.”

IKLAN

Meskipun berkemampuan untuk mendapatkan khidmat pereka hiasan dalaman baik Meera mahupun Hasnor, kedua-duanya selesa untuk ‘menghidupkan’ suasana rumah dengan cara mereka. Kata orang, lebih puas bila setiap pekerjaan itu dilakukan atas usaha sendiri.

Kalau kebanyakan para suami menyerahkan segala urusan hiasan rumah kepada isteri, berbeza pula bagi pasangan sama cantik sama padan ini. Tak menyangka lelaki yang dikahwini mempunyai taste dan hobi dalam susun atur dan hiasan rumah, Meera menganggap ia satu bonus buat dirinya. Iyalah, tak ramai suami yang suka mengemas dan menghias.

Baru Bersalin Anak Kedua, Tenangnya Dekor Bilik Nurseri & Rumah AMEERA ZAINI! Baru Bersalin Anak Kedua, Tenangnya Dekor Bilik Nurseri & Rumah AMEERA ZAINI! Baru Bersalin Anak Kedua, Tenangnya Dekor Bilik Nurseri & Rumah AMEERA ZAINI! Baru Bersalin Anak Kedua, Tenangnya Dekor Bilik Nurseri & Rumah AMEERA ZAINI! Baru Bersalin Anak Kedua, Tenangnya Dekor Bilik Nurseri & Rumah AMEERA ZAINI! Baru Bersalin Anak Kedua, Tenangnya Dekor Bilik Nurseri & Rumah AMEERA ZAINI! Baru Bersalin Anak Kedua, Tenangnya Dekor Bilik Nurseri & Rumah AMEERA ZAINI!

“My mom is always the queen of the house where every decisions on the house decoration or concept is 100% controlled by mama. Ayah ‘ons’ je. Bila dah kahwin, I thought it would be the same. Tapi dengan Hasnor Rozaini, Meera kena dapat persetujuan or discuss dulu dengan dia sebab dia pun ada interest yang sama iaitu kemas-kemas deco rumah ni. Kitorang takdelah pandai sangat, bolehlah sikit-sikit ambil inspirasi sana sini.”

IKLAN

Kombinasi warna-warna terang seperti pemilihan cat dan perabot dari rona putih, kelabu dan keemasan berjaya menyerlahkan gaya elegan, mewah dan luas di kediaman Ameera Zaini. Malah dekorasi wainscoating yang melingkari dinding rumah mencetuskan sisi berbeza bagi sesebuah kediaman. Nampak lebih versatil!

Bagi yang sedang mencari idea untuk menghias rumah sempena Aidilfitri, bolehlah intai dekorasi kediaman Ameera Zaini ini. Mana tahu boleh dapat inspirasi!

 

 

Kredit: Instagram Ameera Zaini

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI