Memang betul, beli barang perhiasan emas merupakan pelaburan jangka panjang. Buktinya ketika ramai ditimpa masalah kewangan ketika musim pandemik COVID-19 rantai emas mahupun gelang emas menjadi penyelamat demi kelangsungan hidup.

IKLAN

Selepas melihat betapa ‘berkuasanya’ nilai emas, ramai yang telah mula membeli emas sebagai simpanan. Trend memakai barang kemas semakin menjadi-jadi. Tiba-tiba nama ‘Pulut Dakap’ menjadi sebutan dan bermain di bibir penggemar barangan kemas. Tak kurang juga yang berjinak-jinak membeli emas dinar.

Baru Tahu! Rupanya HARAM Beli EMAS Secara Ansuran Atau HUTANG Walaupun Sebagai Pelaburan 
Gambar hiasan. Foto: Instagram @rozitachewan1
Baru Tahu! Rupanya HARAM Beli EMAS Secara Ansuran Atau HUTANG Walaupun Sebagai Pelaburan 
Gambar hiasan. Foto: Instagram @angsaemas_shahalam

Memang tak rugi membeli emas tetapi ada juga di kalangan kita yang membeli emas secara ansuran atau berhutang. Rupanya jual beli emas secara ansuran adalah diharamkan dan tidak sah kerana mengandungi unsur riba al-nasiah iaitu riba yang terjadi disebabkan menangguhkan pembayaran secara sengaja seperti yang dijelaskan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Baru Tahu! Rupanya HARAM Beli EMAS Secara Ansuran Atau HUTANG Walaupun Sebagai Pelaburan 
Gambar hiasan. Foto: Instagram @fikryibrahim
Baru Tahu! Rupanya HARAM Beli EMAS Secara Ansuran Atau HUTANG Walaupun Sebagai Pelaburan 
Gambar hiasan. Foto: Instagram @habibjewelsofficial

Sebagai alternatif, pembeli dibolehkan untuk membuat pinjaman duit daripada pihak ketiga terlebih dahulu sebelum membeli emas tersebut secara tunai.

Walau bagaimanapun, pembeli perlu mengelakkan diri daripada meminjam duit daripada pihak yang sama yang menjual emas tersebut supaya tidak terjerumus dalam larangan Nabi Muhammad SAW berkenaan “jual beli dan hutang” dalam satu masa yang sama.

Tip pilih aksesori yang serasi dengan tema dan acara yang anda mahu hadiri.

IKLAN

KEMILAU GLAMOR(ACARA MALAM)
Untuk kategori ini, barangan kemas seperti emas putih atau berlian amat sesuai digayakan. Sedikit perincian dan kilauan pada rantai atau subang anda membantu menaikkan seri wajah anda. Pikat hati si dia dengan penampilan anda yang memukau!

IKLAN
Baru Tahu! Rupanya HARAM Beli EMAS Secara Ansuran Atau HUTANG Walaupun Sebagai Pelaburan 
Gambar hiasan. Foto: Instagram @puterisarahliyana
Baru Tahu! Rupanya HARAM Beli EMAS Secara Ansuran Atau HUTANG Walaupun Sebagai Pelaburan 
Gambar hiasan. Foto: Instagram @datoserivida

ANGGUN KE PEJABAT(ACARA FORMAL)
Acara ini termasuklah berhias untuk ke tempat kerja atau menghadiri mesyuarat. Kami sarankan untuk memilih item yang lebih minimalis dan serba ringkas agar ia tidak menganggu penampilan anda. Sebagai contoh rantai labuh dan sepasang subang mutiara atau batuan kecil untuk melengkapkan gaya formal anda.

Baru Tahu! Rupanya HARAM Beli EMAS Secara Ansuran Atau HUTANG Walaupun Sebagai Pelaburan 
Gambar hiasan. Foto: Instagram @aaisyahdhiarana111
Baru Tahu! Rupanya HARAM Beli EMAS Secara Ansuran Atau HUTANG Walaupun Sebagai Pelaburan 
Gambar hiasan. Foto: Habib Jewels

TRENDY DENGAN GAYA IKONIK(ACARA SEMI FORMAL)
Majlis semi-formal termasuklah menghadiri acara peragaan fesyen atau majlis pelancaran yang kebiasaanya diadakan pada sebelah petang. Oleh itu, tidak salah untuk memberikan sedikit ‘usaha’ dalam bergaya dengan barang kemas anda. Anda juga bebas memilih warna dan bentuk aksesori anda mengikut acuan penampilan anda.

ATUR LANGKAH LINCAH(ACARA SANTAI)
Untuk acara santai anda boleh memilih barangan perhiasan yang lebih ringan dan ringkas. Elakkan memakai rantai atau subang yang sarat dengan perincian. Ia mungkin tidak sepadan dengan penampilan anda.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI