Nasi sama putih, jenis beras lain-lain. Mungkin inilah pepatah baru yang sesuai menggambarkan perbezaan kemampuan seseorang iaitu mengikut jenis beras yang dimakannya setiap hari.

Menyentuh soal bayaran fidyah, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memperkenalkan pilihan bayaran fidyah puasa Ramadhan mengikut jenis beras yang dimakan pada tiga kadar yang berlainan iaitu RM2, RM4 dan RM6 sehari.

IKLAN

Kadar bayaran fidyah yang ditetapkan sebanyak RM2 sehari adalah bagi individu yang memakan beras Super Special Tempatan 5%.

RM4 sehari bagi individu yang memakan beras putih import, beras perang, beras pulut, herba ponni atau beras wangi.

Manakala kadar fidyah RM6 sehari bagi individu yang memakan beras basmathi, beras Jepun atau beras merah.

Bayar Fidyah Ikut Jenis Beras Yang Dimakan, Orang Kayangan Bayarlah Ikut Harga Beras Kayangan!

 

IKUT JENIS BERAS

Mereka yang berkemampuan amat digalakkan menunaikan bayaran fidyah mengikut jenis beras yang dimakan selaras dengan kadar zakat fitrah yang dilaksanakan di Selangor yang merujuk kepada keputusan Mesyuarat Fatwa Negeri Selangor.

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-5/2020 yang bersidang pada 17 Rabi’ul Awal 1442H bersamaan 3 November 2020 telah memutuskan bahawa kadar bayaran fidyah bagi satu hari puasa yang ditinggalkan ialah 1/4 daripada zakat fitrah yang dibayar.

IKLAN

Sebagai contoh, jika seseorang itu meninggalkan puasa sebanyak 7 hari pada tahun 2020 (belum melangkau tahun), kadar fidyahnya adalah 7 hari x 1 tahun x RM2 = RM14 (jumlah yang perlu dibayar jika mereka memakan Beras Super Special Tempatan 5%).

Manakala jika seseorang yang memakan beras putih import, beras perang, beras pulut, herba ponni atau beras wangi meninggalkan puasa sebanyak 7 hari pada tahun 2020, kadar fidyahnya adalah 7 hari x 1 tahun x RM4 = RM28.

Bagi seseorang yang meninggalkan puasa contohnya sebanyak 7 hari dan tidak menggantikan puasanya selama 3 tahun iaitu pada tahun 2018-2020 (hingga melangkau Ramadan tahun ini), kadar fidyahnya adalah 7 hari x 3 tahun x RM2 = RM42 (jumlah yang perlu dibayar jika mereka memakan Beras Super Special Tempatan 5%).

IKLAN

Bayar Fidyah Ikut Jenis Beras Yang Dimakan, Orang Kayangan Bayarlah Ikut Harga Beras Kayangan!

 

Bagi mereka yang berkemampuan, adalah amat digalakkan untuk membayar fidyahnya secara berganda jika melangkau Ramadan berikutnya.

Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan kepada seseorang yang tidak dapat menggantikan puasanya di bulan Ramadan pada sesuatu tahun sehinggalah tibanya bulan Ramadan tahun berikutnya.

Umat Islam yang ingin membuat bayaran fidyah, bolehlah melayari laman web MAIS iaitu www.mais.gov.my atau klik sini.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI